Skip to main content

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT




Guys..aku kongsikan kat korang  something  ni ..jom baca then fikir elok- elok k ..

*CATATAN DARI SEORANG SAHABAT, BUAT PERINGATAN BERSAMA*


Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya. Dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu, ketika saya ingin meminta diri untuk balik. Air matanya tergenang. Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,

"Jika hang tidak nampak aku di syurga, tanyalah Allah di mana aku. Tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. saya membisikkan, "Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon kpd hang jika sebaliknya hang tidak nampak aku disyurga. "Kami menangis bersama, entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya. Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis, "Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku, "Wahai tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga.


"Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis; "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka mereka pun bertanya kepada Allah, "Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami.. "maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)


Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat dgn sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat, berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan, berjuang untuk tegakkan agama.


Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, selalu berpesan dgn kebenaran. Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman berkonvoi, tayang motor dan kereta hebat, teman fb utk bercerita makan apa hari ni, teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.


Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita disyurga. Semaklah pada diri kita, apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.
Ayuh bertindak, kurangkan masa dgn teman yg pada garis dunia, carilah teman dan kawan dgn mereka yg akan mencari kita disyurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah, pelbagaikanlah usaha dan harapan, moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga.


Al-Hasan Al-Bashri berkata “Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”. Pejam mata, carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga, jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.


Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga, memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri, bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya. Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?
Moga menjadi sebuah peringatan bermanfaat. Wallahua'lam..

Salam sejahtera keatas kamu..

Copypaste dari seorang sahabat untuk sahabatnya  di facebook.
Aku?? Seorang hamba yang lemah  lagi hina .. :'(

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx