THROWBACK MALAM JUMAAT


Awak cuma demam selsema je sweet heart ..


Aa gitu la kata Dr Hisham kat aku tadi . Doktor paling handsome kat Hospital tempat aku study ni . Hahaha handsome tak handsome ,anak da dua  beb . Jangan nak potong line pulak ea . Laki orang tu ! Korang kalau nak usya doktor pun agak-agak aa sikit . Ada ramai lagi doktor lelaki muda kat Malaysia ni . Asalkan jangan korang pilih yang kaki  selfie . Nahas lu bhai , ada kang dia selfie masa korang tengah errr .. errr .. hahaha what the fish !!? Lantak aa tu  bukan bf aku ok . So better aku tak payah nak meroyan bagai dalam ni untuk dia . Gasak dia aa nak buat apa depan pesakit dia  . Hahahaha ayat pasrah ni doe ~


Eh ! Aku ni da macam tak demam je !? A ah  .. aku da makan ubat flu tadi . Kejap lagi mamai la ni . Tah tah lepas ni terbongkang da atas katil ni . Erm .. maklumlah kan  malam jumaat , orang bujang kena tidur awal sikit katanya . Haish .. pesan mama ni dari aku umur 5 tahun ,sampai sekarang aku ingat lagi . Kata mama :


Budak kecik , kalau malam jumaat , kalau tak pandai lagi nak baca yasin atau tak reti lagi nak solat tahjud , baik lepas isyak tidur . Tak payah tengok tv atau video .


Aku yang lurus bendul ni tanya la kan :

Kenapa kena tidur awal kalau tak pandai lagi baca yasin atau solat tahjud ma?


Dengan wajah serius mama cakap :

Malam jumaat momok banyak  kat luar sana . Kita kalau nak halau momok , kena baca ayat suci alQuran macam surah yasin ke . Atau pun buat solat sunat . Nanti momok lari jauh dari kita . Aaa awak tau baca yasin?


Aku geleng kan kepala perlahan-lahan . Tapi ma !! Orang reti baca doa !! Aaa ..

Doa apa?? Tanya mama dengan dahi berkerut ..

Heheeeee .. doa makan? Doa tidur ! .. aa  Aku jawab sambil garu-garu kepala.

Mama : @#$&%€÷¥.. Dah! Dah !  Nanti lepas solat isyak ,terus masuk bilik tau dengan kakak .



Aku anggukkan je kepala . Padahal jiwa aku Tuhan je tahu. Akak?  Masa tu akak masih leka  mewarna  buku snow white yang mama belikan  kat kedai buku Printis ! Kalau jual buku mewarna akak aku ,aku rasa dapat da beli teddy bear yg tinggi nya 1 meter tu . Haish dia memang suka main kaler . Tak macam aku ! Aku suka  tolong ayah kemas garaj atau service kereta dan motor kepunyaan ayah  . Hebat tak awek bengkel ni beb ?? Dari kecik tau sifat tu sudah terserlah!


hahaha tak boleh blah punya perangai aku ni kan.  Ok lah dah isyak ,lepas ni aku nk mimpi indah - indah dengan momok .. eh ! Dengan Ayeeen lah . Tak pernah Ayeen masuk dalam mimpi aku doe . Erm.. erm .. nape ek ??


Hahahaha gatal !