Posts

Showing posts from September, 2015

AKU KENA AKUR 400%

Assalamualaikum beb

Akhirnya aku kena akur . Tak mudah nak dapat apa yang kita selalu angankan .  Bukan mudah nak harapkan orang sayang kat  kita  ,hargai diri kita , hormati perasaan kita sama macam kita sayang dan hargai dirinya .


Dulu aku fikir  bila cakap dah sayang , then pasangan kita akan sentiasa ada disisi  saat kita perlukan dia . Saat kita letih , saat kita memang terlalu rindu kan dia . Aku sebenarnya tak perlu dia ada depan mata aku 24/7 beb , tapi dia hanya perlu muncul disaat aku perlukan perhatian dan kasih sayang dari dia . Tu je !! Sumpah aku tak mintak lebih ! Aku tak mintak duit dia ! Aku tak mahu tahu pun harta banyak mana milik dia ! Aku takkan tanya besar mana hebatnya pengaruh ahli keluarga dia . Sumpah beb , aku tak pandang semua tu . Tapi please ..pahami perasaan aku  , kesian lah sikit kat hati aku ni . Hargai kesetiaan yang aku labelkan hanya untuk dia dan tiada orang lain lagi da .

Hahaha


Ahhh .. jangan mimpilah kau Mia  !  Kau siapa nak control semua akti…

ABANG DEEN MELAWAK PULAK

Image
Assalamualaikum beb  !


Abang Deen whatsapp mama aku malam tadi . Meh baca antara perbualan diaorang .



ABANG DEEN :  Mak Ngah , kalau nak balik kampung ikut Parit Sulong tau .
MAMA : kenapa Deen?
ABANG DEEN : jambatan Batu Pahat dah kena tutup . semua kenderaan tidak dibenarkan lalu kat situ .
MAMA : sebab nya?
ABANG DEEN : ultraman dengan hulk buat hal . cuba mak ngah tengok gambar  ni ..





MAMA :  heheheheheh bohong mak ngah ye . kenapa dengan jambatan  tu Deen ?
ABANG DEEN : kapal korek pasir terlepas dari talinya mak ngah ,  lepastu hanyut sampai terlanggar jambatan tu . rosak teruk jugak mak ngah . tu sebab kenderaan tak boleh lalu buat masani.
MAMA : oh .. Ok .terima kasih beri info Deen  . insya allah mak ngah balik minggu depan sebab ada urusan dengan tok penghulu ni.
ABANG DEEN : urusan apa mak ngah ?
MAMA : adalah .. mak ngah nak uruskan kemasukan mia ke kolej baru dia ni haa . Ada sikit yg perlu pertolongan tok penghulu tu .
ABANG DEEN : Oohh..


sebenarnya aku stalker handphone mama tadi…

AMANAH SEORANG REMAJA

Assalamualaikum

Salam aku hulur disebalik jerebu yang makin menyesakkan pernafasan . Antara korang perasan atau tidak kehadiran aku dalam jerebu ni , aku tak pasti . Yang aku tahu , biarpun jerebu tahap bahaya disini ,disana , disitu , disinun .. manusia sekeliling masih kena berjuang untuk mencari rezeki Allah dimuka bumi Malaysia ini .

Biar pun aku belum kawin dan punya anak dan belum ada suami . Tapi aku tahu , ribut  petir , taufan ,jerebu bukan halangan untuk mencari sesuap nasi buat seorang ketua keluarga . Sakit pening bukan lah alasan  . Dah tak boleh bergerak barulah pergi klinik atau pun nak jimat kos , pergi je  hospital kerajaan . Lambat pun lambat lah ,asalkan dapat penawar sakit . Tinggikan pengorbanan seorang ketua keluarga kepada amanah Allah ,  Yep tinggi , setinggi kelapa bali !

Siapa  pulak amanah Allah tu ? Ofkos lah isteri dan anak -anaknya lah kan . Sebagai ketua keluarga , bagaimana nak laksana kan tanggungjawab kepada amanah Allah kalau ketua keluarha sendiri …

JEREBU

Assalamualaikum


Jerebu makin berleluasa dinegara ini waktu ni . Terkini Sabah dan Sarawak katanya mempunyai bacaan IPU tidak sihat selepas Johor pada 2 hari lepas . Tempat aku je dah cecah 201 bacaannya .

Bencana alam ke ni ? Entah lah nak , makcik pun tak paham . Apa agaknya muslihat jerebu ni . Nak kata kemalangan , kerap sangat ianya berlaku . Nak kata musibah , manusia atas muka bumi ni macam tak heran je . Malah makin leka adalah . Nak kata dugaan , makin ramai yang ' kaya ' waktu berjerebu ni . Poket penuh je . Nak kata  bencana alam , ramai orang yang sakit , sesak nafas  , selsema dan batuk  tidak dihiraukan langsung oleh jabatan alam sekitar . Malah makin banyak lagi asap dihembus keudara  , termasuk vape !


Haish ...itulah bebelan makcik  goreng pisang yang aku jumpa petang semalam.


Apakah jerebu pada aku ?


Dunia sudah makin uzur , lemah dan tenat . Hanya menunggu saat nya untuk berakhir . Sedangkan manusia didalamnya . Gemar melakukan kemusnahan pada alam dan diri …

GURAUAN WANITA

Assalamualaikum

Mia Ezara muncul lepas dia cakap dia malas nak menaip . Kalau dah kaki menyanyah tu , mustahil nak duk diam sesaja kan kalau free . Kalau internet ada . Tapi harini  maxis dah buat aku berangin  . Line dah la on off , lepastu 24 jam je dia telan data aku 200MB. Padahal aku bukan bukak utube atau layan apa pun . Just wechat dan twitter . Blog pun tak bukak lagi ,  erm  aku pun tak paham kenapa . So , aku share hotspot dengan Fatin just untuk layan mood bosan and  just nak menyanyah . Tau  tak apa tu ME NYA NYAH ? Orang Johor sure tahu  , ore Kelate tau dok gapo dio?

Menyanyah tu kalau bukak kamus dewan ilmu alam Malaysia , sama dengan maksud merepek - repek , cakap kosong , meroyan , bercumbu rayu ..eh bukan-bukan  .. tu typo hihihi

Beb , someone told me , please jangan guna bahasa diri sebagai " guwa " kerana itu tidak melambang kan diri aku  yang sebenarnya , yang comel ,manja dan ayu serta penyayang . So , aku rasa aku akan hapuskan perkataan 'guwa…

RINDU DAN WAKTU

Assalamualaikum..






Rindu itu ada tapi masih terbatas masa dan waktu . Idea masih beku .. salam aidil adha buat semua follower muslim





Bengkel tutup !




TAKBIR MUQAIYAD FOR 3 DAYS

ٱللهُ أَكْبَرُ،
 ٱللهُ أَكْبَرُ،
 ٱللهُ أَكْبَرُ،
لا إِلَٰه إِلا ٱللهُ وَٱللَّهُ أَكْبَرُ،
ٱللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ ٱلْحَمْدُ.

ٱللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَٱلْحَمْدُ للهِ كَثٍيرًا وَسُبْحَانَ ٱللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلا، لا إِلَٰه َإلا ٱللهُ وَلا نَعْبُدُ إٍلا إِيَاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَافِرُونَ، لا إِلَٰه َإِلا ٱللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ ٱلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلَٰه َإِلا ٱللهُ وَٱللَّهُ أَكْبَرُ، أَللهُ أَكْبَرُ وَللهِ ٱلْحَمْدُ.

MALAS NAK TAIP

Esok ahad . Esok aku nak free kan 200% minda aku dari alam maya . Fokus pada apa yang ada depan mata ni pulak .

Aku nak cuba menilai siapa diri aku yang sebenar dan kenali siapa keluarga aku yang sebenar.

Mama
Ayah
Adik E
Nenek
Abang Deen
Bengkel
Pengkid
Lessbie
Dan semua orang-orang kampung
Semua orang-orang Johor
TMJ
JDT
ermm.. beri aku peluang sekali lagi . Aku juga ada hak untuk semua . Untuk masa depan aku dan untuk masa depan bersama korang . Aku perlu pilih jalan aku lepas ni . Beri lah aku peluang .. just sekali . K .. aku rest 2hari 2 malam .aku dah malas nak menaip . Wasalam ..

Alfatihah untuk my Sis . Semoga rohnya tenang disana ,disisi insan yang solehah dan dirahmati Allah ..aminn~

BILA AKU PERASAN

Image
To my dear  SumaiL ,

U read the message on  the top ? I bukan lelaki , but u can change la lelaki tu jadi i , jadi perempuan manja dan penyayang , awesome ,tip top , atau apa je asal kan perempuan.

kan i dah cakap , i bukan sengaja nak lari dari u  or nak abaikan u kalau sekarang i dah jarang - jarang online laman sosial ni . Sebab sejak dulu i memang bukan pecinta dunia alam maya ni . I takda facebook , i takda twitter , i takda line ,i takda instagram , i takda wechat , i takda telegram , i takda email  ect . Semua i takda u know . Sebab i tau  , semua tu hanya penyumbang kepada sifat malas i yang menjadi-jadi nanti . Dok ngadap skrin hp or laptop or else .

Now , when my sis gave all she have kat dunia maya ni . Barulah i reti nak belai hp or tab . But  sebagai manusia biasa yang ada komitment didunia realiti . I selalu kerap offline . U online without me , right ?

U said  , u missed me . U  are alone , u bored . But the same time .. u layan dota 2 sampai lebam !!  Huh !  U kurang…

SAY THANKS UNTUK TIAP REZEKI

Image
Aa ..cakap pasal rezeki , ada rezeki adalah  dan  rezeki ada dimana - mana .. tulah pic atas tu terangkan sudah . Semua adalah rezeki . Aku nak tambah lagi ni :

Dapat isteri comel tu rezeki
Dapat mak mertua penyayang tu rezeki
Dapat  adik ipar baik tu rezeki
Dapat tidur dalam bilik itu rezeki
Dapat jiran peramah dan pemurah tu rezeki
Dapat kawan yang setia tu rezeki
Dapat kenal orang kampung tu rezeki
Dapat ingatan yang waras tu pun dipanggil rezeki

Yep , rezeki ada dimana-mana , just kita sebagai manusia je tak reti menilai dan  berterima kasih atas tiap rezeki yang Allah beri .  Kalau dah hari-hari rezeki masuk tapi kita still buat derk je  tanpa bersyukur pada pemberi. Nampak sangat yang kita ni jauh dah tersasar . Hamba yang tak kenal Tuhan sendiri . Na'uuzubillah ~

BUDAK SELANGOR PART 5

Aku free 200% petang ni sambil ngobrol dengan makcik Dayah kat anjung rumah nenek . Tengok muka makcik Dayah yang suka senyum , tetiba aku rindu kat mother siber aku ..maQ .. lama dah tak otp dengan orang tua tu . Dia pun busy sekarang ni sebab dah jarang nampak dia online twitter or blog or wechat . Faktor usia barangkali !  Hahaha typo pulak , faktor tugasan yang banyak agaknya .


Teringat aku kisah dimana waktu aku jemput maQ join group wechat karoke jamban tu . Hahaha asalnya aku seram jugak nak invited maQ join ,tapi atas desakkan zaid lah yang teringin sangat nak ngorat anak maQ , akhirnya aku pun invited maQ . Jantung gemuruh jugak time tu , kot maQ ceramah kitaorang ,masak aku kena marah dengan budak-budak Selangor tu pulak lahai.

Tunggu ..tunggu punya tunggu akhirnya maQ beri salam kat kami semua . Dan bila minta intro , maQ cakap dia umur 46 tahun !! Ahh sudah ,aku  tengok muka dia macam 30an jek , but if tengok badan .. ok ok ,46 tahun ! Hahaha sorry ye maQ . Joke jek ni .

AKU LAYAN KAZEN

Jumaat dah melepasi sempadan setengahari. Aku harini banyak masa habiskan dengan kazen aku yang harini tak ke sekolah . Orang Johor , jumaatkan cuti .so pepagi lagi makcik dari kampung Sebelah dah datang kerumah nenek . Riuh rendah rumah orangtua tu dan .. Dan aku ? Aku masih dirumah nenek menanti saat untuk diambil mama pulang ke JB , seriously aku rindu dah kat orang JB sey..erm.. mereput sudah.

Tengah aku melepak diruang tamu sambil tv menonton aku , tetiba kazen aku yang form 1 duduk sebelah . She said , kak , kak Mia ada wechat tak ek ? Aku dengan muka penipu jawab , aaa ..dulu ada ,sekarang dah takda , kenapa tanya ?

Kak , yang sebenarnya  orang ni tengah gadoh dengan classmate orang ni . Aku tanya ,lelaki ke perempuan ? Erm.. perempuan aa kak .. lelaki watpe buat gaduh  , bazir tenaga je .

Eh ! Aku terkejut pura-pura lagi , sambil gelak aku tanya dia ..dengan lelaki tak boleh ea gadoh? Akak gadoh dengan kawan  lelaki okay je . Hahaha akak tu lain . Akak hero !! Tapi dulu lah a…

T.Q USTAZ

Image
Insya allah ustaz  i follow what u said then.. bythe way suara ustaz sedap aa time nyanyi shortcut-shortcut  tu . Orang pun layan gak ceramah ustaz ni kat tv or kat u tube . Bukan gedik nak kawin or apa aa kan but , orang sesaja nak cari ilmu , nak tambah ilmu .Kot nanti dah ehem-ehem .. apa pun tak reti . Dah tu hidup asyik nak menyusahkan en suami . Err.. mr Sumail ?? Pakistan ? Omen .. nahe..nahe hahahaha hindustan terus derr

And ya Allah .. 1001 harapan aku , selagi aku hidup ni , tak mau lah ada orang dok benci aku , sebab aku tak reti deh benci membenci orang ni . Kalau sakat orang tu kerap aa jugak . Apalah hidup nak serius sangatkan . Macam bukan orang je kalau 24/7 asik nak serius . Alien pun reti melawak doe . Nak caya ye percaya ,tak nak sudah .

Ustaz .. thanks so much untuk perkongsian ilmu . Orang dulu sekolah agama  ,darjah enam je last , tu pun final exam tak dapat markah mables ,so tak berpeluang nak masuk sekolah "khas" .. kalau tak , sure orang ni dah jadi…

DULU , SEKARANG DAN UGUTAN

Image
Ok ..just for u mr Sumail ..hope sangat words pada perenggan pertama tu u kekalkan then amat mustahil terjadinya words pada perenggan ke dua tu , kot? Bytheway words yang last i love that !  "TOLONG TERUS TERANG " Look like ugutan pun ye jugak tu hahahah dasar dajal kerepot !



Awak kat mana sekarang?
Jam 1:45 pm ni ..hope tikar sejadah u dah rasa lembap-lembap gitu sebab dah kena renjisan air whuduk dari tubuh  u .. ermm..  payah juga kalau dah angau ni kan .. haishh mereput  je aa

AKU TUNGGU SELERA MARI

Image
Ermm.. nenek ajak aku makan sama mereka yang lain but aku cakap hold on nek , selera orang belum datang lagi ni . Nenek tanya bila selera tu nak datang. Aku jawab dengan senyum . Bila duit hantaran dah cukup .

Hahahahaha gatal nyaaaa .. kata makcik ,sambil mereka gelakkan aku reramai  . Dulu makcik rekemenkan budak Kampung Pinang sebatang tu jual mahal .cakap nak study la , nak kejar cita2lah , nak jadi perempuan melayu terakhirlah . Ni sekarang sibuk cakap tunggu duit hantaran cukup pulak . Dan ada calun ke?

Err... da ada , tapi  belum jumpa ! Hihihihi ok..jawapan yang biasa aku guna dan  nenek pun cakap ..aa tu lah dia jawapannya bila emak tanya ..ish...miaaa...mia...memang betuah punya budak !


Hahahahaha

Sebenarnya nenek  , makcik ,pakcik ,abang Deen  tak tahu yang aku tengah tunggu Sumail habis study form 5 !! Kahkahkah yang tak kenal siapa tu Sumail .. pergi search google ok . Ajet-ajet retis gitew ..


Jadilah ..dari tak ada langsung hahahahah

POWER OF MOTHER

Image
Anakku

Aku tak menjanjikan syurga buat kamu

Aku tak menjanjikan bahagia disepanjang usia mu

Aku tak mungkin memberi semua kehendakmu

Aku hanya mahu kau berjaya disepanjang hayatmu

Aku hanya mahu melihat senyuman disetiap langkahmu

Aku hanya mengharap kau ingat aku disetiap harimu

Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhanmu

Untuk aku rela segala- galanya

Selagi usiaku masih  bernyawa

Selagi itulah aku ibumu

Jika aku tak dapat mendidikmu menjadi insan berjaya

Aku rasa hampa , aku akan terusan kecewa

Ketika itu pada aku , aku lah insan paling berdosa kerana  GAGAL .

Anugerah yg aku dapat setelah memilikimu:

Air mata ini hadiah

Ciuman ini penghapus dosa kecilmu

Air susu ini  pelepas siksaan dosaku

Air susu ku ini juga pelepas dahagamu dulu

Dan doaku hanya penyelamat kamu selagi nafasku berhembus ..

Aku ..ibumu yang tak pernah curangi kamu ..

CARI JALAN DAN PINTUNYA

Image
Ok la .. bila semua orang up pasal jerebu , aku pun mengidam juga nak cakap pasal jerebu . Ingat kan hari tu lepas hujan jerebu hilang da. Rupanya harem.. makin berleluasa di muka bumi pantai barat Malaysia ni . Alhamdulillah .. Malaysia masih aman  , biar pun jerebu dah  menyebabkan beberapa buah negeri diarah menutup pintu pagar sekolah masing-masing . Peh sukalah mereka dan keluarga mereka sebabnya harini cuti ,esok pun cuti.

Tiap yang berlaku mesti bersebab dan setiap sebab mesti ada puncanya . So fikir la sendiri . Setiap masaalah ada pintu penyelesaian , tiap  penyelesaian perlu ada jalan , teruskan muhasabah diri . Teruskan memcari  jalan dan pintu .




Dan aku sebagai Aku dan masih aku ,kekal  disini menyusun rindu  dari  maghrib ini sampai waktu dhuha pada awal pagi khamis nanti . Insha allah .. selamat malam warga kampung Dua Belah. Selamat  malam sayang , selamat  bercuti esok 16.9.2015 buat semua warganegara Malaysia . Lebiu ~





ADA KETIKA AKU BERSEBAB

Image
Morning babe !

Sejak kebelakangan ni aku banyak membebel kan ? Merepek -repek sebut nama dia , dia dan dia . Ayat aku mace hare ye dok ?  Dan korang sure terasa sikit-sikit kan . Dan  yang terasa banyak - banyak pun ada jugak kan ?

Beb .. dalam gelak aku ,aku cuba sembunyikan air mata . Sebab aku dilarang menangis di blog ini . So aku taip lah hahahaha yang kalau boleh panjang ,aku nak je taip panjang - panjang. Nasib aku nak jimat tenaga ,so better just hahaha

Dalam sindir aku ada makna yang kalau orang yang faham dia akan mengerti apa maksud ayat aku di blog ini . Aku berkata  bukan suka-suka beb , please cari  , apa tujuan dan maksud kata aku tu . Mana lah tau kot -kot boleh buat penawar .

Dalam gila-gila aku ,aku cuba selitkan ilmu  ,  yang kekadang korang akan rasa ye ke tidak ye budak ni . Padahal memang ye . Erm.. korang kena ambil kesah beb , kalau korang adalah kawan aku . Kalau tak , abaikan je lah okay ?

Dalam  keterpaksaan .. aku telah dikesan , bahawa semua ini adalah pu…

PESÀNAN BUAT FOLLOWER BLOG INI

Image
Assalamu alaikum ..

Abang ,kakak dan kawan -kawan followers . Bila saya  tengok ramai yang follower blog ni adalah otai-otai dalam dunia blog , so harapan saya yang  setinggi gunung ni , saya panjat kan harap sangat kakak2 , abang2 , uncle2 ,auntie2 , maafkan saya if my idea too keterlaluan dalam menulis entri pada blog peribadi ni . Maybe kalian follow blog ini , disebabkan hasil kerja aruah my sis , Lyenda yen or  Dinda ixati .. kalau dia memang la saya respek ,ayat dia memang awesome dan cool je , but lepas saya ambil alih blog ni , if  saya ada buat  silap , terkasar bahasa , nampak macam kurang ajar tu ,  ampun k , idea ni kekadang datang macam hujan ,mencurah2 dan tak dapat ditapis oleh kudrat saya yang tak berapa nak straight ni ! Kikikih


Apa pun , thanks so much sebab sudi baca idea budak atas umur ni . Saya dah  masuk 20 tahun ye. Bukan macam budak2 test market tu . Belum pun akhir baligh , tapi dah mengatal .eh.. hahaha  kalau followers semua nak tahu , idea gila2 saya ni ,…

AKU KAKI STALKER ?

Aku kaki stalker ? Wak lu !!


sorry la beb ,dari aku bazir masa nak stalker korang better aku usya Sumail , jutawan 16 tahun tu . Pe barang nak stalker-stalker ni , memang not my taste doe.  Aku tak minat aa nak amek tahu hal public ni sangat . Lagi-lagi hal peribadi budak bawah umur ni , alahai sorry k ,sorry sangat ea beb..tapi  kalau benda tu berkait dengan motor atau DOTA 2 tu boleh lah aku stalker. Kalau setakad orang test market ni ,ermm..not me okey ~ hahaha kerek sey guwa**


Eh bawah umur tu berapa tahun ek ?? Aaa.. menurut istilah fungsui , yang lahir selepas 1995 tu kira bawah umur lagi la kot , sebab nombor kat depan umur dia ,kalau tak 0 sure 1 . I means 01 year old or 19 years old ,maybe ..yeaa they are too young babe . Oopsss.. sorry ..kalau macam aku dah nombor 2 didepannya..iaitu 20 tahun laaa kahkahkah  sedarkah beliau ek ?? Anu tu..anu tu aaa..ek ??? Hahaha


Macam malam ni . Bila aku dah berkali -kali online wechat then duduk mereput sengsorang pada minggu lepas-lepas …

JUST WANNA HUG U TIGHT

Image

AKU RATU JIWA

Tujuh  tingkat petala bukan tinggi
Jalur pelangi yg selari bukan halangan
Kuda terbang tersepit dicelah awan?
Rumput terbakar hangit sampai bulan terhidu bau ?
Mengapakah ratusan burung memekik cemas kadang kala
merenggus dosa ?
Hah ? Dosa itu milik siapa ?
Antara semut dan gula pasti ada yang kecewa,
persetan saja pada semua katanya.
Kelabu asap air mata tak berguna,
takkan sama dgn sebungkus sirap limau ais milik kau !
Perlukah merunggut pada langit ?
Apa mahu mu ?
Kiamat ? Atau taubat ?
Dunia kian ke distinasi terakhir
Takda siapa yang tahu bila
Apa yang korang tahu ?
Amarah pada dunia?
Buat celaka pada diri sendiri ?
Mari aku buat cerita ,
kalau kau hidup asik nak kalut
Kabar pada aku  , biar aku teliti ,
mana 1 jiwa ,mana 1 hati
Mana 1 kecewa ,mana 1 mati
Mana 1 kekasih ,mana 1 buah hati.
Aku yg masih kaku diambang pintu ,
dari tadi dok setia menunggu
Oii beb , korang dah  bangun ke tu ?
Zuhri ,Asri ,Maghribi ,Isyaki dan Subhi adalah hak korang
dosa , pahala ,azab ,syurga nera…

BUDAK SELANGOR PART 4

When someone request aku untuk sambung kisah budak Selangor part 4 . Aku terkedu  kejap kot .Adoiyai sejak duduk kampung dua belah ni ,idea aku cepat sangat mendap . Bunyi motor yang keluar masuk bengkel abang Deen dah buat semangat aku jadi down beb .. seyes aku rindu motor aku doe . Argh .. bau petrol pulak dengan tetiba ni!! Help me ! Help me! I killed my brother !! Bhahaha sengal aa..


Budak Selangor  ?? Sejak kebelakangan ni , aku dah tak nampak sangat kelibat budak Selangor aktif  online wechat . Agaknya diaorang dah taubat atau pun sudah lupa passward wechat lepas jumpa 'super head' terbang masa main bar tempohari . Hahahaha sure??really sure doe!

**oii mana lu tau ni Mia ? Lu jangan memandai bawak citer beb?!!


Eh !! Adoiyai beb , mata guwa mata helang doe ,jangan kata  ' super head ' berterbangan , lu orang bawak awek dota main bar pun guwa nampak doe . Apa guna Allah beri guwa naluri sesuci embun pagi ,kalau apa yang lu orang buat kat sana guwa tak dapat feel …

MOVE ON SEORANG GIRL

Image
Beware beb  , bila  girl kau said she want to move on , ada beberapa perangai pelik dia yang korang perlu amek kira. Aku beritahu je , jangan nanti tiba masa , kau bingung apa salah kau , girl friend kau berperangai lain macam je semenjak 2 menjak . Aaa.. kalau kau nak cam perangai tu , meh aku beri contoh , antaranya ..





AKU KENA MENGALAH

Ok .. akhirnya aku kena mengalah !

Aku kena mengalah dengan masa!

Aku kena mengalah dengan kenyataan!

Aku kena mengalah dengan kehendak!

Aku kena mengalah untuk sebuah impian !

Aku kena mengalah dengan diri aku sendiri !
Aku kena mengalah dengan atur hidup orang lain ..




Dan aku tahu mengalahnya aku  bukan bererti  kalah, tapi sebenarnya aku dah malas nak serabutkan kepala otak ni lagi .  Ada ? Aku go on , takda ? Better aku duduk dendiam mereput layan movie yang abang Deen beli  even cerita merepek - repek pun aku kena layan . Adoiyai .. abang Deen ni pun satu , beli cerita jiwang bawang  , filem aksi takda jual ke kat kedai tu . Ermm..



Ermm .. sangat kepishangan sey !










PESANAN

Image
Kalau korang nak tau , pembaziran itu jugak berlaku pada perasaan . So after this please  .. never waste your feelings ..




Alright , aku pegang pesanan ini kuat -kuat ! tQ ^^

AKU , NENEK DAN ABANG DEEN

Bunyi burung berkicauan , suara kokok ayam bersahutan , yes ! Inilah kampung ku ! Aku di arah duduk kampung sementara mama dan ayah telah balik ke JB semula lewat malam ahad lalu . Nanti raya haji , mereka akan balik ke kampung semula untuk menjemput aku balik ke JB . Aku ok je kok ..hahaha


Kat kampung ni aku duduk dirumah nenek . Korang tau kan nama kampung nenek aku ?? Kampung Dua Belah , kikikih  . Dalam rumah ni ada nenek dan abang sepupu aku , abang Deen!  Abang Deen dah lama duduk dengan nenek , lepas dia habis study kat politeknik  dalam bahagian permotoran , kimpalan dan apa lagi tah , abang Deen bertekad nak duduk kampung dan dengan sedikit modal , beliau berjaya buka sebuah bengkel motor disebelahan rumah nenek aku ni . Kalau kat kampung ni , sebuah rumah wajib ada 4-5 biji motor , kerana mereka duduk jauh dipendalaman dan jika tak ada lesen kereta , bagaimana mereka nak ke pekan untuk beli barang keperluan harian . Kalau tak silap aku dah hampir 3 tahun  bengkel abang Deen…

MEREPUT

You give love a  bad name !

Hai sayang .. miss you der hahahah . Siapa kesayangan aku? Apeko sibok ? Biarlah jadi rahsia antara aku dan dia .. ceh ngade gitu ..

Pada abang , kakak yang ada baca post Mia tiap kali update , korang jangan lah fikir awek bengkel ni kurang ajar ye , anggap je  awek sweet ni kurang straight je sudah la k . Hahaha tapi saya baik tau kak ,abang ..aaa sebab taste saya cuma pada yang single hahaha please don't worry .. ok k .. jom sambung !

Harini aku tak dapat layan internet lelama sebab minggu ni abang Deen agak busy malam . Dia ada hal katanya . Tadi siang pun dia pergi Melaka sebab ada show kereta  oldskool  kata dia . Ade ea? Entah aa aku pun not sure tapi dia pergi dengan geng motor dia  pagi tadi . Lepas maghrib baru nampak batang hidung . Haish ..nasib tunang sporting ,kalau aku jadi tunang dia ,seminggu aku tak kontak  sebab merajuk ,  ada tunang tapi jenjalan tak bawak hahaha tu sebab aku tak diizinkan ada tunang lagi kot ..ermm entah la nakk .. …

BUDAK SELANGOR PART 3

Psst .. dah tiga episod siak . Hahaha aku nak buat macam episod cerita gerak khas lah . Makan tahun punya story . Hahahaha hai abang Samsul **tabik spring kat gambar beliau**

Okk , sambung  . Lepas kenal kawan -kawan yang aku dah sebut sebelum ni ,  aku pulak termasuk dalam ketogeri  menarik perhatian someone , iaitu shawal ? Who shawal for me ? Dia adik kepada ramadhan dan abang kepada zulhijjah . Hahaha siut aaa . Not me , not me ! Shawal retis kot . Dia banyak ajar aku erti menilai orang . Orang macam ni , ni makan dia , orang macam tu , tu makan dia . Then bila shawal dah mula aku dekati , macam ada satu feel yang orang lain dok perasan . Entah aku tak tau apa kisahnya shawal sekarang sebab lepas aku keluar group semuanya lenyap macam tu je . But untuk infomation , shawal ni power  main dota . Aaa semua kawan respek part tu . Aku ? Aku respek dia jugak tapi part lain . Hahaha part apa ? Adalah , mana boleh cerita beb kalau tu namanya rahsia . Apa pun shawal sangat matang bila dia…

BUDAK SELANGOR PART 2

Aaa .. meh aku sambung kisah budak selangor tu . Bila dah terjadinya sebuah group , dengan bijaksana nya mereka namakan group tu group karoke jamban . Hahahaha aku yang masa tu baru dapat online wechat id psycho girl tu terkejut jugak , peh  group karoke sey !!  But aku wat donno je sebab aku tau ,tulah antara cara buat mereka happy dalam tu . Dan dari hari kesehari , sorang ke sorang budak selangor masuk dalam group tu . Terutamanya budak area Subang . Ada nabil , ezaz , herry ,acai , hani , fie , bob , haikal , mus , biey dan ada lagi nama yang aku da lupa sorry beb sebab aku memang sengaja cakap lupa padahal aku malas nak taip nama pelik korang hahaha

Okk ..group yang aktif 24/7 sangat happening ! But dalam masa tu jugak , ahli datang dan pergi , invite sorang ,sorang remove ,sorang invite ,sorang remove , sampai lebam ! Hahahaha

Nak buat lagi cerita ,aku yang ada masa mood on off , kekadang merepek-repek dalam group tu tanpa kisah pada semua orang pun akhirnya terjebak meremoveka…

BUDAK SELANGOR PART 1

Lokasi : atas tilam dibilik tetamu rumah nenek , melengko tanpa pakai gebo


Aku nak share , dalam 1001 kisah aku didunia alam maya ni , aku ada something yang sangat membuat aku begitu teruja nak kenangkan . Iaitu kesah aku dengan budak - budak selenguh . Selenguh ?? Ayat padu dia Selangor . Lokasi fevret diaorang  kampung Subang Tambahan . Eh tah ye ke tak ,aku main letak je nama lokasi tu . Dan antara port paling serasi awal dulu area SR Subang ,Skypark, padang bar , adalah sekali sekala tu pusat karaoke dan paling masyuk mendota ! Amma ..dey lakalaka hahahaha mamak la mana lagi.

Macamana aku kenal diaorang ? Aku lepak sana jugak ke? Nope ! Aku mana lah lepas nak melepak dengan lelaki ni . Seumur hidup melayan perempuan ,perempuan dan perempuan . Sampaikan aku confius ,mana layak dipanggil kekasih ,lelaki ke perempuan . Hahaha bongok ,jangan percaya la wei !


Okk ..meh cerita meh . Aku kenal diaorang ni ofkos bermula dari aruah kakak aku lah kan . Dia lah puncanya . Emm sebab dialah …

KEJUTAN MAMAT KAROKE

Selamanya , hati ini akan selalu memujamu .. ceh layan lagu mewangi siut. Maklumlah baru lepas mandi , dah wangi -wangi gitew . Sebenarnya tu lagu masa budak-budak rewang layan karaoke kat rumah pengantin tadi. Not bad la suara mamat tu , 80% mirip Akim hahaha puji  ?? dia tak tahu takpa . But aku iklas ni hahaha

Masa tu aku tengah lepak dengan tunang abang Deen dan beberapa orang kazen gugurls aku kat anjung rumah . Tunggu pengantin siap makan beradap sebab kami nak bergambar dengan pengantin hajatnya hahaha amek berkat beb ,mana la tahu tahun depan rezeki aku pulak aaa makan nasi beryani gam korang aku lanje tau ..aaa sedap tu !

Tengah syok memerhatikan para jemputan yang keluar masuk , tiba-tiba aku terdengar :


"Saya nak tujukan lagu ni buat anak mak ngah yang datang dari Pasir Gudang , JB , yang  budak kampung sini gelar  Mia  gadis Kotaraya , dan  harapan saya mia terhibur dengar lagu ini dan rajin makan ubat dan cepat sembuh. Kami budak-budak yang selalu bikin motor kat De…

SORRY AKU TAK RETI

Aku baru  nak bersiap pergi kenduri kawin anak makcik aku kat kampung sebelah ,kampung apa tah namanya aku lupa , yang aku tau ,lokasinya kat sebelah kampung nenek  aku je ni , tapi kampung nenek aku nama apa ek ? Hahaha namanya kampung nenek je lah ..**padahal nak rahsia dari korang** gelak tutup mulut !

Malam tadi line sudah menganggu keharmonian malam aku yang indah . Lepas pukul 12am , line sangkut - sangkut , lastly aku tertidur dalam keadaan " standby " . Sebenarnya aku menunggu someone , tapi oleh kerana dia busy urus dirinya sendiri dan kawan-kawannya jugak , akhirnya aku pun kenalah tidur bila line pun sama-sama busy nak problemkan internet .


Maybe harini aku tak aktif sangat dialam maya  ni ,sebab lepas ni sampai petang kami sekeluarga termasuk nenek dan abang Deen akan keluar ke kampung sebelah . Eh beb , aku baru teringat lah ,nenek aku ni lokasi dia kat kampung dua belah . Kikikih korang tanya lah orang Muar , diaorang pun tak jumpa kot nama kampung nenek aku d…

ORANG JOHOR EKK

Senja kala dan aku dikampung habaq hang . Eh .. tu loghat Kedah tapi kampung aku Muar ,Johor aa beb . Anu .. ekk  ..ekk .. anu ..ekk .. hahahah sampai sekarang aku tak jumpa apa kaedahnya perkataan anu dan apa awesomenya perkataan ekk bagi orang Johor ni . Tapi dah macam ketagihan , bila bercakap je kalau takda anu atau ekk nya , macam tak orang Johor je gitew . Macam gurau tak kaso , macam  takda ulo  beso yg kuajo nak melengko kat pago sungai Muo . Hahahaha adoiyai nampak lucu tapi ni lah trade mark beb . Kau bayangkan orang Kelantan cakap macam ni , koma terus agak aku rasa bhahahaha


Ala asalnya apa aku nak cerita tadi ek ,aku lupa la pulak ek ..


Erm apa pun , bahasa  melambangkan  bangsa beb . Aaa macam aku je ni lah . Dalam alam maya  ,korang sure fikir , aku ni sorang perempuan bertubuh gagah . Ada tatto kat lengan , ada otot ketul-ketul , ada parut kat pipi , bila korang baca gaya bahasa aku kan ? Pergh korang punya imaging pasal aku tu dah macam aku ni perempuan yang selalu b…

PUAS TIDUR MALAM JUMAAT

Andai di berikan emas  permata  , ku pilih senyuman mu .. hahaha bahagia je kan kalau hari jumaat ni . Malam tidur sedap , puas , so bangun pagi sure lah minda cergas dan cerdas !  Tu  kisah bangun pagi jumaat orang bujang , apa kisahnya bangun pagi jumaat untuk orang yang sudah berkahwin ek beb ??  Alolo .. nak tanya  ibu angkat siber aku lah camni .. korang kenal tak ?  Better korang tak payah kenal la , anak  dara dia  semua orang dah booking beb .. yang form one pun dah si Zaid dah cop ! Bhahaha dasar anak hantu bukan anak menantu lah tu .

Ops .. marah pulak budak bantut tu kang , kacau dia baca novel online kat application wattpad . Wei korang bukan je dapat baca novel ,but korang nak menulis novel ,cerpen atau merepek-repek kat situ pun boleh doe ! Pergi lah ke google playstore then search wattpad ! Kemudian download je lah .    Dengar kabar  ,kawan-kawan aku ramai dah melepak kat situ baca novel yang macam-macam adoooo ..

Bytheway aku suka baca ,suka menulis ,suka berangan pun…

AKU MAIN DOTA ?

Image
Bila aku kerap update pic aku lepak kat c.c. , ramai cakap aku main DOTA . Well , dota tak dota , kalau aku sambung study esok-esok ,sempat lagi ke aku nak layan game ni ? Ada nanti hari-hari aku layan p.c sebab nak main natang ni . Kelaut study aku nanti doe ! Hahaha kesian parent aku , emm..emm


 DOTA ! Antara punca ramai perempuan - perempuan muda yang cantik manis diluar sana  yang pasrah dalam percintaan , bila mana  dapat bf  peminat setia game  DOTA . Tak kira lah DOTA 1 - DOTA 2 , ianya still dota ,dan berhantu kalau dah ngam dengan somebody tu . Hahaha , masa aku tingkatan 6 rendah  ontheway nak ke tingkatan 6 atas dalam tahun 2014 awal la gitu , ada jugak lah aku cuba try test Dota ni , but  masa tu family bising aa , diaorang sibok suruh aku fokus untuk STPM , so antara  iklas tapi jauh , aku lupakan game ni .  Sehinggalah sekarang ni . Nak cakap cuci tangan tu taklah , tapi kalau aku main pun just tolong - tolong kawan je kot . Its not my game right now ! Ok ,lepas ni sila…

HATI AKU YANG KINI

Image
Beb ..ni la yg selalu aku buat . Pujuk hati untuk jadi aku yang sekarang ni. Aku ajak dia teman aku sama-sama lalui detik yang mencabar ini . Kalau aku ikutkan hati aku yang dulu-dulu , masa aku form 5 , form 6 , aku tak tau aa ..samaada aku ada hati atau tidak sekarang ni .. emm don't  judge the book with the cover .. eh !!  Don't judge me from my yesterday ..aaa hahaha kerek siut nak cakap omputih aku ni. Dah jawa tu jawa aa jugak kikikih .


Jawa pun jawa la , janji rock  \m/  hahaha

LUPA

Image

MAS KAHWIN

Image
Tu hah atas tu ! Entah mengada apa aku update pasal mas kahwin pulak kalini . Tapi naluri aku memang beria sangat nak share dengan korang . Apa aku dah merenyam nak  nikah ke ni ? Emm rasanya macam tak . Sebab mama cakap :    **Awak nak kawin ? Jerang air pun hangit ! Lipat baju pun tak reti ,  basuh baju pun masih tak sempurna , goreng ikan basah tapi masinnya kalah ikan masin , rebus telur pun hangus . Macam tu nak kawin? Macam tu nak jadi bini orang ? Membazir je duit hantaran sampai 10K , tapi dapat isteri yang cuma pandai merempit !!

Adoiyaii.. setepek kena ..tapi dengan selamber derk je aku menjawab :    ** ala ma .. mama pun dulu ayah cakap selalu masak nasi tapi jadi bubur . Goreng ikan letak kunyit ,tapi lepas goreng macam letak kicap , sambal belacan mama tumbuk pun tak lumat , dah tu siapa makan sure kena cerry berry ..aaa.. lepas 27 tahun ok je kan? Semua sedap je orang telan . Sampaikan ayah jarang makan kat kedai kalau mama ada masak dirumah. Ok jek ..emm

ye ..ok je tap…

BENCI TAPI RINDU

Image
Aaa .. aku tau  , korang yang tengah angau tu , lepastu ada terjadilah some mistake , ada lah gaduh-gaduh sikit gitukan . Sure alami detik-detik jiwang macam dalam pic tu .. cuba jujur ,yes or not ? Hahaha  jangan nak mentipu aku aa beb . Kat mulut asyik je cakap je :

*kau jangan sebut nama dia depan aku !!
*aku benci dia !
*malas dah nak fikir pasal dia lagi ?!
*aku meluat untuk semua ni !

But the reality ..bila malam-malam , masa duduk termenung , masa nak tidur , masa layan lagu jiwang , masa tu airmata ,air hidung , air tangan , air mata air ..semua meleleh . Hahahaha air apa lagi ek yang aku tak sebut ? Adoiyai jangan fikir bukan-bukan sudah la ea. Biar aku sorang je yang fikir pasal air lain tu . Emm...emm.. air nestcafe tarik la kot ! Kikikih ..

Beb .. kat JB sekarang ni mendung ,sejuk dan aku rasa situasi ni paling elok untuk beradu ditaman syurgawi ..haish . Jom turu , pe barang lepak dalam kelas tu , bosan kot. Hahaha .. tengok bantal dah macam melambai-lambai kat aku ni . …

PERGILAH JEREBU

Sejuk ~

Selamat pagi beb !

Hujan dari malam tadi dah bawa rasa sejuk yg mendalam sampai ke tulang sum-sum aku . Nak bangun pagi ni memang liat . Harap sangat hujan kali ni bawa pergi jerebu yg dah beberapa hari menyelubungi dunia Johor. Dan berjaya buat bumi Johor ini bersih semula macam selalu.


Apa yang aku nak katakan pagi ini . Dalam berpuluh sahabat kita , mungkin hanya satu yg menjadi cinta untuk kita. Yang lain masih kekal sebagai sahabat . Amat sulit jika kita rasa terlalu sayangkan sahabat , hingga mengabaikan dia yàng kita cinta .

Alamak pening !

PEMANGKIN UNTUK ON OFF

Image
Beb!
 Aku pegang kata - kata ini sebagai pemangkin semangat aku yang kejap on ,kejap off tu.




Part senyum tu aku kena kawal la kot ,takut kang salah send senyum , tetiba kena serang dengan bini orang .. hahaha kopak kepala aku kena tibai nanti doe .

Kalau part doa tu , ofkos lah aku rajin buat sebab mana kena charge kalau berdoa beb ,gst ke ,cukai jalan ke semua zero ,hahaha

Sedekah ? Senyum pun sedekah kot. Lain-lain tu ada lah aku isi kat tabung yang selalu aku jumpa kat shopping kompleks . Eh !!  Hahahaha mace hare

Menyayangi ? part ni aku suka sebab .. sebab .. sebab dah sayang kot ..takkan sebab lain pulak..


adoiyai .. jom makan !! Entah kali keberapa untuk harini aku pun dah lupa aa beb . Haish .. apa si Fatin bubuh dalam ubat aku ni sampai aku makan dah macam orang kebulur ni ek?? Peh .. pecah juga perut aku malam ni . Memang aa rezeki tapi melampau noh ni kot ? Ok lah ,nak teman mama aku makan jap ea. Lepas isyak lepak bengkel tau ..kikikih

AKU KENA SAKAT

Aku baru lepas telan semangkuk laksa johor , hasil dari air tangan mak . Eh makcik yg jaga aku tu ..hahaha erk alhamdulillah . Kalau aku jadi anak menantu makcik tu , sure aku buatkan dia hari-hari air nestcafe tarik . Sebab mak ..eh makcik cakap ,aku tarik nestcafe tadi ada style dan air yg aku bancuh untuk dia sedap . hahaha bakat terpendam je mak..eh ..makcik .. ^^ ada unsur bodek diselitkan disitu ,tapi makcik tu tak perasan hihihik


Beb .. korang nak tau tak , aku ni kan, 2,3 harini rupanya kena sakat dengan "momok" tu la sebabnya aku asik menangis je siang malam. Aaa.. korang ingat baby je yg boleh kena sakat momok ea ..aku pun kena tau ..emm..emm..


Asalnya aku tak tau aa kan , sampai lah malam tadi ,momok  tu pm aku ,dia cakap ..senanya dia sengaja buat aku ,sebab dia takda sesiapa nak disakat ,kecuali aku ... grrr nasib la jauh beb , kalau lah dekat sebelah ,memang sure pengsan dah momok tu kena geletek dengan aku. Lepas dia pengsan ,aku masukkan dia dalam botol , th…

SEMBANG DENGAN BAKAL EMAK

Beb korang dah makan ?

Lepas kena bebel dengan nurse peribadi aku semalam , aku rasa baru pukul 1 tengaharini aku dah makan masuk 3 kali ! Aku terfikir jugak ,aku makan ke aku buat mandi makanan tu? Mesti korang tanya kan dalam aku tak sihat ni siapa yg masakan untuk aku sedang mama dah pergi taska seawal 7 pagi . Meh aku story baik **jeling-jeling dapur..^^

Sejak aku balik dari Penang , mama agak busy mulanya. Lepastu mama request la sorang bibik untuk jaga aku . Tapi ayah bergurau kaso beb ,kata ayah :

Dari ambil bibik ,baik bagi abang bini . Hahaha mama jeling dengan mata bulat !!nasib biji mata melekat ,kalau just masukkan dalam kelopak ,aku sure melantun berkali-kali dah biji mata mama kat lantai ruang tamu tu @macam bola pingpong ! Hahaha

Jangan berangan lah bang . Sedang orang yang ada duit rm2.6Bilion tu tak berani nak berangan macam abang ni tau. Aaa..jangan nak cari pasal dengan saya ok ..

Ceh mama nak tunjuk power bebel dia depan anak-anak lah tu . Sedang kan dalam masa ya…

KISAH PUKUL 12.45AM

1 am !

Aku tak jadi tidur la , tadi ye ye jek mamai sakan . Tapi baru terlelap kejap ,aku terdengar suara orang panggil aku dari luar . Tengok jam pada phone dah pukul 12.45am. Siapa datang ni ? Aku tengok Fatin dah sedap tidur . Maklumlahkan orang dah jumpa kekasih malam tadi. Dan aku jadi guardgirl ! Grrr ..nak kejutkan Fatin ni kesian la pulak. Dah la esok dia kena kerja pagi. Masalahnya  erm ..siapa yang panggil nama aku ni? Mushkil meluap-luap jadinya . Baru tadi aku sembang pasal aruah akak dengan kawan-kawan siber dia dan buat post pasal 100 hari pemergian aruah akak aku . Takkan dia balik kot ?

 Alfatihah.


Suara tu kedengaran lagi ,kali ni makin jelas . Adoiyai .. peluh sejuk aku meleleh kat dahi. Aku beranikan diri jengah tingkap bilik ,untuk melihat gerangan siapa orang yang kerap sangat memanggil aku tu . Beria-ria nak jumpa aku lewat malam ni.  Dan bila aku jengah , suara itu terus menjerit .

beb !! Aku ni .. Fatin tidur rumah kau ea?
Jerit Dila adik Fatin .
Laaa..kau ..b…

PAGI INI DAN MALAM TADI

Pagi tadi !
Bukak mata then bangun dan pandang cermin . Anak dara siapa yg comel dok senyum-senyum pandang aku ni ? Gosok-gosok mata .. pandang lagi , aku renung dia ,dia renung aku semula . Nice reason ... Budak tu aku !!  Hahahah comel siut .ok , ok , subuh dah nak habis , kang dok comel ,comel , matahari dah terpacak aku baru nak amek whuduk .. haish


Malam tadi !
Malam tadi gelap ! Sunyi ! Yang ada bunyi krik..krik..dan bunyi angin bertiup malas kat luar sana . Aku tidur pukul 3 am lepas habis tengok movie . Cerita ? Adalah tapi bukan cerita satu warna ok .. aku bukan penagih ! Hahahaha madepaker yg menagih cerita satu warna tu ..bluekkk~ najis !


Malam tadi jugak !
Aku logout semua laman social aku awal . Sebab aku rasa itu je jalan paling ringkas dan mudah untuk aku selamatkan keadaan . Aku tak nak jiwa aku makin kacau , emosi aku bergelora , minda aku kusut masai lagi , thats why aku logout. Tapi pukul berapa ek? Ntah ..lupa aa..

Malam tadi !
Aku  tidur ditemani Fatin , nurse pe…

BIDADARI SYURGA AKU

Image
Malam ni genap 100 hari sis  aku pergi . Pada siapa yang tak kenal siapa sis aku , meh aku beritahu .

Dia blogger yang pakai nick name Yenda ixati yang sekarang ni aku pakai . Dia meninggal pada tengah malam 1 jun 2015 akibat kanser payudara tahap 4 . Dia lama dah hidap penyakit tu but kami sekeluarga dan semua orang yang rapat dengan nya telah di elak kan dari tahu ! Ye ..kami semua tak tahu , hinggalah pada satu hari dia pengsan di taska mama , dan bila dihantar ke klinik ,doktor beritahu mama yang dia pengidap kanser tahap 3!

Mama yang tengah risau dan kelam kabut waktu tu , terus pengsan bila doktor beritahu hal tersebut . Nasib ada ayah kat sebelah mama  . Aku ,ayah ,mama dan semua ahli keluarga terus blank beberapa hari . Sedang akak ketika tu ,lepas je makan ubat ,keesokkan harinya just follow on kerja harian dia dirumah , ditaska ,macam takda apa -apa yg belaku . Parent kami yg masih tidak keruan , hanya mampu menangis mengenangkan nasib akak . But one day , kawan baik mama ,…