Posts

Showing posts from November, 2015

VAPE HARAM DI JOHOR 1.1.2016

Image

PASANGAN ITU IALAH ..

Image

FACEBOOK BARU AKU

Sayang .. 2am dah ni.  Mata ngadap netbook dah berpinar2 ni aa . Peliknya masuk blog segar bugar pulak . dasar pelajar  malas belajar . Awak pastinya dah sampai ke langit yg ke 7 sekarang ni sebab , keletihan bekerja sepanjang hari tadi .. ceh .. siapa tak sayang kekasih doe .,k,k ..sweet dream ea sayang , sesungguh tidur itu satu ibadah . Haish ... macam solehah gitu aku pagi buta ni ..hahahaha

Beb ..
nak beritahu ,lepas aku deaktif facebook akak * adinda ixati * . Aku memang la cuma aktif  diwechat . Selagi mata terbuka ,wechat ,wechat  dan wechat. lastly aku  deaktif wechat sebab dalam wechat aku tak dapat apa2 yg membina  , wechat pada aku gunanya hanya ketika mencari seseorang . Hahahaha ada banyak makna disitu. Lain2 asik la tengok pic orang selfie . Adoiyai ..bosan doe ..sangat bosan dan bosan  sangat .

Then disebabkan tak mau aku terusan bosan , Ayeeen aku dah create 1 akaun fb baru untuk aku . Sebenarnya dia ada niat lain tu , tapi disebab kan tiada berhasil ,makanya fb tu h…

PESANAN BUAT ISTERI DILUAR SANA

Orang belum kahwin ni nak share sikit nasihat kepada para isteri diluar sana  aa.. kikikih , sekadar berkongsi ,bukan nak perli atau menghina . Wahai isteri diluar sana , tahukah Anda

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
5. Isteri yangmemicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
7. Kemudian…

MAKCIK OH PAKCIK

Malam beb !
Aku baru dapat lepak dengan tenang ni . Baru dapat pegang  tab sejak lepas maghrib tadi . Makcik aku  malam ni nak sangat teman aku tidur . Kata dia , dia kesian tengok keadaan aku ni . Hahahaha aku cakap takpa la , adik E ada  temankan  aku . Tapi makcik aku bersungguh dia nak jugak , well ..aku kata ok la . Tapi anak-anak dia siapa jaga  malam ni?  Pakcik kah ? Then lepas dia diam beberapa minit ,akhirnya terungkailah satu rahsia .

Beb  ..yg senanya aa kan ,diaorang tengah gaduh2 laki bini . Hahahahaha then reka alasan nak jaga aku malam ni pulak .huh . Memain la makcik ni hai . Aku kan tukang  selongkar rahsia makcik .akhirnya  ..jeng jeng jeng .. jom aku mulakan perbualan !

Makcik kenapa tak bawak Iman dan  siti datang sini? Boleh orang main dengan dia . Adik E pun takda kawan kat sini . Adik E kan suka budak2.  **aku pasang jerat**

Biar bapak diaorang lah yang jaga  Mia ! Makcik dah  puas dah jaga diaorang tu k. Sejak dalam perut sampai sekarang ni haa .! tak salah r…

BUAT APA JE BALIK KAMPUNG

Image
Jumaat !
Okay .. Jumaat dan Johorean cuti !  Tapi tidak bagi  peladang muda seperti abang Deen . Tapi tidak  bagi pekerja  kilang seperti tunang abang Deen ( kak Su ) tapi tidak bagi orang -orang kampung yang bekerja sendiri macam penduduk kampung 2 belah , kampung halaman aku . Ok .. aku rela mengaku AKU ORANG KAMPUNG !  Dan kampung aku bukan  kampung hipster hahahaha  kampung aku kampung asli ,  real punya kampung , dan aku  rasa memang layak aku bangga .  Kau hado ? Ermm .. yg sebenarnya cuti hanya utk orang  kerja  gomen  jek  beb ..kikikih


Beb.. Ada orang tanya ,

"  awak duduk kampung  tu , seharian awak buat apa je  Mia ? "

Hahahahahaha aku buat apa kat kampung  beb ? Sebelum aku taip panjang lebar  , orang tu kena fikir balik ,kenapa aku di hantar pulang  ke kampung  2 minggu lebih awal dari cuti sem yang sebenar .  kenapa ayah dan mama hantar aku ? Kenapa kampung ? Apa kerja aku dikampung ? Kenapa aku jarang online kalau duduk kampung ?

Meh baca jawapan aku :

Aku di…

LURUS BENDUL

Semalam  adik sepupu aku kecoh tanya pasal laman sosial aku layari sekarang.

Kak mia ada  Whats app ? Wechat ? Facebook ? Twitter ? instagram ? Line ?  Telegram ?

Aku just senyum simpul jek . Kenapa ni soalan macam pegawai penyiasat ?

Takda la ..orang dah habis exam ni , ingat nak aktif kat laman sosial  , emak pun dah bagi lampu hijau dah kat orang ni hehehe


Ooooh .. kalau whats app , instagram ,telegram tu dulu ada ,tapj sekarang dah takda . Kalau line tu ada , tapi akak dah lama tak on sebab akak dah tak pakai nombor handphone yg akak guna kat situ. Sekarang akak just on fb ,wechat je . Manakala twitter pulak kawan kak Lyen guna sebab dia admin page aruah kak Lyen yang * Aku Sayang Kamu ... Manja" tu .

Ooooh.. Kak boleh orang nak add fb akak ? wechat akak ? Boleh tak?

Hahahahaha aku gelak besar doe ! Adik sepupu terpinga-pinga  .

Kenapa ????

Kalau akak cakap kau jangan pelik . 2 laman sosial tu cuma ada 2 orang je manusia yg ada dalam list . Sorang tu sure lah akak kan  , d…

POLIGAMI

Image
Asar sudah lepas
Hari sudah petang
Bermain sudah puas ,
mari kita pulang ..
Senjakala
Senjakala
Mari kita pulanggggg ..

Aaaa .. tulah lagu aku kecil dulu . Kalau tak silap masa tu kat tadika  kot .entahlah aku bukan ingat aku nyanyi camana masa kecil dulu . Yang aku masih ingat , aku tak suka kalau aku menyanyi  ,suara aku memang  bakal memusnah kan seluruh alam maya  yg indah ini ! Hahahaha so better kalau sesiapa ada niat suruh aku menyanyi tu ,silalah abaikan .






Aku  pernah join 1 page kat facebook  . Page tu bincang pasal poligami doe . Aku yang tak kawin lagi ni  beria sangat nak beri komen . Hahahahaha  korang nak tau apa aku cakap pasal poligami ?


"sebenarnya tak semua org layak berpoligami tapi semua lelaki muslim cakap mereka layak ..waallahu'alam" date  -13 November 2015


Korang rasa ada yang komen tak? Hahahahah ofkos la ada doe .  Dan pastinya pengkomen tu yang standard uncle pada aku la kan . Hahahaha kata mereka


*"...tapi semua lelaki muslim cakap merek…

OK , AKU NAKAL

Lunch time !

Makan apa ? Aku sarankan makanlah makanan yang halal lagi barokah !  Nanti darah daging tidaklah sentiasa  perlu disamak dengan keinsafan dan taubat. Samak? Ke "baby" an apakah ? Betul lah beb aku cakap ni .. Kalau sumber pendapatan tidak dari sumber yg halal , makanan juga tidakkan halal . Jadinya terhasil lah perangai  macam hare ! Aku tak kata orang la , aku kata tiang lampu je  hahahaha


Aku nakal ?


Ooook  dulu pastinya . Dulu-dulu memang la , almaklom remaja baru nak up ! Semua orang aku sakat .semua benda aku nak rasa . Semua kerja aku nak tahu ! Yang pelik bila part belajar , aku malas la pulak nak ambil kisah .  Apa ayat aku kalau cikgu suruh belajar ?suruh aku study hard ?

