BILA AKU BUKAN SESIAPA



Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari ..


Harini aku tak tertinggal apa2 sebab ketika mentari terbenam aku masih lena dibuai mimpi. Lama dah aku tak tidur petang sebab kelas aku berakhir jam 5 petang dan  sampai rumah dah nak mandi ,nak solat , nak  bantu mak cik didapur  sampailah jam 6:00 - 6 :30 petang. 30 minit sebelum azan maghrib tulah waktu free aku .  Tulah rutin aku sejak jadi pelajar.

Dan harini aku berpeluang balik awal .makanya peluang ni lah yang selama ini aku tunggu. Yes !! Tidur petang hari. Perh ..bangun tidur lepas waktu asar ni memang nice !!  Lesu satu badan seh !!  Nah ambik kau !!  Orang tua2 dah pesan jangan  tidur lepas asar ,tapi oleh kerana degil , aku tak hirau dah . Makan dia ??  Letih beb . Weak giler badan ni . Ermm  jangan cakap nak tengok mentari terbenam ,nak tengok burung pulang ke sarang pun tak lepas . Aku gerak dari katil jek ,suara azan maghrib dah berkumandang..

Kenapa letih sangat ?

Sebenarnya  sebelum aku tidur ,aku  teringatkan aruah akak .banyak hal yang aku simpan dengan dia .termasuk hal  " persaingan " dalam  percintaan . Dan bila insan yang akak  sayang tu masih ada rasa rindu kat dia , simpan gambar dia .. aku mula rasa yang aku bukan siapa2 .

Mungkin aku yang kuat terasa ,tapi bila aku fikir , apa guna adanya aku kalau dia  masih lagi .. " menangis pada masa dia  bersendirian dan pada satu masa dahulu ................................  adalah mati  ." Ok .. sekali lagi ,aku bukan siapa2.


Dan yang tinggal harini setelah terbenamnya mentari  hanyalah * aku *






2 comments:

anakjawe said...

bukan sapa2 pd dia tp mungkin bernilai pd org yg lain.. sabar lah..

Muhd Zaid said...

Because shes means everything for me

Alfatihah