Skip to main content

DIGANGGU KETIKA TIDUR SIANG TADI


Assalamualaikum beb , aku baru je balik dari kampung. Bila semua urusan kat kampung dah settle , lepas maghrib tadi kami sekeluarga bertolak balik ke JB. Jalan agak o.k ,so waktu perjalanan kami pun berjalan lancar dan masa tiba pun tepat je macam biasa . 2 jam 30 minit , Muar to JB ! Thanks ayah sebab drive dengan berhemah dan masih ingat insn yang tersayang . Hihihih ayah tak reti drive lelaju , dia gayat !

Percaya atau tidak , tak pernah aku tidur siang kat kampung , aku mengigau but kejadian tu dah berlaku petang tadi . Lepas siap solat zuhur  ,aku  , adik E mereput dalam bilik kat rumah nenek. Sementara ayah ,abang Deen , baru je balik dari masjid . Mama dan nenek kat dapur ,nak masak bubur durian katanya .


Tak lama lepas tu aku tertidur sebab kat kampung siang tadi sungguh tenang , redup oleh jerebu , angin sepoi-sepoi bahasa , sesekali ada hujan rintik sebab dibawa angin . Peh suasana tu meransang aku ,adik E dibuai mimpi . Tapi  tengah sedap aku lena  , tetiba aku sedar muka aku ditekup dengan kain putih ! Siyes beb , aku kalut !  Sesak nafas aku , kain tu tutup muka aku ketat gila ! Aku meronta- ronta  nak lepaskan  diri dari kain putih yang melekat kat muka aku tu . Aaaaaah !! Aku makin lemah , aku tak mampu nak meronta lagi masa tu , aku just mampu sebut  ..Allah huakbar ...Allah huakbar ...Allah huakbarr.. dan akhirnya  kain putih tu terbang dan terus hilang. Nafas aku tercungap -cungap ! Macam baru lepas berlari 30 minit .

Aku bingkas bangun . Peluh sejuk ada kat dahi ,leher dan belakang badan aku . Aku tengok dalam bilik tu ,ada ayah ,abang Deen , mama,nenek ,adik E !!

Kau kenapa Dik ?? Tanya abang Deen tercengang tengok muka aku.

** tadi ada kain putih , macam ada orang tekap kain tu kuat2 kat muka orang ni , orang nak nafas pun tak boleh, nafas orang jadi sesak , meronta-ronta pun tak boleh .."  aku jawab lemah ..

ish  ..mengigau lah tu , jawab ayah .

Dia mana pernah tidur kat sini mengigau ?? Nenek mencelah .

Aku masih blurr..siyes blurr bercampur lemah longlai . Rasa kena tekap tu masih pedih kat muka aku . Tapi kerja siapa?? Siapa nak bunuh aku siang-siang buta ni ? Bunuh aku ? Sakat aku ? Nak gurau ?? Tapi siapa??? Siyes beb aku bingung masa tu . Mama just pandang aku macam ada rasa something je dia fikirkan  dalam kotak mindanya. Nenek  dan adik E macam kebingungan .Bila semua orang keluar dari bilik . Dan tinggal aku dan abang Deen dalam tu ,  he asked me :


" dik .. kau ada masaalah ke ?  Cuba beritahu abang , cerita kat abang. Kalau abang mampu tolong ,abang akan tolong ,kalau abang tak mampu , kita sama-sama berusaha untuk cari penyelesiannya . Kalau kau nak tau , yang menekap kau itulah masaalah yg kau pendam-pendam sorang-sorang dan akhirnya terbawa dalam tidur dan menggangu emosi kau tu."


Aku paham maksud abang Deen . Tapi aku rasa abang Deen tak boleh bantu aku dalam hal ini. Sebab hal ini hal perasaan . Yg tau perasaan aku just aku dan Allah , so better aku merintih dengannya pada setiap lewat malam hari . Ermm ..

" ala.. takda pelah bang , maybe orang ni da tak sabar nak sambung belajar kat kolej baru tu kot , kat sana kan pakai baju putih . Hihihihi ..next week da mula kelas kan , tu yang terngigau -ngigau tu .. "

Ok ,akhirnya aku kena sorokkan lagi hal yg sebenarnya dari semua orang .. maafkan saya abang Deen . Ini soal hati dan perasaan ..bukan bahan untuk dikongsi.. aku bisik dalam  hati dan abang Deen sure tak dengar .


Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx