HAJAT YANG BELUM TERCAPAI



Assalamualaikum beb !

Bila tengok gambar kat atas , teringat bengkel abang Deen  . Lama dah rasanya aku tak call abang Deen sebab kalau aku call , kredit aku sure laju macam air terjun . Al maklom Singapura to Malaysia , call kejap je dah SD 5 . Tak sampai pun 10 minit. Dah lah jenisnya aku ni ,bila dah sembang tak reti nak berhenti . Hahaha the reality aku ni kan pendiam tapi kalau dengan orang yang dah kenal lama ,terutama family hahaha nasiblah kalau tak dapat bercakap. Lepas aku ,aku ,lepas aku ,aku yang cakap . Diaorang ?? Jadilah pendengar  yang setia .

Ingat lagi masa buat partime kat Singapura , dengan gaji SD 1.5K permonth aku dah berangan je  ,cukup  masa aku kumpul duit gaji , bila dah cukup aku nak balik Malaysia ,aku nak beli KAWASAKI NINJA !  Hahaha masatu 1 SD bersamaaan 2.8 RM  aku target dapat 10 bulan kerja ok dah !  SD 15K bawak balik Malaysia  korang darap lah dengan 2.8 RM !!


Tapi dah tak ada rezeki aku ,baru kerja 2bulan KKM dah panggil ajak sambung belajar . So.. memang kena pakai duit gaji KKM la nanti agaknya lah . Ermm gaji kerajaan Malaysia ni ciput je ,entah-entah dapat beli  kapchai je nanti .. hahahaha aku redha beb ! Asalkan dari rezeki yang halal !


Sekarang gaya hidup aku dah berubah.  Hidup sebagai seorang pelajar tak sama dengan gaya hidup sebagai seorang pekerja di Singapura ni beb , dan  aku dengar 1SD bersamaan dengan 4RM  , betul ke beb !!? Hahahaha  aku ni saja buat-buat tak tahu kan  .  haish ... Bila nak dapat  balik Johor  lagi ni ek ? Ermm ..


No comments: