Posts

Showing posts from October, 2015

BELIEVE IN ME

Image
Hai beb  ..assalammualaikum





Aku selalu jugak lah jumpa perempuan spisis aku ni . Nampak je lembut tapi naluri kalah lelaki . Hahaha yang penting aku tak edit jantina aku ye sudah ! Allah murka nanti .


Kalau dulu ,aku dipanggil lelaki tak jadi oleh kak Lyen , sekarang ni kalau lelaki nampak aku or bersembang dengan aku .. 1 kerja apa pun  dia  buat pastinya tak jadi .. hahahaha power siot seorang pengkid bertukar  jadi perempuan sejati . Nak tahu manja dia tahap mana ? Dua hari ghaib  ,mau gila anak bujang orang ! Tak percaya ?? Up to you ! Tuan punya badan je yang tahu hahaha


Hahaha well ...cakap banyak pun  tak guna kan ,kita buat dia  .. siapa lagi yang layak mengubah diri kita kalau bukan diri kita  sendiri . Aku tak kisah dah orang suka aku atau tidak . Orang kenal aku lagi ke tidak . Orang nak fikir macam-macam pasal aku ke ..  gasak lah diaorang , aku tak hairan sikit pun . Apa yang ada dalam kepala otak aku ketika ni . Aku nak jadi aku yang aku harapkan . Aku nak jadi anak mam…

HAJAT YANG BELUM TERCAPAI

Image
Assalamualaikum beb !

Bila tengok gambar kat atas , teringat bengkel abang Deen  . Lama dah rasanya aku tak call abang Deen sebab kalau aku call , kredit aku sure laju macam air terjun . Al maklom Singapura to Malaysia , call kejap je dah SD 5 . Tak sampai pun 10 minit. Dah lah jenisnya aku ni ,bila dah sembang tak reti nak berhenti . Hahaha the reality aku ni kan pendiam tapi kalau dengan orang yang dah kenal lama ,terutama family hahaha nasiblah kalau tak dapat bercakap. Lepas aku ,aku ,lepas aku ,aku yang cakap . Diaorang ?? Jadilah pendengar  yang setia .

Ingat lagi masa buat partime kat Singapura , dengan gaji SD 1.5K permonth aku dah berangan je  ,cukup  masa aku kumpul duit gaji , bila dah cukup aku nak balik Malaysia ,aku nak beli KAWASAKI NINJA !  Hahaha masatu 1 SD bersamaaan 2.8 RM  aku target dapat 10 bulan kerja ok dah !  SD 15K bawak balik Malaysia  korang darap lah dengan 2.8 RM !!


Tapi dah tak ada rezeki aku ,baru kerja 2bulan KKM dah panggil ajak sambung belajar . So…

JADUAL BERUBAH

Assalamualaikum beb ! Lagi 3 minit 12 tengahari . Morning  guys !

Weak doe  aku harini , semalam class habis jam 6 :30 pm , sejak nak final exam ,madam  tu berminat sangat nak balik lewat . Hubby dia tak cari ke ek ?? Aku yang dah macam cacing kepanasan dalam class tu sampaikan hilang fokus .  lastly masa azan maghrib kedengaran aku baru je sampai simpang nak masuk rumah makcik  .

Harini  class  petang . Sebelum jam 3 petang aku dah kena ada dalam wad . Sekarang ni pun nak siapkan assignment dah mamai  dah  .malam  tadi dah la tidur lewat pagi . Kalau  tak silap ketika bacaan tarhim di masjid aku baru lelap . Subuh ??   Aku " cuti "  . Hahahahah  apa sey ?? Sila abaikan  jelah  .

Perh seriously lesu beb .. nak nangis pun ada ni  ermm . Hari pertama jadual aku di ubah  !



BILA AKU BUKAN SESIAPA

Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari ..


Harini aku tak tertinggal apa2 sebab ketika mentari terbenam aku masih lena dibuai mimpi. Lama dah aku tak tidur petang sebab kelas aku berakhir jam 5 petang dan  sampai rumah dah nak mandi ,nak solat , nak  bantu mak cik didapur  sampailah jam 6:00 - 6 :30 petang. 30 minit sebelum azan maghrib tulah waktu free aku .  Tulah rutin aku sejak jadi pelajar.

