Skip to main content

MAKCIK OH PAKCIK



Malam beb !
Aku baru dapat lepak dengan tenang ni . Baru dapat pegang  tab sejak lepas maghrib tadi . Makcik aku  malam ni nak sangat teman aku tidur . Kata dia , dia kesian tengok keadaan aku ni . Hahahaha aku cakap takpa la , adik E ada  temankan  aku . Tapi makcik aku bersungguh dia nak jugak , well ..aku kata ok la . Tapi anak-anak dia siapa jaga  malam ni?  Pakcik kah ? Then lepas dia diam beberapa minit ,akhirnya terungkailah satu rahsia .

Beb  ..yg senanya aa kan ,diaorang tengah gaduh2 laki bini . Hahahahaha then reka alasan nak jaga aku malam ni pulak .huh . Memain la makcik ni hai . Aku kan tukang  selongkar rahsia makcik .akhirnya  ..jeng jeng jeng .. jom aku mulakan perbualan !

Makcik kenapa tak bawak Iman dan  siti datang sini? Boleh orang main dengan dia . Adik E pun takda kawan kat sini . Adik E kan suka budak2.  **aku pasang jerat**

Biar bapak diaorang lah yang jaga  Mia ! Makcik dah  puas dah jaga diaorang tu k. Sejak dalam perut sampai sekarang ni haa .! tak salah rasanya bapak dia sekali sekala jaga .esok dia bukan kerja pun . **makcik aku mula membebel ,dan nampaknya jerat aku hampir berhasil**  hahahahaha

Pandai ke pakcik jaga budak2 tu ? Orang tengok pakcik macam kekok je jaga anak. Hahahaha

Biar dia !  Biar dia rasakan Mia  . Dia ingat  makcik duduk rumah ni takda kerja . Cuma tau makan tidur je 24jam !  Haa malam ni taulah dia dapat tidur ke tidak jaga anak . **makcik aku marah giler da ni kot **

Kau tau mia ! Lelaki ni masa belum kawin ,macam-macam janji dia .itu sanggup , ini  sanggup . Itu boleh ,ini boleh . Tapi bila dia dah dapat kita . Tahun pertama ok lagi . Masuk tahun ke 10 ! Amek kau !! 100%  hal keluarga dia serah pada isteri . dari urus rumah ! Jaga anak ! Hal makan minum ! Hal dengan ahli keluarga lain ! Hal persekolahan anak , semua dia serah bulat2 pada isteri . Dia ??? Alasannya " abang sibuk ni ,kerja bnyak ,awak jelah uruskan , awak kan duduk rumah , saya kerja  ,letih . Nak rest , nak tidur kejap . Lepastu tinggallah isteri termangu macamtu .

Isteri duduk rumah tak penat ?tak letih ? Perangai anak2 dah  macam alien ni , dia kata  isteri duduk rumah  senang lenang?  Dia fikir makanan atas meja tu bidadari 7 bersaudara masakkan ? Dia ingat yg cuci baju berlonggok2 tu ,siap sidai ,lepas tu angkat ,lepas tu lipat ,lepastu susun dalam almari tu ,snow white settlekan ? Dia fikir anak2 yang 4 orang tu , belajar ,main  ,sepahkan rumah ni , Cinderela yg kemaskan? dia ingat stock makanan yg dia belanja 300rm sebulan tu  cukup untuk 6 perut nak isi ? Beras masak 3 biji ,masuk dlm ricecooker lepas tu kembang jadi penuh seperiuk nasi??

Isteri yg dari celik mata ni ha , sambil masak sarapan ,kejut dia suruh solat subuh ,suruh anak solat ,lepastu suruh siap2 pergi sekolah . Kemaskan bilik tidur ,sambil tu sempat punggut kain baju ,kemudian cuci . Dia lepas mandi ,solat ,siap2 terus duduk kat meja makan tunggu menu sarapan . Yang kita ni , mandi tak lagi ,nak solat subuh lagi , terkejar2 untuk dia ,untuk anak2 . Untuk dia tolong sama2??emmm hapah !!!

Masa isteri sakit ,ada dia bawak pergi klinik ? Asyik di suruh makan panadol ,panadol dan panadol !!  Muka pun dah macam panadol ni ha . Alasan tak pergi klinik , kos ubat mahal sekarang sebab ada GST ! habis tu ,kalau ada gst,tak perlu lah check up ? Tak perlulah makan ubat ? Kalau sakit kena biarkan je kan rumah ?? Kalau ada pun bawak isteri pergi check up ,time bayar amek ubat tu ,dia terus blah je keluar . Ni ha ..bini dia yg sakit ni ,yg kena bayar sendiri . Alasan dia ,hujung bulan , wallet dah kempis !  purse bini dia tak pernah kempis?  Emmm .. makin tua perangai makin macam2 ! Ingat sakit pening ni buat2? Sakit2 pun isteri masih boleh buat kerja rumah . Dia ?? Dah la dapat m.c . Dapat rehat . Time sakit tu , tau pulak cari isteri dia . Mintak picit ,mintak sapu minyak , mintak suapkan ubat. Kalau tak ..takdanya nak manja camtu . Dah tu .. terima kasih pun tak ?!!


Lagi sedih ,  bila ajak  makan kat luar , dia boleh cakap , apa guna ada isteri kalau anak2 dan suami pergi makan kat luar ? Tapi dia belanja kawan2 vaper makan ,lepak2 tu sampai lewat pagi ,boleh? Berguna?  Padahal bukan hari2 ajak makan luar, seminggu sekali je. Tu pun bila dah letih sangat nak masak .


***makcik aku merajuk aa beb .. kesian  pulak aku tengok ,aku nak cakap dan beri nasihat pun ,aku tak kawin lagi . Hahahaha ada takda , aku just  . ..oooh..a ah ..yela tuu ..ermmm ..ish2 ..last2 aku cakap ..sabarlah makcik ,tak rugi jadi orang sabar ni . Ok ..jom tidur ..dah lewat ni ..akhirnya makcik aku pun lena dgn tenang ,lepas dia luahkan segala ishati dia kat aku tadi . Ermm .. apakah semua lelaki punya perangai macam suami makcik aku ??? Allah huakbar ..Allah je yg tahu kisah  hidup seseorang tu . Bukan kita !!

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx