AKU MASIH DISINI



Hari ni dan esok ,semua budak - budak yang balik cuti sem selama seminggu ke kampung halaman akan berangkat balik ke asrama masing - masing semula . Kalau tak aku pun jadi diantara mereka . Tapi oleh kerana aku ni special kes , akhirnya aku still mereput dalam bilik ku syurga ku ini selama 2 bulan . Jom kita berhuhu .. hahaha aku redha je beb , biarlah korang nak kata padan muka ke , apa ke , aku still meredhai akannya . Ayat bajet hahahaha bajet bagus padahal tak bagus mana pun .


2 bulan aku kat Penang dah berjaya buat aku seperti berada dalam penjara selama 2 tahun 2 hari 2 jam ! 2 saat ! 2 detik ! Hahaha merepek repek sudah ! Tapi korang cuba aa bayangkan ea ..


First  :  bila salah sorang batch aku buat masaalah , dia sure aa kena denda , tapi yang merepeknya dengan kami yang 80 orang student dari batch yg sama pun kena denda jugak beb ! Lu ingat ni lawak ?? Mampushhh tak lawak doe .!! Aaaa .. kalau denda setakat tak boleh mandi 24jam tu aku ok lagi . Ni dendanya 2 minggu tak boleh keluar asrama !! Walaupun hari cuti sabtu dan ahad !! Pergh ~~~  kematu doe ponggong guwa ni asik lepak atas katil lepas habis kelas tu ! 2 minggu beb , 14 hari tu !! Lama siak  !!  Pishanggg ~


Second : tiap malam ambil kedatangan sebelum tidur . Cakap ambil kedatangan macam je kat sekolah dulu kan ? Usin ? Datang cikguuuu .. Usop ? Ada cikguuuu... kat sini tak beb. Kat sini ambil nama satu persatu dari tahun 3 , tahun 2 last sekali tahun 1 . 1 tahun tu ada dalam 200 pelajar . Korang darabkan dengan 3 tahun  dapatlah 600 orang yang nak di panggil dan bukan je panggil ,tapi kena tandatangan  lagi tu . Kononnya takut aa anak dara orang lompat pagar hostel nak pergi jumpa pacar ! Hahaha mace hare doe .


Dah tu kalau pelajar semua macam aku , sure aa on time , aku rasa semua kerja settle sebelum pukul 10 malam . Tapi biasa aa kan , awek - awek manja kolej . Terkeseng -keseng , terhegeh - hegeh nak turun port . Lastly elok -elok siapnya pukul 10 malam , kekadang tu melarat sampai 11-12 am ! Mana nak ingat baju yang tak dicuci lagi , kerja yang lect bagi lagi . Nak iron baju lagi , nak gosip lagi aa .. dah tu nak ' dating ' lagi ..hahaha gedik ah dating mendanya , cakap je nak online internet . Haish ~~~ stress doe ..streessss !!

Third : pengajar aku sangat baik . Diaorang selalu ajar aku dengan cara mereka yg sangat buat aku selalu binggung ! Pot pet , pot pet depan kelas , buat latihan ,lastly baru bagi nota  ! Hahaha  sungguh awesome ! Aku ni jenis bebal sikit . Kalau suruh baca buku-buku tebal dalam bahasa inggeris tu , memang lemau aa  beb tapi kalau bagi nota awal , cara tu  memang sangat membantu . Dan hasilnya bila test , kerap sangat aku cukup makan je resultnya . Ermm.. tak membantu aa..


Ford : aku duduk sana aku tak boleh masuk la beb , 1 bilik 4 orang , bilik yg saiz 10 kaki x 10 kaki tu korang bayangkan ada 4 katil bujang !! Sempit giler !! Perabut buruk gila tu aku boleh terima lagi k ,tapi 4 orang pelajar tu semua dari negeri lain-lain doe . Tak ke macam ayam dengan itik kalau bersembang ! Contoh roomate aku je . Ada Johorean , ada Perakean , ada Terengganuean , ada Pahangean . Pernah satu hari tu masa hari pertama kat bilik :

Terengganurean sembang dgn Pahangrean


T : mung dok mana ?
P : dok Pahang
T  : mung dok mana??
P  : dok Pahang !!!
T  : soalang macam tu pung dok pahang ?

Aku cakap ahh suddah ..sampai esok budak Terengganu ni dok pahang apa budak Pahang ni cakap . So aku tukang translate kan . Awak ..dia ni asal dari Pahang , bukan dia tidak paham awak tanya soalan tu ..pahang  dok ?  Dan akhirnya mereka gelak sakan sebab dua - dua dok pahang  .. hahahaha aku mereput doeee...

And now !! Tu semua cerita 2 bulan aku kat Penang . Sekarang tak lagi , aku bakal jadi anak kesayangan mama dan ayah  , ikut je apa kata mereka dan aku akan dihantark kesebuah daerah baru bila aku sudah sihat 100% , insya allah .. aku akan terus redha sampai akhir hayat ini .

Comments