Dan harini aku berpeluang balik awal .makanya peluang ni lah yang selama ini aku tunggu. Yes !! Tidur petang hari. Perh ..bangun tidur lepas waktu asar ni memang nice !!  Lesu satu badan seh !!  Nah ambik kau !!  Orang tua2 dah pesan jangan  tidur lepas asar ,tapi oleh kerana degil , aku tak hirau dah . Makan dia ??  Letih beb . Weak giler badan ni . Ermm  jangan cakap nak tengok mentari terbenam ,nak tengok burung pulang ke sarang pun tak lepas . Aku gerak dari katil jek ,suara azan maghrib dah berkumandang..

Kenapa letih sangat ?

Sebenarnya  sebelum aku tidur ,aku  teringatkan aruah ak…

SUASANA MALAM

Malam ..

aku rindu suasana itu .


Bersembang dgn kesayangan , gaduh2 manja , merajuk  , gelak , merepek-repek , sembang pasal masa depan dan macam2 isu suka duka  sampailah ke awal pagi .. tapi tu dulu . Masa tu aku free 400% ! But now bila  dah jadi student . memang berkepit dengan buku2 ,nota2 dan asignment  lah 24 jam kecuali bedtime .

Mana kesayangan ? Erm .. dia ada kawan2 ,  ada family ,  ada kerjaya  ,kot sekarang ni dia busy dengan semua antara itu .  Moga Allah rahmati dia sekeluarga , bahagia , aman  dan damai biarpun tanpa aku lagi disisi . Insya allah .


Good night my heart . Happy without me  right ? :)

KEPUTUSAN AKHIR

Image
Assalamualaikum  beb ..Lepas kemalangan tempohari , aku dah jadi bukan aku . Aku dah banyak berlembut dengan semua orang termasuk pada mereka yang benci aku . Ok mesti korang pelik , siapa benci aku kan ? Hahaha aku mulanya tak rasa ada orang benci aku tapi bila aku siasat ,masih ada dikalangan kawan2 baik ,yang aku sanjung2 ,rupanya mereka lah orang yg paling meluat dengan kehadiran aku !

Okk fine ! Hak memasing .

Tak pernah terfikir selama ini bahawa nama Mia  akan menjadi racun dalam kumpulan manusia itu ,mereka asyik menuduh kawan baik aku menipu . Malahan  mereka kata kawan baik aku tu bersengkokol dengan aku ,cuba melindungi aku , bila ada je orang baru yg kawan aku jemput  ,mereka akan kata "ini mia kan? "malah ditambah lagi kata2 yang boleh buat siapa yang jadi mia tu makan hati ! Serius aku kecewa . Sangat2 kecewa dengan korang .


Beb ..Apa najisnya manusia bernama mia ni pada korang ?


Apa kah aku pernah  rompak rumah korang?
Curi harta benda mak bapak korang ?
Rogol …

AKU MIA

Assalamualaikum

Bila mood tak stabil ,elok diam !  Itu tindakan aku  sekarang. Untuk terusan mencari salah orang , mungkin tidak . Entahlah , harap keputusan aku kali ini tidak melibatkan banyak pihak . Biar je aku tanggung sorang . Aku dah bertekad . Untuk apa jadi beban ? Untuk apa menyakiti hati sendiri ? Untuk apa membuat orang lain rasa tak selesa .

Cuma satu  pegangan aku sekarang , kalau tak bijak memegang janji ,usah menabur janji .kerana bila janji tidak ditepati ,kau bukan je rasa bersalah , tetapi kau membuat orang lain merana !


Aku perlu teruskan apa mahunya hati ini ..


STILL LOVE AND STILL AWAKE

Image
Assalamualaikum

Sebenarnya aku dah janji dengan kesayangan nak tidur awal malam ni . Dalam pukul 12 am  , then  11.30 aku dah logout semua laman sosial dah . Tapi maybe disebabkan sejak kebelakangan ni aku kerap sangat jadi burung hantu , and now , mata aku langsung tak mau pejam .. adoiyai acane tu ek ?  Takkan nak kena anu dulu mata ni  .. erm siut jek , apa sey ..


Beb .. asalnya aku ni bagai pungguk rindukan bulan , tapi aku cover je hati dan perasaan , sebab aku dah janji tak nak kacau dia dan privacy dia waktu -waktu macam ni .. peh  mata berair , ada orang kupas bawang le pulak malam ni .

Its 2.20am in the morning  ,  and  still loving you

DEMI LOVATO vs MIEYA LOVATO

Image
Hi there !

Ahha minah mana pulak kali ni ? Kalau korang nak kenal shes Demi Lovato . Penyanyi jugak macam aku  .eh ! Hahaha aku bukan penyanyi deh . Aku penyakat  kawan -kawan je . Apa hal Demi Lovato jadi tajuk post aku malam ni ?


Sebenarnya  beb ,jalan hidup beliau ni sepesen je macam jalan hidup aku ni.  Dia nakal ,aku pun nakal . Dia cederakan dirinya dengan  potong lengannya kerana kecewa  , but aku  ..aku .. wenggg..wenggg je sampai  kemalangan sebab frust . Hahaha gilers kan ! Zaman otak mereng memang  hodoh perangai kan beb . Aduiyai .. manalah silapnya kan . Hahahaha cover kesalahan  je ni !

Beb , cakap pasal Demi  lovato ni , shes dulu gemok girl and now ,korang tengok how cute she is . Ok ,like  as aku , dulu memang lah aku cubby tang semua sudut but now ..perhhh aku intai badan sendiri kat cermin pun  dah meleleh air liur ni habaq hang hahahaha

Aku petik nama  Lovato  ini sebagai nama gabungan aku dan dia kat twitter ! How sweet  kombinasi nick name tu ! Hahaha  just for …

BAILEY JAMES

Image
Beb .. semalamkan someone ada send  direct message kat twitter aku .  Firstly aku just replied macam biasa la ,hi dan thank you sebab dia dah follow twitter aku . But malam ni . Bila  berpeluang  dengan masa free 200% , aku  masuk semula dalam d.m tu , aku tengok link dia beri . Hahaha  rupanya shes sorang young girl yg berusia 12 tahun , and she is a singer !  lahai budak kecik lagi doe . Aku ingatkan emak orang dah . Kalau tengok muka ,dah macam  budak lepasan STPM kalau kat Malaysia ni . Haish .. tak percaya ?tengok je  pic ni ..yes or not cakap aku ?


She is Bailey James , 12 years old . Most info kat Baileyjamescountry.com

And korang boleh search google or youtube kalau nak layan lagu country dia . Not bad  la  . Dia boleh pergi jauh kalau dia rajin dan displin  kan diri dia  . Sebab dia seorang pelajar . Kalau kat  Malaysia , ambil upsr budak ni hahaha .  Aku minat country songs? Ermm .. boleh lah sometime kalau nak layan mata sebelum mimpi  indah  lolz .. tapi biasanya aku laya…

MISYHARY BIN RASHID

Image
Assalamualaikum  beb

Dengan izin Allah , harini jumaat ,aku memang tak kemana-mana  ,just baring , mereput  sambil mengadap siling bilik , layan perasaan .  Mesti korang tertanya -tanya , apa yang bermain dibenak minda aku kan beb ? Truly .. aku fikir masa depan aku . Apa bakal terjadi  pada dunia aku akan datang .  aku terfikir sampai bila aku nak hidup bergantung hidup dengan parent . Aku nak study , nak fokus pada study aku . Dan aku nak perbetulkan iman aku yang aku rasa masih belum memuaskan lagi ni .

" beramal lah bagai kau akan mati esok hari "


Aku masih ingat lagi pesan ustazah pada  aku .  Masa tu aku masih  lagi  dalam form 5 . Tapi masa tu apa je ada dalam kepala otak aku ni ?  Just enjoy and enjoy !! Siang , malam , pagi , petang !  Yess non stop !!

And now aku dah masuk 20 tahun . Layak ke  aku  berfikiran macam pelajar form 5 tu lagi  ek ?  Sedangkan dunia ini makin  hari ,semakin hampir ke penghujung usianya.Seriously aku musafir  yang paling hina dalam dunia…

JUST BECAUSE A GIRL

Image
Is it true , if i say : people nowday thinking the girls look like a iphone !  Yes or not ?

PERHUBUNGAN YANG TAK PUTUS

Assalamualaikum beb

Malam jumaat is coming !  Aku tak tau la apa  yang korang fikir bila orang cakap pasal malam jumaat ni but  macam aku  ni ,seorang ' budak yang dah tak nakal '  malam jumaat means , lepas solat maghrib  ,muslim akan baca surah yasin sampai habis ,lepas tu sedekah kan  tahlil dan doa -doa  ,alfatihah buat kaum keluarga yang dah pergi ke alam lain ,alam  baru yg kekal selamanya . Malam lain tu boleh jugak buat but malam jumaat ni most better . Lebih afdal !


Bila cakap pasal ' orang yg pergi ke alam lain '  ,  ada sesuatu yg nak aku kongsikan kat korang dan sebagai peringatan diri aku jugak lah kan .  Mungkin antara kita yang dah takda ayah atau ibu . Dan kekadang tu ,dua -dua dah takda .

Beb .. kalau mereka yang dah  pergi tu memang lah dah tak dapat buat apa - apa rukun islam lagi  sekadar berpuasa . Eh puasa boleh la kot , hihi gurau la . Yep  ! Manusia dialam baru langsung tak boleh nak buat apa-apa , yang mereka tahu ,jika ada kesalahan yang pern…

GADOH SEBAB 250MB /RM3

Assalamualaikum

Hai beb !  Throwback hal malam tadi .  Masatu dalam pukul  10 malam gitu lah kan . Aku tengah melepak depan anjung rumah dengan Fatin dan Jojie . Diaorang ni kalau pergi pasar malam or pergi mall , balik sure singgah rumah aku . bawak pizza or  bege untuk kudapan melepak . Dan aku pasti kena keluarkan  jus oren  dari peti ais mama  !  Yess layan .Tengah sedap-sedap menikmati kudapan , tetiba adik  E datang kat kitaorang .

Kak !!  Rupanya  data yang kita beli tadi adalah , ni maxis cakap data tu dah nak tamat tempoh ni  pukul  11.03 malam ni . Ermm tadi maxis cakap kredit tak cukup untuk ondata , then suruh kita top up kredit  ..Ahh sudah !! Adik aku dah merengek ni ,  part ni yang aku malas nak  dengor ni . Alaa .. nanti  orang topup kan lagi je aa ..

Ermm.. kita bukan nak suruh top upkan le .. kita nak duit tu , sebab kita tak gunakan pun data 250MB tu , tapi maxis cakap kita guna dan tolak kredit rm3 . Ermm benci la ..selalu kena macam ni . Buat rugi je duit  orang …

KEKADANG AKU MERENYAM JUGAK

Assalamualaikum

Hai beb ,  aku baru balik dari bantu mama kat taska ni . Sekarang ni tengah tunggu giliran mandi hahaha itu pun nak story ke mia?? Kikikih why not ? At least aku jujur  ea, aaa ~

K !  Cakap pasal jujur ni , something aku nak share kat korang lah  . Its about trend orang zaman sekarang ambil gambar pengantin mereka . Atau paling sweet kita cakap " gambar raja sehari " . Korang perasan tak beb , kalau dulu , gambar pengantin just posing atas pelamin , dalam bilik tidur , depan tetamu dihalaman rumah . Aaa but nowday !! Peh .. merecik tengokkannya .


Ada dalam air ,dalam lecak ,dalam sawah ,dalam rumah kosong , dalam  rumah api ,dalam kapal ,dalam lori ,dalam hutan ,dalam semak ,  tepi laut , tepi highway , tepi lorong pasar malam , celah trafik light , celah gunung ,celah busut .. ehh tak tahu lah aku nak cerita , sebab aku yakin korang pun sering sangat nampak lokasi-lokasi pelik mereka pergi ambil photoshoot !


Dunia makin maju . Manusia nak kelainan dalam di…

JEREBU DIJIWA DAN MINDA

Asslamualaikum beb

Semua sekolah di arah tutup pintu pagarnya  pada hari ini dn esok . Semuanya gara-gara jerebu yang dijangka hilang rupanya datang semula . Jerebu ni suka suki buat u-turn , bilamana   angin taufan dari Philipina  tu sudah  bermaharaja lela meniup semua hasil jerebu  lelaju balik semula kenegara kita !  Masya Allah .. cuaca adalah kejadian alam ,takda siapa mampu meramalkannya dengan  100% tepat .Kita harus redha .


Dalam group whats app mama tadi ,ada aku terbaca desas desus yg mengatakan  ada kehilangan nyawa belaku di negara Indonesia akibat jerebu kali ini . Ianya berlaku kepada kanak-kanak yang antibodinya agak lemah . Antara penyakit yang dikesan dari jerebu yg berpanjangan ini adalah :

mata jadi merah dan  bengkak (  sama macam kita kena sakit mata tu )
Batuk batuk yg berterusan
Sesak nafas
Selsema yg berpanjangan
Gatal-gatal pada kulit
Saluran pernafasan kerap bermasaalah.

Lagi membimbangkan ,katanya udara yg terkandung didalam jerebu ialah udara yg beracun . Jika kita…

SELIT- SELITKAN SIKIT

Assalamualaikum


Moment paling sweet ialah detik-detik indah masa bercinta , tapi lagi sweet kalau couple tu tak perlu nak masukkan dosa dalam tempoh  percintaan tu . Jarak bukan halangan untuk tambah sayang . Saling lengkap melengkapi amat perlu . Maksud melengkapi pada aku ialah ,kalau bf  tak perihatin pada ilmu akhirat ,gf jangan segan nak tegur atau nak ajar . Dan kalau gf tu tak reti nak tutup aurat dengan sempurna , bf elok tegur baik-baik cara penutupan aurat  sempurna bagi orang perempuan .  Dan akhirnya sikit demi sedikit ,masing -masing dapat ilmu yg tak tahu atau  ilmu yg  telah diabaikan . Peh sweet siak !

Beb.. selain korang beri dia ayat " muah ciked " korang boleh jugak  selitkan untuk dia bacaan  doa sebelum tidur . Hahahaha ghindu suara itu sey ~ tapi masa terhad sey ~


bytheway for Johorean student ,esok sambung cuti jerebu 2 hari sey. Yey !!


Ok la ..lepas maghrib aku nak keluar ni , nak jumpa Rania Steward , my Singaporean  kekasih gebu hahahaha . K lah be…

MENYA NYAH DIKOTA SINGA

Assalamualaikum

Beb , aku dah sampai seberang tambak Johor ni . Mana lagi kalau tak Kota Singa . Lama dah aku tak datang sini ,lepas aku terminated dari kerja partime kat sini bulan Jun lepas . Jun , julai ,ogos ,september and now oktober ! Peh tragedi oktober lah ni kan !

Hahaha menya nyah **

Perempuan ni , kalau tak kuat berangan sure  dia kuat menya nyah ! Yes or not ? Err .. hahaha no komen sebab  nanti perempuan sebelah aku ni cubit aku  la pulak  .. psst .. psst Fatin ada kat sebelah aku ni wei .. pengkid yg dah expired tu laa .. Hahahaha

Harini perginya aku ke Singapore ni atas sebab nak jumpa makcik aku aaa , rindu dah kat orang tua sorang ni , dan aku nak lepak dengan  abang sepupu aku *along  dan adik pastinya dengan adiknya sis Dhia  . Dulu aku satu tempat kerja dengan along ni la . Anak bujang tunggal makcik yang  berusia 26 tahun ! Handsome siot  ! Hahaha Fatin cakap tadi .. gedebak gedebuk jàntung aku tengok muka along ko tu beb , dia punya senyum dah buat aku melayang…

