Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

TRICK LAPOK

Guys ..
Kalau aku cakap lelaki ni pelik ,maybe ramai yang akan marah . Tapi kalau nak tau semalam ada sorang lelaki pm aku kat fb ,mulanya dia tanya elok je bagi salam bagai. Then cakap ,aku ni pelukis ke sebab  timeline fb aku memang banyak pic anime. Dia tak kenal aku lagi kan. Dia cakap aku pelukis kartun ..aa okla kartun pun kartun la guys  tapi kalau aku pakar dlm melukis pun ,perlu ke aku mengaku ? Hahaha no,no and no !!

Guys ..
hamba Allah ni aku tak tau pun asal usul dia , bukan friendlist  fb pun ,bukan kawan merempit dulu - dulu pun ,bukan kawan wechat ,bukan kawan duduk satu taman , dan memang bukan kawan la senang cakap.

Then dia tanya aku , Damia ni lelaki ke perempuan , sebab ayat  chat aku ajet -ajet ayat lelaki . Giler !  Takkan dengan orang yang aku tak kenal,aku nak bagi ayat daring ???  Aku belum hilang akal lagi la guys . Entah siapa-siapa je dia tu .  But aku ngaku la  yang aku ni perempuan sebab dah memang aku  ori punya perempuan kan,takkan nak ngaku lelaki . A…

NEED MORE REST

You need more rest ,
You need more sleep ,
Dont push yourself too hard ,
its hurt yourself too

Ahha gitu la lebih kurang ayat doktor Syed Al Qhaidir  yang  rawat aku tadi . Lepas  breakfast jam 8.30 am ,kepala aku macam nk pecah guys . Nak kata silap makan ,takda pulak . Makanan yang ku ambil sama je tiap hari . Roti with  curry . Memang pun makanan kegemaran aku  sejak lahir lagi . Celik mata je ,mama dah suap roti cicah kari .


Hahahaha korang kena  tipuuuu !!

Oook dok !!  I memang tak tidur malam tadi ,  sleep sleep chicken je hahahaha bila bahasa malaysia  aku cuba B.l kan  , namjahanam !! Ahh akhirnya aku dapat lagi ubat tahan sakit ,ubat tidur ,ubat rehatkan urat. Then aku lupa berapa jam aku dah tertidur tadi . Ermm macam baru satu jam hahahaha roomate kejutkan aku deh .. sebab ?? Dia cakap ,bangun la ,dah masuk waktu zohor , bangun untuk solat , ahaaaa dia takut aku tidur tak bangun-bangun pulak guys  . Sebab  dia cakap aku tidur macam orang mati ,tak gerak-gerak . Dia risau .…

KAWAN PADA AKU

Kalau org tanya siapa KAWAN  kau . Firstly aku akan jawab  , orang yg bukan  mama and ayah aku but when aku perlukan dia,  dia memang ada . Dia bukan aku cari bila aku susah . Dia bukan mahlok tuhan yang kerap aku kikis RM nya , tenaga keringatnya tanpa kenal erti belas kasihan . Dia tegur aku bila aku lalai , dia tarik tangan aku bila aku ditolak kegaung paling dalam dlm dunia aku sendiri . Dia akan sebak  bila aku cerita kisah sedih aku dan dia akan gelak tipu bila aku cakap aku bahagia .

KAWAN adalah orang yg kuat menipu aku bila aku sedih . Kononnya dia ada . Dia tgh happy ..  dia tengah bahagia , dia pun nak aku feel bahagia yg sama , padahal dia pun menitiskan air mata saat aku merintih kesedihan dipinggir telinganya . KAWAN aku selalu ada utk aku menumpang kasih sayang , utk aku menumpang bermanja , menumpang cerita suka duka dan dia juga yang menumpangkan aku  naik keretanya  bila hari hujan . Bila kau tanya lagi , aku ke  kawan kau beb? Aku akan jawab , aku tak nak jadi kawan…

MAMAI

Guys ..sebenarnya aku tak boleh tidur .  Tunggu email beralih tangan kepada aku sekarang ni biarpun roomate dah janji nak tolong savekan . Laman sosial dah lama aku logout . Malas nak ganggu diaorang tidur . Padahal tadi mata ni mamai giler dah tapi bila hati mula tersentuh , air mata tetiba turun ,  Now  4 .30 am  dan semua dah settle ! Nak tidur ? Tak perlu kot sebab kejap lagi  suara pak bilal kedengaran . Dan ada  tanggungjawab yg perlu aku lunaskan .