" teacher  .. kan perumpamaan ada berkata ,  tuntutlah ilmu dari buaian sampai keliang lahat . So dalam buaian saya dah belajar dah , apa nak belajar sungguh-sungguh lagi , nanti dah kawin suami saya pulak lah ajar saya sampai ke liang lahad ! Hahahaha

Korang nak tau apa teacher…

AKU SERAH PADA TAKDIR

Beb .. malam !!
hujan diluar sana . Nenek lepas isyak dah belayar dah . Abang Deen ? Siang pergi  ladang sawit ,malam pulak lepak bengkel ,layan kawan-kawan dia mat-mat motor repair motor memasing .Aku ?  Layan lagu  yg  dihantar oleh someone kat aku baru-baru ni . Haish rindu le tu hahaha . Siapa lagi kalau bukan nurse kesayangan aku  , miss Fatin !! Marah gila dia bila dapat tau aku balik kampung tanpa beritahu kat dia .


Kau tak sayang aku kan beb ? Kau sengaja nak jauhkan diri dari aku kan beb?  kan aku dah janji lepas waktu kerja aku nak jaga kau doe ! Kau balik kampung kenapa doe ?


Hahahahah poyo la Fatin ni ! Ingat aku suka-suka ? Aku enjoy macam ni? Huh !!  cakap tak pakai minda asli betol lah Fatin ni . Entah-entah ayat copy paste kat whats app . Bukan boleh caya minah sorang tu . Idea mace hare !

Aku sebenarnya kesian kat dia . Dahlah kerja hampir 12 jam kat hospital tu ,lepas tu nak sambung jaga aku pulak .mana rest dia?waktu dia nak layan family? Masa dia nak layan kawan-k…

AKU DAH RINGAN ?

Dik !! Kenapa kurus sangat ni !
Tak makan eah?
Rindu nenek eah?
Kurus melampau sangat ni!
Ringan gila ah !!

Aaa .. tu lah perkataan pertama dari abang Deen waktu aku menjejakkan kaki kat kampung malam isnin  lalu . Abang Deen masa tu tengah bersembang dengan kawan-kawan motor dia kat depan bengkel . Ada 4 biji motor kawasaki ninja aku tengok tersergam gagah depan rumah nenek .


Woooo ..motor besar tu kak !!
Yang merah tu cantik nyaaa ..
Eeeee .. geram tengok !

Adik E pulak kemaruk motor besar selepas aku pencen . Hahahaha  kemana tumpahnya kuah kalau tak ke roti jala !!

Sambil mengabaikan  adik E yang keseronokan tengok motor - motor tu , aku buka pintu kereta dengan perlahan . Sekarang ni semua aktiviti aku memang perlahan  ..


0..5m/ perhour .. laju ke ??


Sambil dipimpin mama ,aku cuba untuk berjalan menuju rumah nenek , tapi dengan gagahnya abang Deen offer kudrat dia .


Mak Ngah, Pak  Ngah  .. izinkan saya dukung adik ni bawak naik rumah lah ! boleh ?  Kesian dia nak jalan gelap-ge…

DOA HILANGKAN RASA SEDIH

Morning  guys !

Pepagi  camni ,biar pun line masih sejuk ,kejap laju ,kejap perlahan . Aku masih terpanggil untuk melepaskan perasaan disini . Mungkin korang fikir ,apa jenis blog lah budak ni  punya . Ok truly aku nak beritahu .. blog ini aku guna sebagai tempat aku bercakap sendirian . Sunyi doe duduk kampung ni .. erm sedih siot .macam nak menangis  tiap jam . Tapi kalau aku nangis , siapa nak tolong pujuk nya ?  Pendam dalam diam jelah  jawabnya ..


Tengah santai dengan mood sedih , tetiba terbaca satu baris pesanan dari page JAKIM  yang berbunyi :


Doa agar dihilangkan perasaan sedih


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)". [Surah Fatir: Ayat 34]

Hahahahah look !!    Rupanya aku bukan keseorangan disini doe !…

SESAJA NAIP

Beb .. masuk hari ni , dah dua hari aku kat kampung ni . Bila orang lelain cuti sem mereka pada bulan 12 ni , aku dengan bangganya disuruh cuti awal dari mereka . Yep awal setengah bulan tu doe . Tapi ni bukan cuti sem  , aku cuti sakit  la hahaha cuti  semata-mata untuk  makan ubat !

                  "Sakit itu penghapus dosa Mia "

Aku masih ingat lagi kata -kata ini dari seseorang . Orang tu tak lain ,mestilah kak Lyen.    dan sampai saat ni , takda siapa mampu ganti tempat kak Lyen  aku tu. Dan sampai bila-bila pun takkan pernah ada  ! Aku yakin tentang ini . Sebab hanya aku mampu menilai  siapa akak kandung aku tu .

Sebenarnya kat kampung ni line memang mace hare , tapi disebabkan blog ni katanya dah lama sepi , so aku ringankan jari menaip keypad ni. Padahal jari aku masih sakit nak naip kesan dari dicucuk nurse haritu masa dalam wad . 10 hari kot kena cucuk tu . Ermm

Tak lama lagi , semua aktiviti harian aku akan berubah kot sebab lepas ni aku akan aktif hanya di dun…

BUAT AWAK

Image
Bingkisan sepi buat insan yang bernama " AWAK "

Pernah dulu , masa awak dengan dia ,kita hanya kawan biasa. Sedangkan dalam hati kita telah  berputik satu istilah sayang yang menjadi buruan setiap insan yang punya perasaan  ingin dicintai . Ranjau yg kita tempuhi  ,akhirnya setelah dia pergi dengan luka dijiwa ,awak menjadi milik saya . Tanpa surat bertulis . Tanpa chop pengesahan orang tua kita . Awak mengaku yang saya milik awak , dulu ,kini dan insya allah selama-lamanya .

Tanpa kita duga . Minda panas baran saya ,yg sering menjadi pemandu pada jiwa remaja saya, akhirnya berjaya merubah diri saya dan dunia realiti saya sekarang. Setelah hampir 3 bulan  akhirnya doktor mengesahan kerosakan teruk pada dalaman saya akan kekal . Tak mungkin berjaya dipulihkan seperti sedia kala. Kesakitan yg saya alami itu akan kekal sakit disepanjang hayat saya .

Kata awak :

Siapa pun awak ,bagaimana pun keadaan awak , saya akan tetap sayang awak sayang . Saya janji takkan pernah berubah .…

ADA OTAK GUNA

Beb ..assalamualaikum

Dalam resah seorang ibu kau takkan tau apa deritanya. Walaupun wajah dia nampak ceria ,aku tau ada selumbar tertusuk dihati kecilnya . Airmata baginya bagai teman karib yang setia menemaninya dalam tiap doa .

Allah selamatkan anak-anakku
Allah lindungi anak- anakku
Allah bantulah aku mendidik anak-anakku
Allah berikanlah kejayaan buat anak-anakku

Tapi apa si anak selalu buat ?
Buang masa
Abaikan pelajaran
Buat maksiat
Langgar perintah Allah
Buang duit ke tempat yg tak berfaedah
Langsung tak hormat orang tua

Bila ditanya ,mengapa jadi begitu? Jawabnya mudah aje ..

" emak bapak aku pun tak kesahkan hal aku , so biar aku pilih jalan aku sendiri ."

Dia pasti emak bapak dia tak kesahkan dia ??

Jawapannya :  BODOH PUNYA ANAK  !! Kalau emak bapak tak hiraukan dia , mungkin orang ramai dah jumpa dia dalam tong sampah , dalam lobang tandas ,dalam perigi buta ,dalam sampah sarap 20 tahun yg dulu sebagai " mayat bayi" .  kalau emak bapak dia tak hirauka…

PERGI DAN TAKKAN KEMBALI

Image
Beb .. mungkin yang datang tak sama  dengan yang dah pergi . Yang datang tu orang gelar dia sebagai pengganti . Korang rasa si pengganti ni sama tak dengan yang pergi ? Korang adjust dia macamana pun , dia tetap kekal berbeza .

Dalam hidup aku macam-macam orang yang datang dan pergi .. tapi tak sorang pun yang dapat ganti tempat hadirnya kakak aku  Miss Lyenda  ixati .