DIGANGGU KETIKA TIDUR SIANG TADI

Assalamualaikum beb , aku baru je balik dari kampung. Bila semua urusan kat kampung dah settle , lepas maghrib tadi kami sekeluarga bertolak balik ke JB. Jalan agak o.k ,so waktu perjalanan kami pun berjalan lancar dan masa tiba pun tepat je macam biasa . 2 jam 30 minit , Muar to JB ! Thanks ayah sebab drive dengan berhemah dan masih ingat insn yang tersayang . Hihihih ayah tak reti drive lelaju , dia gayat !

Percaya atau tidak , tak pernah aku tidur siang kat kampung , aku mengigau but kejadian tu dah berlaku petang tadi . Lepas siap solat zuhur  ,aku  , adik E mereput dalam bilik kat rumah nenek. Sementara ayah ,abang Deen , baru je balik dari masjid . Mama dan nenek kat dapur ,nak masak bubur durian katanya .


Tak lama lepas tu aku tertidur sebab kat kampung siang tadi sungguh tenang , redup oleh jerebu , angin sepoi-sepoi bahasa , sesekali ada hujan rintik sebab dibawa angin . Peh suasana tu meransang aku ,adik E dibuai mimpi . Tapi  tengah sedap aku lena  , tetiba aku sedar muka …

GOOD GAME ( GGWP )

Assalamualaikum

Beberapa malam yg lepas ,aku berkesempatan bersembang dengan seorang  remaja lelaki dari Selangor . Cara sembang dia buat aku rasa aku sedang bercakap dengan lelaki 25 tahun sedangkan dia hanya berumur 14 tahun ! Namun  bila aku panggil dia anak persekolahan . Dia marah  kikikih dia lupa padahal alam persekolahan lah alam yg paling happening dalam hidup ini .

Kami borak pasal apa? Aaa .. dia cakap ,dia baru je berbaik dengan gf nya pada haritu . Punca selisih faham tu ialah kerana dia lepaskan tention akibat kekalahan main game kepada gf nya tu . Sampaikan perempuan tu kecik hati dan merajuk !  Dan dia cakap , dia rasa bersalah sebab dah abaikan kekasih hatinya  gara-gàra habit gammer dia yang makan diri .  Namun disebabkan masih sayang , perselisihan faham tu cuma sementara . Erm..elok lah tu . Gadoh pun bukan dapat apa kata aku kat dia .

Aku jadi terdiam bila dia cakap dia nak quit game dan nak fokus pada gadis kesayangannya . Tetiba  akal aku keluarkan satu idea…

IMAN ,AMAL DAN PERBUATAN

Image
Assalamualaikum ! Rujuk pada pic kat atas tu beb . Kalau 2 tahun lepas , kalau kata-kata tu disampaikan kat aku  , sure aku jawab  " kalau semua nak jadi orang soleh dan solehah , siapa pulak nak  berkawan dengan syaitan ?  Takkan orang yang  beriman kot ? " Ala .. tu ayat budak tak matang lagi beb.

Masa tu yang ada dalam kepala otak aku just enjoy and  happy 24 /7 . Celik mata happy , pejam mata enjoy , sakit mata  ? Padan muka aku ! Hahaha

Kekadang aku kesian tengok parent aku asik bagi nasihat . Bukan sekali , malahan hari-hari . Akak aku pun sama naik  nak membebel kan aku , macamlah aku takda otak nak fikir mana  baik , mana  buruk . Kalau aku ni hilang akal tu lain lah kan , agaknya kat mana tah aku sekarang ni . Entah-entah dah kena jual kat sempadan Thailand tu . Adoiyai fikir negetif pulaknya hai . Naa u' zubillahi minzaliq ..

Alhamdulillah , bila akal dan hati sudah dapat direpair step by step , biar pun aku tak sebaik malaikat , tapi kalau buat calun menantu …