BUAT APA JE BALIK KAMPUNG





Jumaat !
Okay .. Jumaat dan Johorean cuti !  Tapi tidak bagi  peladang muda seperti abang Deen . Tapi tidak  bagi pekerja  kilang seperti tunang abang Deen ( kak Su ) tapi tidak bagi orang -orang kampung yang bekerja sendiri macam penduduk kampung 2 belah , kampung halaman aku . Ok .. aku rela mengaku AKU ORANG KAMPUNG !  Dan kampung aku bukan  kampung hipster hahahaha  kampung aku kampung asli ,  real punya kampung , dan aku  rasa memang layak aku bangga .  Kau hado ? Ermm .. yg sebenarnya cuti hanya utk orang  kerja  gomen  jek  beb ..kikikih


Beb.. Ada orang tanya ,

"  awak duduk kampung  tu , seharian awak buat apa je  Mia ? "

Hahahahahaha aku buat apa kat kampung  beb ? Sebelum aku taip panjang lebar  , orang tu kena fikir balik ,kenapa aku di hantar pulang  ke kampung  2 minggu lebih awal dari cuti sem yang sebenar .  kenapa ayah dan mama hantar aku ? Kenapa kampung ? Apa kerja aku dikampung ? Kenapa aku jarang online kalau duduk kampung ?

Meh baca jawapan aku :

Aku dihantar kekampung selepas aku keluar dari wad . Bila aku di JB , mama dan ayah tak dapat nak tumpukan 100% perhatian kat aku . Aku nak layan diri ? Mustahil doe !  Nak bangun pun kena paut  pada sesuatu , seperti dinding , kerusi atau pun tepi katil . Nak ke bilik air aku perlu di papah oleh seseorang , kadang tu aku terpaksa ambil masa jugak untuk ke toilet sendirian . Kalau lumba lari dengan siput ,kompem siput hari-hari juara doe .hahahaha


Kalau dikampung aku ada  abang Deen , kalau ada kes kecemasan ,  tanpa perlu keizinan majikan , abang Deen boleh balik tengok keadaan aku . Nenek ada . Kazen aku yg  sedang cuti sekolah pun ada  3 orang kat rumah nenek ni . Adik E  pun ikut aku untuk sama - sama  bantu aku bila aku perlukan pertolongan .

Kalau kat JB , memang mama dan ayah ada ,  tapi  macamana mama nak tinggalkan kanak-kanak yg ramai tu kat taska kalau aku  ada kecemasan ?  Kalau ayah ada diluar kawasan macamana ayah nak balik ?  So atas nasihat nenek dan keikhlasan abang Deen . Aku diarahkan balik ke kampung. Yep demi keselamatan aku ! Kadang tunang abang Deen pun sama -sama jaga aku .thanks kak Su  :)


Apa je aku buat  seharian dlm rumah nenek tu??
Jalan pun macam siput ,apa aja aku mampu buat? Makan ubat dan menangis , itu lah rutin aku setakad ini . Kalau masih lagi curiga tentang aku dan aktiviti aku ,aku pasrah . Nak percaya atau tidak .

Kalau sunyi , aku layan  suara seseorang dalam bilik ni ,siapa ?? Sejujurnya  aku hanya ada Mishary bin Rashid je yg setia aku layan setiap  detik aku sunyi . Suara dia masih jadi suara kesayangan aku. Sebab dia setia utk menemani aku dan berjaya buat aku rasa tenang . Alhamdulillah ..


Comments

Muhd Zaid said…
Alhamdulillah..be strong sis ! Hmm sis ?? Okk..sis...hahahahha
Yenda Ixati said…
In sya allah bro ..hahahahah mengong aa kau beb!