Alfatihah .. orang rindu awak kak :'(





BEBEL BERTEMPAT KOT

Morning  beb !
Assalamualaikum

Musim hujan dah tiba . Hari-hari basah . Luar dalam  sejuk . Luar dalam basah . Ok ..tu reality  . Kalau korang nak fikir kelaut aku takde hal doe . Hak korang hahaha

Ada orang bosan doe bila asik kena bebel ! Padahal orang yang bebel tu take care pasal dia. Dapat gf kuat meroyan la tu !kikikih

Kata member aku :
Aku pergi c.c. hang out dengan kawan-kawan dia merajuk!
Aku keluar balik awal pagi dia bising!
Aku lewat buat solat dia marah bukan tak buat langsung!

Aku:Berapa jam kau kat c.c?
Member: 3-4 jam
Aku:pukul berapa kau balik melepak?
Member: 5am
Aku:pukul berapa kau buat solat?
Member: 10minit sebelum habis waktu.

Aku soal dia lagi :
Gf kau ada mintak duit kau tak?
Dia ada suruh beli macam-macam tak?
Dia bising kau tak kerja tak ?
Dia selalu abaikan kau tak?

Jawab member :
Eh takda lah ! Tak pernah pun mintak macam-macam , malah dia yang selalu korbankan masa dia untuk layan aku , chat ,call bila dia free . Selebihnya dia fokus pada study ,kerja da…

VIRAL SEWEL

Image
Morning beb  !  Assalamualaikum ..

Lepak laman sosial pepagi ni kekadang not bad la jugak . Kita tak perlu  nak fikir cara apa  nak cari bahan untuk gelak . Baca komen orang kat status page pun dah boleh buat otak jadi sewel kejap . Sambil tunggu orang siap mandi tu , aku pun layankan je la mata ni kat sini  , gelak da macam orang gila !







 semua ni poyooo !!!..hahahahaha



COUPLE

Beb aku jumpa ni kat laman sosial orang sebelah tu aa , bila baca betul jugak kata dia , tapi benda da jalan kot ,how can ? Takkan nak lepaskan macam tu jek ..

Soal jawab pasal couple sebelum nikah !



Soalan : Tak boleh couple macam mana nak kenal hati budi?Jawapan - Taaruf boleh, jika minat tanyakan tentang dia melalui rakannya, keluarganya, juga langsung terus padanya. Tak perlu 'feeling2' sampai rindu dan sakit hati sebagai kekasih..


Soalan : Orang lain couple, boleh keluar jalan-jalan, bergambar, 'sweet' je tengok. Sunyi...Jawapan - Orang lain tak takut dosa, kita takut, jangan ikut sama. Kita tahu tahap nafsu diri, boleh jadi keluar jalan2 nak pegang tangan, nak manja, nak belanja. Kita je tengok diorang'sweet', tapi banyak nangis merana hati tu fikir kekasih yang belum tentu haknya.


Soalan : Boleh ke tak couple, nanti tak laku?Jawapan - Siapa nak tolak untuk bersuamikan/memperisterikan anda kalau anda terjaga agama, akhlak yangtenang, menjaga maruah diri, mala…

HAPPY DEWALI

Happy dewali untuk semua kawan -kawan blogger yang beragama  hindu  atau pada semua yang menyambutnya . Aku tak dapat pulang ke kampung raya tahun ni sebab aku sedang berjuang demi masa depan di luar tanah air ni . Ceh .. macam kerja teruk gitu kan hahaha untuk saudara mara , sahabat handai , rakan taulan , dan untuk kesayangan , kalau makan maruku , tosei , kambing baryani tu , jangan kau lupakan aku  . Ermm ..sebak*

Beb ! Final exam habis sudah !  Free ? Idok le  ,mana ada menuntut ilmu ada masa untuk free . Dalam waktu terdekat ni  aku diarah luangkan masa bersama pesakit-pesakit tersayang diwad termasuklah hari cuti ni .  Hahahaha well  , this is call tanggung jawab and i love this ! Amal jariah jugak ni doe . Bersangka baik ea sayang ? Hihihi biasa dia ni ...aaaa


Pepagi dah cari buah hati diseberang laut  . Ermm namun hanya sia-sia bila ombak rindu hanya  memukul pantai sekadar 100 jam sekilometer .  so slow , aku tak tau kenapa ,dia ada tapi macam tiada .

