Skip to main content

PERJALANAN 2015 AKU

2015 akan berhenti digarisan penamatnya . banyak sangat ranjau ,onak duri , suka duka yg aku jalani  disepanjang 2015 ini . Yang mana rata2 pengalaman tu telah banyak membantu aku jadi seorang manusia .

Perjalanan 2015 aku  bermula Pada Awal tahun lah kan. Dimana aku baru kenal apa itu kehidupan punya sebuah keluarga . Ayah ,mama , kakak dan adik . detik itu aku rasa detik paling bahagia disepanjang hidup aku . Semuanya  bermula bila aku terpaksa meninggalkan mereka selama 3 bulan untuk menyertai program latihan di kem PLKN  yang aku delay tahun 2014 . Paling sayu bila mereka datang menziarahi aku ,bermalam dengan mereka di chalet , makan2 , gurau senda dan keesokkan harinya mereka terpaksa melepaskan aku semula ke dalam kem . Perh detik tu merupakan detik paling sayu  . hinggakan aku macam tak nak lepaskan pelukan kakak , mama , ayah dan adik E . tapi aku tahu , mereka berempat mana  boleh tidur dalam kem dengan aku selama 3bulan tu kan..hahaha bayangkan ayah masuk kem PLKN ..adoiyai .. i can' t imaging it !!  Mama pulak jadi komandan masa kawad  ?!! Hahaha melampau bayangan aku ni . Dan bila kali family nak gerak balik , pastinya airmata  awek ganas aku tumpah . perh  aku bukan mudah nak nangis sebenarnya doe . sayang oi airmata ni  ..hahaha  tapi akhirnya terjebak jugak nangis teresak2 ..

Lepas keluar dari kem ,aku ngadap pulak kemelut  cinta ala-ala cinta  tangkap muat pulak . Keperempuanan aku tercabar bila orang yg katanya sayang aku , sanggup tunggu aku ,rupanya ada affair dengan perempuan lain  . aku nyesal ? Tak ..aku tak pernah nyesal jumpa dia . Aku just terkilan bila dia anggap , aku hanyalah cinta percubaan untuknya . Dan lagi menyayat hati aku , perempuan  cantik manja yang baru dipujanya itu hanya pandang wang dia je ,bukan ketulusan cintanya . Serius aku sedih sangat masa tu ,tapi aku nak buat macamana ,sedang dia pun dah buang aku jejauh dari dunia dia . aku pergi dengan senyuman je lah..

Akhirnya aku bawak diri ke kota singa . Yep ..berkerja part time di salah sebuah syarikat telekomunikasi di Singapura . gaji yang lumayan dah berjaya  buat aku mimpikan sebuah motosikal Kawasaki Ninja  jadi  buruan nafsu .masa tu aku tak pandang manusia bernama LELAKI ..pandang lelaki pun aku tak stim dah ..asyik motor !! Motor !! Dan motor !! Hahahaha .lagi2 abang sepupu aku ,yg aku panggil  along ada sebiji kawasaki ninja ,aku dah melting giler doe ..hahahaa bila free, tiap hari minggu aku  melenjan motor dia untuk cari ilham .. haish ilham apa je aku nikan ..huuuu ilham peminat tayar dua la beb ..hahaha

Tengah sedap aku kumpul duit partime nak beli motor , 1 jun 2015 . aku dikejutkan dengan panggilan kecemasan yang mengatakan kakak aku , cuma dia sorang2nya kakak aku  dunia akhirat ,telah pergi untuk selamanya . Masatu  jam 2 am , aku yang baru nak masuk mimpi lepas balik dari kerja shif petang , hampir je pengsan !blank !! Tanpa fikir panjang ,aku dan family makcik bergegas pulang ke JB.. jam tu jugak kami gerak .

Pagitu ..lepas jenazah akak dikebumikan..aku sedar yg aku dah kena jadi anak mama yg kena ambil semua tanggungjawab yang selama ni akak aku pikul . Thanks kak .. lepas akak pergi ,orang rasa orang dah jadi seorang anak mama dan seorang kakak kepada adik E . Thanks to Allah too sebab beri aku jalan yg selama ni aku tak nampak .  Biarpun aku kehilangan satu2nya kakak yg aku ada .  Tapi aku tau , semua perancangan Allah ini , ada hikmahnya . Aku redha ..

1 julai  2015 aku berjaya  jadi salah sorang pelajar di sebuah kolej  kejururawatan di Pulau Pinang .  Ketika hati aku sedang merindukan aruah akak , aku kena pikul 1 lagi tanggungjawab besar ,iaitu seorang pelajar . Bukan mudah sebenarnya beb .  Aku yg tak pernah duduk dihostel , tak pernah terperap dalam bilik lepas waktu kelas , yg aku reti , selalu lepak shopping kompleks ,akhirnya  berada dalam tembok kolej yg aku rasa bagaikan penjara buat gadis2 comel  macam aku  . Serius doe bulan pertama ,dunia aku penuh dengan tekanan dalam kolej tu . perhh ..kalau bukan kenangkan amanah akak suruh aku sambung  study , aku takkan ambil pilihan ni . akhirnya aku akur jugak ,nilah tanggungjawab yg aku kena hadap ! Ok ..go on mia !!! Dan pada satu hari tu ...

Jap lah ..sambung post lagi satu k .. tak muat pulak ruang tab ni ..hahaha nanti aku sambung  .. daaa ...~~

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx