Skip to main content

POLIGAMI



Asar sudah lepas
Hari sudah petang
Bermain sudah puas ,
mari kita pulang ..
Senjakala
Senjakala
Mari kita pulanggggg ..

Aaaa .. tulah lagu aku kecil dulu . Kalau tak silap masa tu kat tadika  kot .entahlah aku bukan ingat aku nyanyi camana masa kecil dulu . Yang aku masih ingat , aku tak suka kalau aku menyanyi  ,suara aku memang  bakal memusnah kan seluruh alam maya  yg indah ini ! Hahahaha so better kalau sesiapa ada niat suruh aku menyanyi tu ,silalah abaikan .






Beb  !  Tengok  perbualan soal jawab mamat rambut oren tu dengan ustaz tu !  Menarik jugak idea ustaz tu , cara tu dapat  menyelesaiakn masaalah ramai bujang terlajak kat Malaysia ni  khususnya . Dan lagi  idea ni juga dapat  tenangkan hati isteri pertama  'abang rambut oren '  tu . Kalau tak yang dah merasa terus-terusan merasa  sedangkan yang bujang -bujang ni  terus- terusan melopong mulut  tak dapat apa-apa . Hahahaha


Aku  pernah join 1 page kat facebook  . Page tu bincang pasal poligami doe . Aku yang tak kawin lagi ni  beria sangat nak beri komen . Hahahahaha  korang nak tau apa aku cakap pasal poligami ?


"sebenarnya tak semua org layak berpoligami tapi semua lelaki muslim cakap mereka layak ..waallahu'alam" date  -13 November 2015


Korang rasa ada yang komen tak? Hahahahah ofkos la ada doe .  Dan pastinya pengkomen tu yang standard uncle pada aku la kan . Hahahaha kata mereka


*"...tapi semua lelaki muslim cakap mereka layak"
Maaf cakap ye... bukan SEMUA!.Sedangkan keperluan untuk meneruskan kehidupan zaman skrg saja sudah cukup mencuakkan untuk berumah tangga, nak bagi cukup makan pakai anak orang entah mampu entahkan tidak, inikan pula nak berpoligami!Persepsi anda bagai meletakkan SEMUA lelaki itu berhidung belang bunyinya. Saya tak terasa apa pun. Cuma... saya tergerak nak berkongsi cerita kat awak;Saya kenal ssorg yg ketika anak daranya begitu taksub meletak golongan adam semuanya jahat dsbgnya. Akhirnya, jodohnya ialah lelaki yg sbnrnya malang buat dia utk tergila-gilakan wlupun telah dinasihatkan keluarga supaya lupakan lelaki itu, tapi dia berkeras juga dan sanggup kawin lari...mmg betul agaknya kata2.... "Lelaki baik adalah utk perempuan yg baik, begitu juga sebaliknya".Jadi berhati-hatilah  bila menilai sesuatu. Anda sendiri yg meletakkan di mana nilai diri anda sepatutnya berada.

Komen  balas aku  : mungkin yg tak semua tu adalah tuan hamba . tapi SEMUA yg hamba maksud ini bila cakap lelaki muslim , mereka kata slot mereka ada 4 .. tu yg hamba maksud kan disini . kalau hamba silap ,harap maaf ye

*lelaki yg ckp dia layak sebenarnya xlayak. lelaki yg benar2 layak,dia akn takut utk poligami sbb tanggungjwb trlalu besar. 2 yg saya perasan la.

Komen balas aku  : maybe la ^^

*Miss bkn semua mcm tu. Ada saya jumpa usahkn poligami sorang isteri pon dah mcm tak boleh , bila tengok anak2 org lain membesar yg banyak meragam.

Komen  balas aku :  alhamdulillah kalau tak semua ,tpi hamba lihat rata2 kalau kata lelaki muslim ,slot mesti ada 4 . ayat paling hamba tak suka dgr .. " lelaki kan boleh kawin lebih dri 1 , slot mereka ada4 " .. sdngkan sejujurnya yg sedia ada pun terumbang ambing nk handle . hamba silap , hamba mohon maaf



Hahahaha ok k  .. keputusannya disini , tak semua lelaki  ada niat nak berpoligami  but kalau mampu why not kan ?  Aku cadangkan je  ,padahal aku  pun tak rasa lagi deritanya jiwa seorang isteri yg dimadukan . Mungkin dibibir dia kata ok ,saya izinkan abang kawin lagi ,tapi dalm hati dia  ? Allah je yg tahu !! Bytheway thanks so much ustaz untuk  kata nasihat dlm pic tu . eh !  Malam jumaat sembang pasal poligami la pulak . Adoiyaiii hahahaha sory !

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx