AKU SALAH SORANG PENGAMAL LGBT ?



Mereka minoriti
Mereka nak hak mereka
Mereka rasa tersisih
Apa kata anda?


Ok..aku jumpa soalan tu  dari page JAKIM. untuk pengetahuan  korang  aku , Fibo ,Jojie  dan Locca antara  manusia  yang terjebak dalam kencah ini . korang jugak mesti nak tahu kenapa  sejak beberapa kebelakangan ni  manusia makin hilang pertimbangan dalam menuju hala tuju hidup mereka . Mereka memang nak hak mereka. Sebab  hanya spisis macam merek je paham apa yang mereka  nak dalam hidup ni. Mereka buat perkara salah pun mereka anggap semua ni betul.  Nak salahkan siapa ?  sebenarnya masyarakat sekeliling kena ambil job jugak. Sebab dengan pengaruh sekitar , benda yang tidak sihat ni makin menular sampaikan ada yang merestui kehadiran mereka dalam kelompok dunia .

Mari aku berkongsi dengan korang .  Aku dan semua kawan aku terjebak pada 2 tahun  yang  lepas . Masa tu aku baru habis PMR . tingkatan 4 adalah  tahun bulan madu kan ,  so peluang yg ini aku gunakan untuk melepak , enjoy  dan berpeleseran  di shopping kompleks area bandar  JB.  Fun ! Yep  every second we need fun ! punca?

Serius aku cakap - lepas mama and ayah dapat anak no 3 mereka  ( adik E ) aku memang  jauh dari my parent tu. Ayah  asik dengan kerja  - keluar pagi balik malam - kadang tak balik sebab outstation .  Reason ?? Nak cari duit lebih . Mama pulak 24-7 dok belek baby , sampai dah besar pun , lalat terbang sebelah dik E pun , lalat tu kena marah . Betapa care nya mama dengan dik E .

Aku ? cakap sikit kena marah . Buat silap sikit kena tengking , kena hukum dengan mama. Aku ada ke takda kat rumah mama tak kisah dah . Asalkan  mama tau , aku masih hidup. Aku keluar dengan siapa , pergi dengan siapa , memang mama tak peduli dah. Maybe she trust me so much . But aku tak nak macam tu. Kalau ye pun percaya aku , jangan abaikan aku . Aku nak juga dibelai mama, di cium sebelum masuk tidur. Didengari tiap permasaalahan.  Bukan hari-hari tapi sekali sekala pun dah tenang dah hati ni. Apa aku dapat ? Nothing  guys ..nothing ..

Pada mama..duit belanja sekolah yang rm 10 sehari tu boleh aku tenang. Duit  shopping  yang  dihulur  rm 200/300 sekali keluar tu boleh buat aku happy? mama silap. Semua tu sebenarnya membunuh  aku dan perasaan aku !  Dengan duit tu aku cari kawan yang lebih kurang nasib dengan aku. *budak kurang kasih sayang* dan akhirnya aku jumpa Fibo .

Fibo perempuan yang nak jadi lelaki . Dalam istilah lain Pengkid . aku suka pengkid ?? Asalnya  aku just suka dan berani bergaul dengan perempuan saja. Tak terfikir nak sangkut dengan pengkid bagai . Lessbie pun aku terjebak bila ramai gadis comel manja dah berhenti nak ambil peduli pasal  lelaki . Pada mereka lelaki ni kalau tak menjahanamkan perempuan , memang tak sah hidup . Dan aku yang baru putus cinta monyet masa tu , akhirnya masuk jugak dlm kelompok mereka. Enjoy ??? Sangat enjoy .

Tapi alhamdulillah dengan nasihat dan bimbingan aruah kak Lyen kat kami , akhirnya satu persatu kawan-kawan aku kembali kepangkal jalan.. termasuklah aku dan Fibo ( Fatin ) dan bila dah insaf .. sekali lagi aku diperlekehkan oleh lelaki .. Apa tindakakn aku kali ni ??..  korang ikut je perkembangan aku dalam blog ni sampai aku dah tak boleh menaip .. atau dalam bahasa sekolah.. * sudah meninggal dunia ..


Salam sejahtera keatas kamu..

Comments