PERJALANAN AKU TERHENTI




Hidup ..
Awalnya kau akan jumpa dunia kecilmu .
Bermanja dengan mama dan ayah
Bergurau senda bersama  adik  beradik
Bermain dengan rakan tanpa kenal erti letih
Pertengahannya akan rasa tiap detik adalah  kebebasan
Katanya remaja cuma  sekali
Setiap masa hanyalah bersuka ria  dan gelak tawa
Idamkan cinta pada yg sudi
Idamkan  kasih sayang yg kadang sangat pelik dan ngeri
Idamkan percubaan demi percubaan hakiki
Ketika masa kian hampir..
Bukan dikira pada awalnya ,
Bukan juga pada pertengahan mahu pun akhirnya.
Pada singkatnya masa yg dipinjamkan
Akan tiba jua malaikat maut menghampiri
Dan ketika itu baru terlintas dibenak minda
Kenapa aku abaikan tiap detik yg Allah beri padaku
Aku lupa ucap syukur
Aku lupa ucap terima kasih Allah
Aku lupa antara nikmat ,aku jadikannya dosa
Aku berdosa ya Allah
Aku berdosa atas nikmat yang kau izinkan hadir dalam duniaku
Akulah manusia paling tidak berterima kasih selama ini
Kerana  aku hanya tau mengharap tetapi malas nak bersyukur.
Allah ... maafkan aku ..
Untuk perjalanan aku yg kian singkat
Ya Allah ..maafkan aku ~





Comments