IMAN ,AMAL DAN PERBUATAN





Assalamualaikum ! Rujuk pada pic kat atas tu beb . Kalau 2 tahun lepas , kalau kata-kata tu disampaikan kat aku  , sure aku jawab  " kalau semua nak jadi orang soleh dan solehah , siapa pulak nak  berkawan dengan syaitan ?  Takkan orang yang  beriman kot ? " Ala .. tu ayat budak tak matang lagi beb.

Masa tu yang ada dalam kepala otak aku just enjoy and  happy 24 /7 . Celik mata happy , pejam mata enjoy , sakit mata  ? Padan muka aku ! Hahaha

Kekadang aku kesian tengok parent aku asik bagi nasihat . Bukan sekali , malahan hari-hari . Akak aku pun sama naik  nak membebel kan aku , macamlah aku takda otak nak fikir mana  baik , mana  buruk . Kalau aku ni hilang akal tu lain lah kan , agaknya kat mana tah aku sekarang ni . Entah-entah dah kena jual kat sempadan Thailand tu . Adoiyai fikir negetif pulaknya hai . Naa u' zubillahi minzaliq ..

Alhamdulillah , bila akal dan hati sudah dapat direpair step by step , biar pun aku tak sebaik malaikat , tapi kalau buat calun menantu tu dah layak dah aku rasa ni . Bukan nak riak ea , tapi aku rasa umur 20 tahun aku ni dah berjaya bukak mata cokelat aku ni untuk menjadi muslimah melayu terakhir . Hahaha ya Tuhan jika ini namanya riak ,sekarang jugak aku bertaubat . Astaghfirullah hal'azim.

okk , merujuk pada pic kat atas tu , pakai kupiah ,pakai tudung labuh kalau dulu - dulu memang aku respek lah kan , but nowday .. hati - hati beb , bila ada pencuri yang berlagak macam pakcik baru balik surau , tapi lepa orang dia kasi pecah sama itu  rumah !  Jangan pulak korang nak seriau ea . Kalau korang tak percaya ? Meh aku share info yang mama aku dapat  beberapa hari  lepas dari group whats app milik  dia . Korang nak tau tak , nama group tu  " kalau tak sahih , jangan share " . Peh amaran ke tajuk group tu ? Hahaha gasak depa lah kan nak letak nama apa .


eh ! Mari aku share pic pencuri pakcik pulang dari surau tu . Apa yg aku nak pesan kan .. People nowday dah tak boleh dipercayai dengan cara apa sekali pun . Cara pemakaian ke ,cara percakapan ke ,cara pergaulan ke ,semua kena hati-hati. Semua agak meragukan dan amat merbahaya , lagi - lagi kalau  rumah yg ada awek - awek comel manja macam aku ni aa . Kikikih




Apa yang aku tau , pakcik ni sudah pun diberkas , kerana apa?  Kerana  orang yg berani-berani takut tu dok amek pic kemudian kasi viral kat facebook . Geliga jugak otak hamba Allah  yang  disebalik tingkap tu kan . Korang baca metro harini ,  ada cerita kisah kes ini diceritakan . Dan berdoa semuganya dilindungi dari gejala sebegini .. amin .



Comments