FIBO A.K.A FATIN



Guys .. lama dah sebenarnya aku tak chat dengan perempuan hahaha jujur sey. Lepas aku pm emak siber aku ,then shes tak balas . Aku malas dah nak pm sesapa lagi . Merajuk orang tua ,payah nak pujuk lah hahaha takpa aku tunggu je lagi.

Dalam tunggu punya tunggu , malam tadi  2 orang girlfriend from Rawang  pm aku. Peh seronok lah jugak sebab  aku memang tengah pishang time tu . Dua gadis tu sebenarnya cari  " kak Fatin " a.k.a  FIBO aku tu lah . Husna dan Aida ..dua2 awek ni dah rindu giler kat Fibo katanya . Aku tak tau nak explain apa kat dia orang guys ,sebab aku pun lost contact dengan Fibo dah nak sebulan dah ni. Ermm..sebak ..






Aku cuba  tenangkan hati dua aweks tu ,aku cakap ,jangan risau ,nanti akak balik Johor akak cari info pasal Fibo . Itulah guys ..kalau aku cerita sebelum ni ,mesti ada yang cakap aku lessbie lah ,aku kaki perempuan lah , aku songsanglah. Tapi guys ,siapa yang dah kenal siapa tu Fibo aku ,mesti korang akan sayang dan suka dengan dia . Tak kira apa jenis gurau dia,perangai baik buruk dia ,maki orang ,bahan orang ,Fibo still the number one guys .
Dia jujur kalau tegur orang ,sambil buat lawak bodoh sebenarnya dia sedang marah , sambil marah dia boleh buat orang gelak , sambil gelak dia boleh buat orang menangis guys.. . Dia tak reti berkias,orang  bodoh pun boleh paham ayat dia. Biarpun kadang tu ayat dia buat orang marah ,kecil hati or timbul rasa bersalah ,tapi akhirnya mesti korang akan kata  ..." aaaa betul jugak Fatin ni cakap"..

Hanya korang yang pernah chat dengan dia je akan sokong kata2 aku ni ,kan? Pernah dulu Fibo marah aku bila  asyik gaduh je dengan kesayangan .bhahaha dia cakap ..

" apa ke bangang lah kau ni beb ,orang bercinta happy2,kau ni asik nak meleleh je aku tengok ,  aku cakap lama dah,kalau tak reti bercinta baik putuskan je,kau degil . Aku nampak kau nangis lagi depan aku,aku terajang kau nanti aaa "

Korang tengok lah bahasa dia, ayat dia dah buat aku makin frust. Bukan je dengan kesayangan aku ,malah dengan dia pulaknya. Addoiiyai sabo je lah

Aku jawab .. " bia lah aku nak meleleh pun ,bukan air mata kau, aaa.."

Apa Fibo jawab? "Aku geli doe kau nangis ,nanti air mata, air hidung ,air mulut ,air telinga  kau tu semua nanti keluar. "


Bhahahahah ..siut minah ni !! Aku tumbok bahu pejal dia yang padu ,maklum lah kan awek pergi gym.. hahahaha

Guys.. tiap perbualan kita dengan sesaorang yang jauh ,jika kita ikhlas ,sampai bila2 orang akan kenang. Biar pun ayat makan dalam , tapi  semua tu lah yang buat korang tercari2 kita.


AlFatihah buat Fibo walau dimana beliau berada , sumpah guys ,aku rindu dia malam tadi.  sebab  ,bila aku bosan or takda kawan nak ceritakan masaalah ,dia lah tempat sasaran pertama aku tuju , tapi sekarang tak lagi. Sekarang  bila aku ada problem , aku  tenung siling bilik ,tengok cicak kawin ..hahahaha mace hare perangai guys,jangan ikut ea !! Haish...



Tunggu azan isyak ..


Selamat sejahtera keatas kamu ..

Comments