Skip to main content

AKU MASIH LAGI O.K


Petang dah beb ..
Aku baru dapat pegang phone ni sebab hari ni satu hari suntuk aku tidur . Aku bagi otak aku rest puas-puas . Lepas aku dapat direct message  dari someone kat twitter awal pagi tadi . Otak aku terus je stop berfungsi . Aku tak dapat dah nak fikir apa lagi masa tu . Aku try fokus minda aku segagah mampu dan hasilnya aku hanya replied apa yang aku mampu ingat waktu tu dan aku terus je send kepada dia . Lepastu aku tak ingat apa -apa lagi yang berlaku .


Sampailah petang tadi ,Fatin call aku cakap nak ajak aku  pergi makan  lepas isyak nanti . Barulah aku terjaga . Tu pun lepas misscall yang ke 15 ! Sorry beb ,aku tak sedar apa-apa masatu .

Dan bila Fatin tanya : kau sorang ke beb ? Kau buat apa je doe ?  Kau dah makan ? Kau tau tak aku risau ni ???

Aku jawab sambil pejam mata  : apa .. takda apa yg perlu kau risau la beb .. a ah aku manusia yg keseorangan dalam bilik ni , tapi aku ada Allah yg 1 , malaikat kanan kiri aku , aku ada nafas yang masih Allah beri percuma , aku hanya ingat itu dan aku yakin hanya itu  milik aku yang abadi dan yang paling setia menemani sampai akhir hayat aku nanti. Lain kali jangan nak fikir banyak sangat pasal aku ni . Aku ada je ni beb , jiwa aku je yang dah lama pergi ..


Aku tak sedar , aku kena bazirkan airmata aku lagi senja kala ni .

Fatin mengeluh lemah .. : ok la .. alhamdulillah kau ok, selamat dalam bilik tu . Beb , lepas isyak lepak tasik jom ! Makan-makan nak?? Aaa ..aku lanje ni..huhu eh ! Bf aku nak lanje kita ni .. jom aa beb , kalau berdua aku risau , tapi kalau ada kau ,kita bertiga , baru tak timbul fitnah nanti ..kan?  Kau ikut ea??

Beb .. kau tau tak .. aku dah 2 hari tak makan ..dan harini aku tak lapar lagi aa.. kau pergi je aa berdua , macam tak pernah keluar berdua kan ? Dating tu tak fikir fitnah ,nak makan je baru terfikir ke beb ..erm ..aku membebel perlahan antara dengar atau tak si Fatin tu .


Wei !! Kau jangan buat perangai aa beb ! Apa ni ??  2 hari tak makan ,kau ingat lawak ke ??? Adoiyaii kau ni .. please aa , jangan nak hancurkan diri kau lagi boleh tak ?? Please beb ,aku mohon .. kau tak sayang orang lain ,takpa aa ,aku tak kesah , tapi please beb ..sayang lah diri kau tu sikit .. kejam sangat doe kau ni . Apa nak jadi?? Hari tu 2 hari tak tidur , ni  2 hari tak makan ,esok kau nak buat apa lagi haa ???  Come on beb ! Wake up !! ...


Fatin perlahankan suara dia dan aku tahu dia menangis ..aku?

Erm.. aku  dah tak dapat rasa , sama ada aku nangis ke tak sebab sejak kebelakangan ni ,  nangis pada aku macam 'jajan' . Ye jajan adalah makanan ringan yg orang akan makan biar pun dia tak rasa lapar , tetapi tetap dimakan .

Beb .. aku nak mandi , nak solat magrib , pastu aku nak bayar hutang aku dengan Allah yg tadi aku tinggalkan . So .. aku tak dapat ikut kau kot malam ni ,sorry ea beb .


Ermm.. kay kay ! Nanti aku tapau je lah ea beb . Kau nak makan apa doe malam ni ?


Belikan aku  BVSM ..



Erm..jangan aa beb ,...Fatin  terus off kan handphone dia . Aku tahu kalau dia tak menangis , dia marah ..aku dah masak dah dengan perangai kawan aku yg sorang ni ..dan aku ??  
Just smile  sambil lap air yang mengalir kat pipi ni ..
its ok  :) ..aku still ok :)

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx