TABIAT BARU AKU


Asalamualaikum

Bosan sey harini. Housemate semua keluar entah kemana. Shopping makanan kot.entah la aku tak tahu sebab aku kan baru je bangun tidur. sejak kebelakangan ni tidur adalah rutin aku tiap lepas balik kelas. Adoiyai bila dah tidur siang . Malam aku jadi burung hantu. Jawabnya jadual study jam 4 pagi dah lari dah dari list. Masya allah makin teruk aku sekarang ni . Aku ada masaalah ?  Takdelah.. aku tidur bila aku letih berfikir . Tu je alasan yang mampu aku beri setakat ni .

Roomate aku pun dah mula bising bila dia mula nak bangun 4 am untuk study . Aku pulak baru nak pejam mata untuk cari mimpi . Lepas tu jam 6 am aku dah mula bangun nak solat berjamaah dengan dia. Sorry kak Siti  . Aku memang celaru sekarang ni. Banyak sangat hal aku nak fikir.  sebelum ni aku tenang je kat sini . Cuma lepas called mama haritu , siyes aku dah macam orang tak betul . Kalau orang cakap aku giler pun aku terima .





Laman sosial aku dah tak aktif sangat .follower aku yang  dari Subang jaya tu pun dah unfollow aku kat twitter semata-mata sebab aku tak aktif  twitter lagi hihi memamg gitu ek, kalau janji nak sembang then tak sembang makanya unfollow? Lantak la.kisah pulak aku. Fb? Lepas abang ustaz add fb aku ..arh aku dah buntu tak tau nak buat apa kat fb tu . Aku up status pun dia tak selesa . Hahaha ambil jalan pintas .logout fb!! Settle √

Harini aku cuti . aku free 500% but harini aku nak rest kan minda dari pada online . Just merepek kat blog pun cukup la.  Kenapa? Entah la.. Aku macam nak je balik dengan gaya hidup aku dulu- dulu . Dulu kan aku memang tak minat nak jadikan hanphone sebagai kawan . aku lebih suka berinteraksi dengan dunia realiti yang lebih natural dan menenangkan ni . Handphone ada ke takda , aku tak kisah pun dulu-dulu . Kadang handphone letak mana pun aku tak perasan . Nasib tak  simpan dalam peti ais .

K lah ..nak  pergi makan kejap . Bila sedih , makan adalah penyelesaian aku sekarang ni. entahlah nakkk ..badan tak besar jugak..erm rindu pula pada dia yang dah makin sepi ..  dimanakah dikau  kasih .. *sebak*


Comments