SUSPEND 1



Aku nak throw back kisah malam minggu yang lalu beb . Nak kata cerita lawak ,tak jugak ,nak kata sedih , taklah sedih mana ,nak kata  cerita seram ,taklah suspend mana. Tapi kira boleh la aku menang award kalau masuk anugerah skrin !


Bila call Fatin lepas dia balik kerja .masatu dalam jam 2 petang , dia cakap dia ontheway ke rumah aku. Aku pun siap-siaplah tunggu dia . Tak sampai setengah jam dia pun sampai. Aku cakap lepak rumah kau jelah beb . Rumah aku ramai orang . Family aku dari Singapura dan Muar datang bertandang . Diaorang habiskan cuti week end kat rumah aku , sebab semata -mata nak round shopping kompleks yang merata -rata kat bandaraya Johor Bahru ni.  Mentang-mentang la dolar Singapura lebih besar dari RM ..ermm kerek sey diaorang .


K..lepas Fatin ambil aku , aku ,fatin dan Dila adik fatin pun lepaklah port biasa kami. Kat buaian besi milik family fatin . Kat situlah aku melayan perasaan . Mengadu apa yg terbuku dalam jiwa aku selama ni. Fatin dan Dila adalah orang yg dah biasa jadi pendengar setia aku selamani. Selepas akak pergi , merekalah tempat aku melepaskan semua rasa . Nasiblah mereka tu semua rajin melayan .erm kalau tak , aku tak tau nak lepaskan perasaan kat siapa .

Lepas puas aku  bazirkan airmata sebab jadi mangsa gammer tu , lepas mata aku sembab , lepas puas aku mengadu kat kedua beradik tu . Fatin suruh aku rehat dlm bilik dia .  Dia cakap aku perlu rest . Nanti petang dia kejut kan dan hantar aku balik rumah. Aku ,Fatin , Dila akhirnya dibuai mimpi sesama .

Mimpi kami terhenti bila hp aku digegar dengan panggilan dari mama . Fatin jawab . Dia kata ' mia kat toilet aunty , kejap lagi keluar , saya beritahu dia '

Rupanya mama call suruh aku balik sebab aku keluar dah lama sangat katanya .  Lepas cuci muka , aku  pun siap nak balik . Yep Fatin yg hantar . Sampai rumah , semua family aku  melepak depan tv , ada yang keletihan sebab baru balik dari JPO , ada yang sedang sembang , ada yang layan hp , mama , nenek kat dapur .

Aku masuk bilik air nak solat asar , tapi Allah.. bendera jepon !! K..haram solat . then ambik air maneral 1 botol terus masuk bilik . Kepala aku rasa berat sangat ,mungkin terganggu tidur petang tadi kat bilik Fatin.  Atau nama lain ,tidur tak puas la ni..erm macam baby pulak.. adik E entah ghaib kemana . Aku dah tak ambil pusing dah sebab kepala aku pun rasa pusing . Bukak kotak ubat , cari pain killer , dengan kepala yang macam nak pecah aku keluarkan semua ubat . Terabur pulak kat lantai..ahh gasak ah . Aku pilih ubat sakit kepala yang biasa aku ambil ,yg jatuh bercampur kat lantai . Pilnya warna hijau cerah gitu . Aku telan 2 biji sekali gus .  aku baring sekejap ,niat nya lepas tu aku nak mandi tapi bilik air 3-3 full . orang sedang guna . K ..tunggu ..

Tak sampai 10 minit aku rasa melayang2. Nak bangun pun macam nak jatuh . Kepala aku dah ringan gila . Perh high doe ..pehal pulak ??? Lepas tu aku lupa apa jadi kat aku .

Sampai jam 1 am ..aku sedar aku dah kat ICU . Mama, ayah ,Fatin ,abang sepupu aku ada tunggu . Mama nangis , nenek nangis , ayah pandang aku dengan mata sayu..Aku tengok muka Fatin . Dia pandang aku tajam sambil buat isyarat mata seperti bertanya..

" ko pehal beb? "

Aku jawab entah ..




Nak tau ceritanya lagi..nanti aku sambung .. aku letih doe naip ..kau ingat aku robot ?






Comments