KEKADANG AKU MERENYAM JUGAK


Assalamualaikum

Hai beb ,  aku baru balik dari bantu mama kat taska ni . Sekarang ni tengah tunggu giliran mandi hahaha itu pun nak story ke mia?? Kikikih why not ? At least aku jujur  ea, aaa ~

K !  Cakap pasal jujur ni , something aku nak share kat korang lah  . Its about trend orang zaman sekarang ambil gambar pengantin mereka . Atau paling sweet kita cakap " gambar raja sehari " . Korang perasan tak beb , kalau dulu , gambar pengantin just posing atas pelamin , dalam bilik tidur , depan tetamu dihalaman rumah . Aaa but nowday !! Peh .. merecik tengokkannya .


Ada dalam air ,dalam lecak ,dalam sawah ,dalam rumah kosong , dalam  rumah api ,dalam kapal ,dalam lori ,dalam hutan ,dalam semak ,  tepi laut , tepi highway , tepi lorong pasar malam , celah trafik light , celah gunung ,celah busut .. ehh tak tahu lah aku nak cerita , sebab aku yakin korang pun sering sangat nampak lokasi-lokasi pelik mereka pergi ambil photoshoot !


Dunia makin maju . Manusia nak kelainan dalam dirinya . Kalau lah ade transport to bulan , aku yakin ramai dah tempah nak photoshoot kat bulan . Tapi  lupakanlah beb . Uncle Nil  Amstrong naik bulan pun people nowday pertikaikan . Yes or not ?? Hahahah nipu dosa tau uncle  ..


Okk .. cakap pasal photoshoot pengantin  ,dalam banyak-banyak lokasi ,1 port je aku  belom nampak diaorang posing setakat ni . Iaitu kawasan perkuburan !  kenapa ek kameraman  tak nak try lepak kat situ . At least bila  pengantin - pengantin tu tengok semula gambar perkahwinan mereka , mereka terus je insaf . Aaa .. kalau tak pengantin pun , makbapak pengantin ke , or  ipar duai mereka ke . Hahaha  ingat mati tu wajib ye pak cik ye .. ye mak cik ye .  Mana terkurang tu , dilebihkan ,mana yang terlebih tu ,hulur-hulurkan . Hahahaha ayat deep ni .

Apa yang terlebih dan apa yg terkurang ? Jangan fikir kelaut pulak ea , yang terkurang itu amal ibadah manakala yang terlebih tu ialah harta yang dicari . Sebagai orang yg punya akal yg waras ,dia pastinya tahu HARTA  bukan miliknya , yang sebenar-benar jadi miliknya ialah REZEKI dari Allah s.w.t. itu pasti !!

Dan aku  sebagai seorang anak perempuan  telah menjadi harta kepada kedua orang tua aku  .  Harta didunia dan diakhirat  mereka. Dan apabila aku menjadi isteri  kepada seseorang lelaki sejati ( sejati k , aaa , jangan memain korang )  , aku  pulak yang wajib menjaga harta bendanya dan  semua yg berkaitan dengannya , termasuk juga aibnya . Isteri yang solehah akan jaga tiap inci kelemahan suami . Dia takkan  menceritakan apa-apa hal yg memburukan suaminya .


Ermmm ..  mama .. orang ingat orang nak kawin aaa .. !! Ehh !!  Hahahahah merenyam  la pulak !! Kalau mama tahu ,mau dia dah jeling aku sampai terkeluar biji mata sambil cakap .. emmmm gatal !! Bhahaha lebiu ma ~

Eh onething nak share pendapat !

Beb , Tak semua perempuan itu bodoh kalau ikut cakap pakwe dia . Sebab  ada sesetengah pak we ,dia akan suruh  gf dia jaga  tutur kata , jaga aurat ,jaga maruah . Dan tak semua  pakwe akan suruh perempuan dia mengedik dengan lelaki lain  ditimeline !  Hahahaha single boleh la cakap ,but kalau dah tau ada bf tu , janganlah buat bf tu macam  tunggul beb . hahaha mohon jangan terasa !!! Baiii \m/

Jawa  itu rock  !

Comments