Oklah  ini hanya mukadimah…

SAKAT ORANG NANGIS

Assalamualaikum  beb ..

Jodoh .. ajal ..maut ..semua yang kita hadap ni  kita just mampu rancang je tapi resultnya Allah je yang tentukan.

Petang tadi aku dapat call dari member baik masa sekolah menengah . Suara dia  bercakap , aku rasa dia baru lepas menangis . Kejap-kejap suara tahan hingus jatuh kedengaran kat speaker phone aku .. hahaha

Wei beb kau nangis ek ? Hahaha pasal apa pulak ni .

Soalan aku nak korek rahsia dari dia .

Beb,kau ingat lagi tak bf aku masa sekolah dulu , yang asik kejar aku  ajak couple , dan lepas letih nak melayan ,aku terima dia jadi bf aku. Kau ingat tak?

Ooooooh ..Rizal yang pakai kereta satria o.5 tu ? Bukan  masa dia kejar kau tu  masa umur kita 16 tahun ke beb? Aku kenal sangat mamat tu , kan korang  still couple sampai sekarang  ?  Raya haritu kemain lagi korang datang beraya rumah aku kan ? Hahaha apahal doe dengan dia? Eksiden ke  ?

Tak ..dia sihat ,  dan kami baru je lepas break beb . Ermm

Laaaa..pehal doe ?? Dan nak masuk 5 tahun korang couple k…

WISH ME LUCK

Assalamualaikum

Esok aku final exam untuk  sem 1 diploma therapists kat kolej ni. Harap  kalini aku dapat lakukan yang terbaik aku mampu . Lagi-lagi selepas hampir 2 bulan aku cuti sakit  haritu. Well .. nasi dah jadi bubur dan aku lah yang kekenyangan makan bubur akhirnya hahaha padan muka aku!

Korang doakan aku berjaya jawab dengan tenang dan tepat ea? Aku ni kekadang tu gabra sikit , taunya nak cepat siap je  , sampaikan ada masa tu aku nak sesuatu tu dilakukan selaju motor dipulas minyak sampai habis nombor kat meter tu . Hahaha kau fikir ini litar ke apa ?

Ok ..sebelum tu aku minta maaf pada semua ,if aku ada buat ayat-ayat yang telah pun buat korang terasa dan secara tak langsung korang termarah dan terkecil hati . Okk , maafkan aku  sekali lagi . Ampunlah ,sedang nabi pun ampunkan umatnya , apa lagi kita ?

Seminggu ni aku rasa dunia aku hanya dikelilingi nota-nota . Harap lah tajuk yg jadi  target aku dan pensyarah  akan keluar exam nanti . Semoga Allah permudahkan segala urus…

CERITA PASAL ANAK

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Inipula hati orang ,mengapa dikenang ?


Oook !  Orang zaman dulu punya pandangan sangat jauh !  Anak  orang diaorang boleh samakan dengan anak sungai tu! Hahaha kalau zaman kita sekarang ni asyik lah nak samakan diri kita dengan selebriti hebat ! Takdanya nak samakan dengan anak sungai ke,anak pokok ke..anak bulan ke.. kan ?


But bila hati seseorang sudah berubah , apa yang pertama korang fikir tentang dia ? Hahahah sure korang kecik hati ,cakap dia pandang paras rupalah ,pandang harta lah , tak pernah puas lah , tak reti nak nilaikan kasih sayang oranglah ,lupa dirilah . Eh ! Macam-macam tanggapan dari minda kita akan tersenarai  , macam dalam list dari awek casher  tu . Hahahaha da namapun manusia , mana pernah puas dengan apa yang telah dimiliki . Dah dapat 1 nak lagi , lagi dan lagi . Kekadang tu ...last-last apa pun tak dapat . Masa tu .. Aaa melopong lah jang ekau putih mato hahaha

Tapi satu hal anak orang ke…