Skip to main content

BUAT AWAK



Bingkisan sepi buat insan yang bernama " AWAK "

Pernah dulu , masa awak dengan dia ,kita hanya kawan biasa. Sedangkan dalam hati kita telah  berputik satu istilah sayang yang menjadi buruan setiap insan yang punya perasaan  ingin dicintai . Ranjau yg kita tempuhi  ,akhirnya setelah dia pergi dengan luka dijiwa ,awak menjadi milik saya . Tanpa surat bertulis . Tanpa chop pengesahan orang tua kita . Awak mengaku yang saya milik awak , dulu ,kini dan insya allah selama-lamanya .

Tanpa kita duga . Minda panas baran saya ,yg sering menjadi pemandu pada jiwa remaja saya, akhirnya berjaya merubah diri saya dan dunia realiti saya sekarang. Setelah hampir 3 bulan  akhirnya doktor mengesahan kerosakan teruk pada dalaman saya akan kekal . Tak mungkin berjaya dipulihkan seperti sedia kala. Kesakitan yg saya alami itu akan kekal sakit disepanjang hayat saya .

Kata awak :

Siapa pun awak ,bagaimana pun keadaan awak , saya akan tetap sayang awak sayang . Saya janji takkan pernah berubah . Saya janji tak akan pernah menyesal . Saya  sentiasa  berdoa agar awak cepat sembuh . Dan dapat ceria seperti dulu . Saya hanya nak awak happy. Saya nak sayang awak . Saya perlukan awak untuk kehidupan akan datang saya . Bersama bakal anak -anak kita .


2? 4? Ok k 3 !  Dalam tangis kita masih lagi berlawak

Sayang kena kuat ! Saya tahu sayang saya kuat ! Saya nak sayang saya ni jadi seorang  ibu yang kuat . Kita sama-sama tempohi dunia bersama kita dengan  kekuatan kita bersama . Saya akan tunggu awak habis study ... ok 3 tahun !!


Oook takda hal .. 3 tahun tu tak lama manalah sayang . Saya akan tunggu awak dengan cinta kita yang dah kita semai sejak 2013 . Yep cinta dalam diam . Hilang setahun kemudian muncul kembali !  Cinta yg memang dah jodoh kita ! Percayalah saya . Percaya pada ucapan  ikhlas dari hati saya . Pada tulus nya niat saya . Saya takkan  berubah . Selama setahun tanpa awak ,saya tak pernah berubah hati untuk perempuan lain . Kemunculan awak semula dah buat dunia saya banyak  berubah . Saya happy , semangat saya pulih kembali untuk teruskan kehidupan.Awak tolong  jangan pergi lagi dari saya. Saya sayang awak sangat  sayang . Tolong jangan tinggalkan saya . Saya bermohon ..

Ye ..itu kata awak , tapi ini pula kata saya ..

Awak ...Lihat gambar atas tu !  bayangkan perempuan tu  saya dan yg disisinya adalah  awak .  Sebulan dua mungkin awak sanggup . Awak rela . Awak  tabah . Setahun ? Dua tahun ? Selama hayat saya ?  Saya tak nak sepanjang hidup saya hanya menyusahkan  hidup orang lain ! Cukuplah sebelum ni saya dah banyak menyusahkan mama,ayah dan kak Lyen . Saya tak mau lagi mengharap simpati orang . Saya mungkin akan  berdikari ,  sendirian menyara kehidupan dimasa hadapan.  Awak boleh fikir risikonya  sebab awak dah matang untuk buat keputusan.


 awak .. terima kasih  untuk segalanya..



Alfatihah untuk diri sendiri yang Degil .. :'(

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx