Posts

Showing posts from December, 2015

SAMBUNGAN PERJALANAN 2015 AKU

**Patah -patah jari **

okay menaip .. Sambungan  dari post yang sebelumnya . Lepas masuk kolej jururawat kat Pulau Pinang , 200% dunia aku dikelilingi perempuan .Ahh ni hal biasa bagi aku . takkan aku nak masuk hostel jururawat lelaki pulak kan..hahaha macam ada hostel jururawat lelaki kat P.P !!

Lepas kakak aku  pergi , ramai kawan2 siber dia  cari aku. Termasuklah " kesayangan kami"  budak Selangor  yg  dah bawak kami lari jauh dari Johor . korang ingat tak kes culik yg terkini tu ? aa tu budak Selangor dibawa lari ke Johor but in my case budak Selangor pulak culik aweks Johor yang comel manja2 gini   bawak masuk Selangor  !! Ah sudah .. tapi dia  just culik hati dan perasaan kami je pun , lain2 takda nak diculik doe ..hahahaha

Sangkut pasal budak selangor dlm kes aku ni , well ..kami sama2 terasa kehilangan akak . entah hantu apa yang melekat diminda aku , masuk je bulan  julai  dia ajak aku bukak satu syarikat . Nama compony tu , *jom bercinta*  hahahaha aku nak couple …

PERJALANAN 2015 AKU

2015 akan berhenti digarisan penamatnya . banyak sangat ranjau ,onak duri , suka duka yg aku jalani  disepanjang 2015 ini . Yang mana rata2 pengalaman tu telah banyak membantu aku jadi seorang manusia .

Perjalanan 2015 aku  bermula Pada Awal tahun lah kan. Dimana aku baru kenal apa itu kehidupan punya sebuah keluarga . Ayah ,mama , kakak dan adik . detik itu aku rasa detik paling bahagia disepanjang hidup aku . Semuanya  bermula bila aku terpaksa meninggalkan mereka selama 3 bulan untuk menyertai program latihan di kem PLKN  yang aku delay tahun 2014 . Paling sayu bila mereka datang menziarahi aku ,bermalam dengan mereka di chalet , makan2 , gurau senda dan keesokkan harinya mereka terpaksa melepaskan aku semula ke dalam kem . Perh detik tu merupakan detik paling sayu  . hinggakan aku macam tak nak lepaskan pelukan kakak , mama , ayah dan adik E . tapi aku tahu , mereka berempat mana  boleh tidur dalam kem dengan aku selama 3bulan tu kan..hahaha bayangkan ayah masuk kem PLKN ..adoiya…

SAMBUNGAN SUSPEND 1

Beb ..
Lepas  aku dah sedar , pagitu , doktor ada panggil mama dan ayah kebilik doktor. Aku ditemani Fatin dan Along ( abag sepupu aku dari Singapura ) . Suka lah Fatin tu dapat melepak dengan along , sebab Fatin  sejak dulu minat kat along , tapi malangnya along dah ada gf dan nak tunang dah new year ni . Kata Fatin , biar ku simpan perasaan ini jadi kenangan aku * dengan muka poyo dia tu ,aku , dila jadi  tukang gelak je lah. hahhaha a Fatin memang suka buat lawak bodoh yg menampakkan dia macam bodoh , tapi orang lain tetap akan terhibur walaupun sikit.

Dik .. awak makan apa sey ? Tanya along perlahan .
Entah aa , orang pening masa lepas balik dari rumah Fatin tadi , orang ambil aa pain killer , masa tu ubat2 dalam stock tu terjatuh , orang ambil dua biji terus telan . tapi lepas tu orang tak ingat dah apa jadi.

Kau ambik ubat pain killer warna apa doe ? Nurse peribadi aku si fatin bersuara . setahu aku stock ubat kau , pain killer yg kau punya tu dah habis dah . Yang banyak  ubat …

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Image
"......KEMATIAN....."

Tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN..
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut mengkuburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang²mu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang² itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah: dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan DIHISAB dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atas mu ada 3.

1. Oran…

SUSPEND 1

Aku nak throw back kisah malam minggu yang lalu beb . Nak kata cerita lawak ,tak jugak ,nak kata sedih , taklah sedih mana ,nak kata  cerita seram ,taklah suspend mana. Tapi kira boleh la aku menang award kalau masuk anugerah skrin !


Bila call Fatin lepas dia balik kerja .masatu dalam jam 2 petang , dia cakap dia ontheway ke rumah aku. Aku pun siap-siaplah tunggu dia . Tak sampai setengah jam dia pun sampai. Aku cakap lepak rumah kau jelah beb . Rumah aku ramai orang . Family aku dari Singapura dan Muar datang bertandang . Diaorang habiskan cuti week end kat rumah aku , sebab semata -mata nak round shopping kompleks yang merata -rata kat bandaraya Johor Bahru ni.  Mentang-mentang la dolar Singapura lebih besar dari RM ..ermm kerek sey diaorang .


K..lepas Fatin ambil aku , aku ,fatin dan Dila adik fatin pun lepaklah port biasa kami. Kat buaian besi milik family fatin . Kat situlah aku melayan perasaan . Mengadu apa yg terbuku dalam jiwa aku selama ni. Fatin dan Dila adalah orang yg da…

SEKALI LAGI AKU MERAYU

Image
Beb ..dari aku merayu kat manusia yang  kadang hanya tau menghukum perasaan aku dgn kejam , ada baik aku merayu pada Dia yang maha Penyayang , maha Mengetahui ,maha pengasih . Harapan aku rayuan aku kali ni diterima olehNya  .

Amin ya robbal alamin ..

SAYA MERAYU

Port terakhir aku lepak petang ini ialah blog ..

Blog Mia .. walau aku tau tak semua orang gemar baca luahan naluri aku , inilah port  febret aku lepas ni . Twitter ?? Tengok keadaan .. lepas peristiwa semalam dan sejarah sebelum ni , aku rasa selayaknya aku berfikiran  lebih waras dan  tegas untuk diri aku .


Apa guna hadir aku ,kalau cuma beri orang lain masaalah?
Apa  guna kasih  sayang aku. kalau aku sendiri merana?
Apa  guna cinta ,rindu , pengorbanan bagai kalau hanya aku yang rasa ?
Apa guna setia terpatri ,kalau menipu itu jadi  koleksi ?

Muktamad beb .. aku akan pergi dan  takkan kembali . itu keputusan akhir aku . Mungkin percubaan ketiga tidak berhasil ,namun aku ada banyak lagi peluang . Aku tunggu dan tunggu je masa nya tiba .

Awak yang jauh disana , please lah  saya merayu , ikutlah permintaan saya  tu , sebab semua nya  demi kesejahteraan awak dan masa depan awak dan  ketenangan awak . jika dengan  menjadi pendamping saya , dunia awak jadi makin sulit , sekarang ni saya tak na…

KATA SEMANGAT

Image
Ni kata  semangat yang aku dapat lama dah juga . dihantar oleh kawan baik aku  , teman setia aruah akak . Kawan gaduh kami . kawan berdebat . Kadang emo , kadang gila , kadang serius .  Tapi lepas dia bagi kata semangat ni . Aku dah lama tak sembang dengan dia . Sebabnya aku tau , dia ada banyak lagi hal nak fikir kan . bukan asik nak ngadap masaalah aku dan kawan-kawan lain  .

Mungkin semua perempuan yg rapat dengan dia dapat kata semangat tu , apa pun thanks beb sebab sudi perihatin  dengan kawan kau ni . biarpun aku dah jarang tegur sapa kau . tapi aku tau , kau memang ada untuk dengar  masaalah aku macam dulu-dulu .

Beb .. sekarang ni aku sedang berusaha untuk tidak bergantung dengan sesiapa.

HATI-HATI DENGAN HATI

Image
- Ramai Orang Memilih Untuk Menipu Dgn Alasan Untuk Menjaga Hati ? Tahu Tak Hati Yang Dijaga Tu Akan Lebih Terluka Bila Tahu Kebenarannya -

GOOD GAME , GAMMER !

Beb ..

Tak kisah lah apa akhirnya .  Aku tetap pada pendirian aku . berkali maaf diminta dari aku , berkali tu jugak kesilapan demi  kesilapan dilakukan . Aku memang tak sempurna  ,tapi biarlah kalau boleh tu , pendamping aku tu spisis yang jujur . tak minta lebih  .

 CUMA JUJUR ..tu je beb .

Aku bukan gadis jiwang yang inginkan bulan , bintang bagai.

Aku jugak bukan gadis  comel yang sentiasa perlukan  harta  kekayaan yang melimpah ruah demi nak nampak makin comel dimata  masyarakat sekeliling.

Aku tak perlukan  jejaka setampan  model majalah playboy untuk buat kekasih.


Bagi aku cukup lah dengan  BERKATALAH YANG BENAR . CERITALAH HAL YANG SEBENAR . JUJURLAH  DENGAN AKU . kenapa???


Sebabnya 1 jek .. sebab aku dah buat semua yang diatas tu semata-mata tak nak kekasih kecil hati atau  kecewa . tapi apa aku dapat ??????




               AKU KENA GAME DENGAN SEORANG PAKAR GAME  !!

 GG !!!
Well played !
Easy !!
Senang je mainkan hati  perempuan ni !! Sayurrr !! Hahahaha padan muka aku doe…

MENU KRISIS EKONOMI

Perh ..idea baru nak cover kemelut krisis kewangan pulak ni beb !! Hahahaha mana dapat korang jangan tanya lah k .  Aku jumpa kat port baik punya ni tau . Mentang -mentang la aku tak pandai masak , ada pulak hamba Allah bagi idea ni ..hahahaha mace hare doe idea dia  . Jom baca


*CARA MEMASAK KULIT PISANG.


Kulit pisang daripada dibuang sayang dan membazir...boleh dibuat makanan ringan atau snek.

Caranya sebagai berikut:
SIAPKAN BAHAN-BAHANNYA, yaitu:
* Kulit pisang jenis apa saja (disarankan yang dah cukup masak dan berwarna kuning untuk menambah cita rasa),
* Air kapur,
* limau nipis,
* Tepung gandum 150 gram,
* Tepung sagu 50 gram,
* Telur puyuh 2 biji,
* Gula pasir
* Garam secukupnya.

CARA MEMBUATNYA:
* Kulit pisang direndam dulu dalam air kapur selama 24 jam,
* Setelah itu hiriskan.
* perah air limau nipis untuk menambah aroma wangi.

CAMPURKAN:
* Tepung gandum,
* Tepung sagu,
* Gula,
* Garam
* Telur puyuh.
* gaul sampai merata.
*Celupkan kulit pisang satu per satu ke dalam adonan,.…

AKU KONGSI UNTUK KITA BERSAMA

Eh malam dah ?? Something nak aku kongsikan malam ni beb !!

*Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairanlah kalau tak kusyuk dalam solat.


Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha…

SESAJA MENAIP

Petang beb ..

Lama blog krikk krikk kan . Aku busy doe . Cuti sem kalini nampak je sebulan macam lama tapi siang malam ,malam siang dah nak habis dah ni. Harini dah 24 haribulan !! Lagi seminggu doe masuk kolej semula ! Perhh .. perah otak !! Hahaha Maybe lepas ni aku dah kurang online . Mana nak cari ?? Cari lah kat 7e ..eh salah hahaha cari je kat  twitter !!  Aku on natang tu 24/7 !!

@Voicemia      

Here i am !!

AWAK SAYA DAN SAYANG

Awak..

Menyayangi awak adalah saat paling indah dalam hidup saya.
Sebab apa saya katakan macam tu..sebab dengan awak,
Saya tahu menangis,
Saya tahu merajuk,
Saya tahu  bermanja
Saya juga tahu  apa itu menghormati hak orang.
Biarpun kita saling menyintai,
awak masih bukan milik saya yang sah
secara  sahih nya,  awak milik ahli keluarga awak,
Milik kawan-kawan awak
Dan tanggungjawab awak bukan sahaja untuk cinta kita
Tapi untuk mereka yang lebih  wajib awak fokuskan.

Sekarang ni tugas saya.. bila saya kecil hati.. Saya akan merajuk
Tapi saya janji,
Kalau saya nak merajuk,  saya beritahu  awak dulu ea sayang.. kikikih


Eh.. saya kan tengah merajuk ni.. k lah ..baii.. huh!!

LIMITED OF SABAR

Beb..  nampaknya aku layan twitter je la sampai lebam lepas ni.
Usah kau tanya kenapa mia kenapa?  
Hahaha sebab aku pun tak pasti kenapa dan kenapa doe!
Tadi nak tergelak bila aku baca tweet sorang hamba allah ni..
ayat dia serupa macam perli aku doe!
Sumpah siut.. aku terasa giler tuuu Hahaha

Kau baca la ni beb!! huh!   Deep siakk!!

***bila orang tanya,  "best ke twitter? Macam tak je".

Best, untuk orang yang takda siapa siapa nak ws macam aku ni. Kau apa tahu ..***

Hahahaha ni lah ayat aku kalau  member aku tanya pasal aku dan twitter.  cakap  banyak pun tak guna lagi doe,  kalau dah kat fb bosan ,  kat wechat bosan,  whatsapp dah diarah uninstall,   nak stalker instagram takda,  kau duduk tempat aku doe..  then kau feel apa yang aku rasa beb.!!  dalam bilik ni aku dah mula nampak asap dah ni..

Jangan tanya kenapa !
Tapi kau pasti tau sebab apa kan?
Ermm Sabar  aku limited doe..aku risau..



KISAH BUDAK PIZZA

Mereput ni beb !
Hahaha nak nangis pun buang masa dan airmata je kan.
sebab bukan ada yang boleh pujuk aku pun.
Dalam bilik ni just ada cicak 2, 3 ekor.
Yang aku tengok macam jalinkan cinta 3 dimensi je ni
hahahhahaha apa nak jadi dunia ni,
Bukan manusia je curang,  cicak pun boleh curang..
**kurang ajar sungguh **

Ermm  tapikan sebenarnya bukan selalu pun aku mereput macamni..
Malahan tiap masa..  hahaha  seriusly bosan doe.


Er.. kalau dah kawin lain lah kan. Bosan-bosan pun tengok hubby golek-golek lepas balik masjid,  boleh jugak join menggolek sesama dia..  hahaha  ni  pandang kiri dinding,  pandang kanan dinding,  pandang depan?  Screen tablet jek..

Hahahaha seyes bosan habaq hang!!

Niat dihati nak tolong mama kat dapur  .. rupanya mama cakap :

kita tak payah masak harini,  mama letih sebab masak untuk kenduri malam tadi,  so. Mama dah call budak pizza,  lagi 30 minit. Sampai lah tu..  aduhhai pasal la mama tak cakap nak call budak pizza.. kalau tak orang boleh tolong  call …

WARKAH BUAT AKAK

Asalamualaikum kak..

Selamat hari lahir..
Orang rindukan akak sangat-sangat saat ini.
Biarpun kali ni kita tak pergi celebrate birthday  akak macam tahun sebelum-sebelum ini tapi orang tetap akan  doakan ketenangan akak sama macam ketenangan masa kita sama-sama sambut birthday akak dulu.

 Alfatihah..

Kak..
kasih sayang ni akan kekal ada untuk akak.
Rindu ini masih kekal ada.
Nasihat-nasihat akak masih terngiang-ngiang dicorong minda orang ni.
kata akak:

jadilah seseorang yang bukan je di kenang sebab wajah yang cantik,  berperibadi baik,tapi jadilah orang yang akan dikenang sampai jasadnya sudah bersemadi dalam tanah.

 Orang masatu bodoh sikit..orang tanya akak.. apa contoh jasa yang dikenang tu?  Dah mati tu mati je lah.  Lelama orang ramai pasti akan lupa .

Tapi jawab akak:

Ajak dia buat baik. Kalau di dah memang orang yg baik.. pupuk lagi jalan kebaikan dalam dunia dia. andaikata dia tak nak ikut,  jangan putus asa,   cuba lagi dan andai berkali-kali mencuba , dia masih ditakuk yang…

HADIAH HARILAHIR

Petang ..

Aku ambil cuti sakit selama 2 hari sejak semalam.
Entah dugaan apakah kali ini,
aku diserang sakit kepala yang melampau.
Kata doktor bukan migrain . Ah pening mikir doe..
Bertambah sakit kepala aku ni.
Ubat!?! Ok ..
makan ubat jelah jalan penyelesaiannya.

Settle!

Beb.. besok birthday arwah akak yang ke 25 tahun. first time kami tak sambut dengan nyanyian Allah  selamatkan kamu.  Atau potong kek.  Atau akak belanja makan malam,   atau tengok wayang . Atau pergi karaoke.  Semua tidak untuk kali ni.  Malam ni aku nak baca kan surah yasin  , tahlil buat arwahnya . Kata mama,  mama pun ade buat tahlil di surau kat area taman aku. Erm  itulah sambutan hari lahir akak untuk yang ke 25 tahun ini.
Hanya bacaan  yassin dan tahlil berserta doa..


Selamat hari lahir kak..orang sayang akak  :'(



Alfatihah..

BERIKAN PELUANG

Image
Parent!!  Siapakah mereka?  Tanpa mereka siapalah aku,  siapalah kau dan  siapalah kita  semua yang bernyawa ini. Berdosakah kalau  aku bantah cakap  parent dan aku ikut apa yang telah pun aku rancangkan ? Aku ada 2 pilihan sekarang.  Sama ada ikutkan cakap mama dan  ayah atau aku ikut plan aku  sendiri . Aku bingung doe! Bagi lah aku peluang untuk berfikir tentang perkara ini..  apa yang aku tau,  aku ada hati dan perasaan sendiri yang  aku perlu beri perhatian 100% .. Arh .. malas fikir banyak . Jom breakfast nasi lemak ayam penyet. Beb.. tolong bagi idea !! Agar aku dapat terus tersenyum dan dapat  menghirup angin bahagia.

 Ikhlas  doe beb!!



JALAN TERBAIK

Image

SHE ITULAH AKU

Image
Who she is ? Okay  truly .. aku  lah tu .  Buat apa aku nak tipu pasal aku sedang orang lain lebih bijak menilai aku lebih dari aku sendiri .Aku rela beb . Aku pasrah untuk masa depan yang mendatang . Dengan hanya punya kasih sayang dari Allah je  pun , aku mampu jalani kehidupan ini dengan senyuman . Biarpun kekadang dengan airmata jugak aku masih boleh tersenyum . Rare tak ? Haha perasan ek ?

Betul cakap aruah kak Lyen  ,
Kenapa nak risau awak dok keseorangan .
Allah ada dengan awak .
Allah lebih tahu dari apa yg awak tahu .
Cinta Allah cinta abadi.
Kasih sayangNya tulus jika awak ikhlas dengan kasih sayangNya. Makanya teruskan tersenyum ,biarpun hanya didepan cermin cuma .

*Still loving you by Scorpions  on air *

Bila sunyi .. RINDU  kat  akak menjadi2  :'(

BUKAN BENCI

Image
tak tau nak kata apa dah , mohon jumpa ubatnya nanti..

Itulah harapan aku tiap hari , tiap malam sunyi , tiap masa yang bisu . Agar langkah yg makin menjauh ini  dapat menemukan aku dengan seteguk penawar yang mampu  menyembuhkan  kesakitan yg tersakiti . Mohon dipermudahkan segala usaha aku kali ini. Amiinnn ..

Dan aku pergi bukan sebab benci .

AKU JAHAT

Image
..mia / Spore

JANJI KENA FIKIR 1000 KALI

Image

CINTA BUDAK ICT

Image

LUMRAH KITARAN HIDUP

Image
Aku  nak tambah .. kadang bila bunga dah hilang , orang tukar tayar baru , tayar buruk yang dah rosak orang buang  ,kononnya  nanti nyamok aedes membiak ada yang  terus bakar dan hapuskannya . Padahal pada yang kreatif ,mereka boleh buat macam2 dengan tayar tu . Yang tidak memudaratkan tapi memberi keindahan kepada dunia ini .  Misalnya ?

Ah ..korang pergi kat google lah , taip  "  hiasan dari tayar buruk "  , macam-macam ado !

PENCARIAN

Image
Aku cari orang macam ni aa beb .. lama dah aku cari doe ,
tapi apa yang aku jumpa ? Hari- hari aku bersedih  atas sebab terlalu sayang . Dan akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi .. dan pergi untuk sekali lagi tanpa kembali . Harap semua akan baik-baik aja tanpa aku  lagi .

LUAHAN HATI

Image
0512 2015

Rehatlah  kesayangan  kami  ..




Nombor yg bertarikh paling sedih  yg akan aku kenang  sampai bila2. Kerana itulah tarikh kehilangannya  sorang puteraraja kesayangan semua rakyat Johor . Bukan saja yg  muda , yg tua , yg kecil ,yg besar semua amat menyayangi Baginda . Inilah luahan rakyat Johor tentang anak raja kesayangan mereka .




Kini  ..

Tiada lagi anak raja yg keluar curi2 dari istana utk hidup seperti rakyat biasa,

Tiada lagi anak raja yg sorok2 makan tepi pantai,

Tiada lagi anak raja yg mencemar duli belajar buat abc dikaki lima,

Tiada lagi anak raja yg menyakat dan bergurau dgn nurse2 sewaktu dihospital

Tiada lagi anak raja yg sanggup bekerja basuh kandang zoo

Hanya TJ sahaja yg mampu melakukan ni semua walaupun dalam keadaan diri dia yg tak sihat.


 #AlFatihahTunkuAbdulJalilIbniSultanIbrahim

SELAMAT TINGGAL KESAYANGAN

Image
Harini  dengan kesedihan  melanda  hati  , kami lepaskan  segalanya pergi . Tenanglah dikau disana . Beristirehat lah  setelah sekian lama  menanggung  pedih deritamu . Kasih sayang mereka , usah kau ragu . Didunia ,diakhirat mereka kekal saudaramu . Muslimin wal muslimah .. bersatu hati mengikhlaskan  pemergian  kesayangan mereka  bersemadi.

 Bumi Johor berkabung   7  hari . AlFatihah ..

PERJALANAN AKU TERHENTI

Image
Hidup ..
Awalnya kau akan jumpa dunia kecilmu .
Bermanja dengan mama dan ayah
Bergurau senda bersama  adik  beradik
Bermain dengan rakan tanpa kenal erti letih
Pertengahannya akan rasa tiap detik adalah  kebebasan
Katanya remaja cuma  sekali
Setiap masa hanyalah bersuka ria  dan gelak tawa
Idamkan cinta pada yg sudi
Idamkan  kasih sayang yg kadang sangat pelik dan ngeri
Idamkan percubaan demi percubaan hakiki
Ketika masa kian hampir..
Bukan dikira pada awalnya ,
Bukan juga pada pertengahan mahu pun akhirnya.
Pada singkatnya masa yg dipinjamkan
Akan tiba jua malaikat maut menghampiri
Dan ketika itu baru terlintas dibenak minda
Kenapa aku abaikan tiap detik yg Allah beri padaku
Aku lupa ucap syukur
Aku lupa ucap terima kasih Allah
Aku lupa antara nikmat ,aku jadikannya dosa
Aku berdosa ya Allah
Aku berdosa atas nikmat yang kau izinkan hadir dalam duniaku
Akulah manusia paling tidak berterima kasih selama ini
Kerana  aku hanya tau mengharap tetapi malas nak bersyukur.
Allah ... maafkan aku ..
Untuk perjalanan aku…

HARGAI SI SETIA

Senja nan merah ..

Aku  layan facebook  petang tadi kejap . Tetiba aku boleh terfikir satu situasi yang pelik je bila lepas aku baca satu artikel kat  satu page ni .


Dengan tak sengaja , Aku boleh terbayang kan suasana pada 1 keadaan  dimana seorang suami minta izin kat isterinya untuk bernikah lagi .

Yang .. kalau abang nak bernikah sorang lagi , awak izinkan tak ?


Dan dengan senyuman  si isteri  berkata ,


Ye bang  ,in sya Allah .. demi kasih sayang saya yang setia hanya untuk awak dan anak-anak .. saya izinkan .


Beb  !!
Kalau kau lah jadi suami pada isteri macam tu .. apa kau rasa ea beb ?? Sumpah doe aku tak tau  hati jenis apa yang  si suami  itu  ada dlm tubuhnya ,andailah dia kawin jugak lagi sorang  !


TENDANGAN KESELAMATAN

Image
Beb !!
Sejak kes  tangga  shopping mall banyak buat  kemalangan , aku tergerak nak kongsikan tips bila mana korang ada masaalah masa sedang guna tangga tu . Tips ni pun  aku jumpa kat facebook  . Entah  betul atau tidak function dia ,aku belum try lagi sebab aku lama dah tak pergi mall , tak pergi  shopping . korang tu kalau nak try , nanti kaki tu rajin-rajin lah terajang tepi tangga tu ea .. hahaha jangan kaki bengkak sudah la

Semoga tips ni bermanfaat !!









DI ARAH REST

Image
Morning guys ! Selasa yg dingin , aku baru  jek dapat pegang gadget ni lepas beberapa jam disuruh rest dari semua aktiviti . Alhamdulillah dapat bernafas kembali seperti biasa .  dan dapat kembali menyanyah dalam blog ni . Doakan aku sihat -sihat aje lepas ni k ? Ermm .. taip pun tak boleh panjang  sangat ,sebab aku belum sihat 100%