Airmata .. tolong berhenti  :')

PEMILIK JIWA

Kepayahan itu bukan sakit atau kecederaan minda  tetapi kepayahan itu penguat daya saing bagi diri orang yg sering mencari jln untuk maju kan dirinya dari hari  ke sehari  . Kepayahan bagi aku ialah bila kau tiada ..tenanglah wahai  pemilik jiwa , kenangkan dosa semalam dan hapuskannya dgn amal dan takwa. Biar nampak jahat , asal kita tau apa jahatnya kita .☺



Mia   Zarra  , 19.9.2015  ,Wechat*

MATAHARI

Its not easy to be a perfact  lover . Aku Kena tahan pada tiap yang dihadap . Tiap detik , tiap saat , tiap nafas adalah rindu yg takkan pernah bertarikh luput . Menjadi orang paling mengalah itu buat aku kalah pada jiwa dan hamba keadaan . Merosakkan naluri hitam bukan kaedah mantap seorang kekasih yang menyintai kekasihnya separuh mati ..
matahari .. jadilah peneman aku yang setia .. please , i'm waiting for u ☺dear.


Petikan jiwa Mia Zara  bertarikh  19 september 2015 08:31pm wechat*

BENDA SIMPLE

Morning !

6am waktu Malaya  , 1 am waktu  aku ! Not bad . Lari 5 jam tu dah berjaya , larikan timing aku dengan everyone out there . Dengan mama dan ayah yg kat JB . Dengan nenek dan abang Deen kat Muar . Dengan semua orang yang aku selalu lepak bila free . Now bila aku free ,mereka tidur. Bila aku pergi class , mereka dah nak balik kerja , then bila aku ajak breakfast , diaorang dah nak  makan malam ..eh  nipu je ni *  diaorang dah nak lunch la.

Guys bila kita sering ditipu atau tertipu . Korang rasa untuk  kata janji kedua atau ketiga kali tu ,korang akan percaya tak ek ?  Kalau aku memang taklah . Cukup 2,3 kali aku ditipu , kemudian untuk kelain kalinya aku akan lebih elert dengan si penipu . Biarpun aku akan jawab ..

"Oooh ..ok, aku paham masaalah kau , aku tak kisah pun doe , aku da biase kena camni"

Ahhaaa guys ..bila ayat "dah biase" kena mcm ni aku terkeluar , hati-hatilah guys , tu tanda karpet  hambar dah mula menyelubungi jiwa dan minda aku . Masa tu h…

DURING APRIL

6 pm guys..aku melepak bilik dah sejam ,lagi 2 jam sambung class malam. Mamai sey .biji mata dah berpinar - pinar . Kepala dah berdenyut - denyut ,but class malam tetap kena terjah . Mid april ada test . Peh .. kering otak siakk..

Someone pesan  pagi tadi ,jangan degil ,jangan lupa makan ubat ,sebab kalau aku sakit, dah takda siapa nak nengok aku kat sini . Mama jauh ,ayah jauh , dia pun jauh . Ok k , kali ni guys ,aku try layan sakit aku tanpa ubat - ubatan hasil dari bahan kimia yg doktor bagitu . Aku nak cuba baik pulih penyakit aku ni dengan  bacaan al -Quran , selawat dan zikir-zikir  dan  minum banyak air masak . Guys ,  doakan  sakit aku cepat sembuh  k . Aku nak , kalau  dapat la kan , aku nak jawab semua soalan test aku pada april nanti dengan jawapan yg tepat dan cemerlang . In sya allah..aamiin ~

Bilaaaaaa..
Bila april ..
Aku menantimu ..


Hihihihi sempat pulak nyanyi lagi tuuu.. kikiki  siut  jek ! Jom rest minda guys.

Selamat sejahtera  keatas kamu .

ANIME AND ME

Hi guys ..sejak kebelakangan ni * tengok pic atas tu * google plus aku agak busy ,tiap minit masuk je  message  , kalau dulu ? Haremm ..paling rajin pun Ayeen je la send message ,but tu dulu ,bukan sekarang . Mana Ayeen ? Sedang bermimpi barangkali . Ermm .. Entah aaa ,nothing to share  ..

Kawan2 baru aku memang meriah ,peramah dan rajin !! Mereka kebanyakkan  budak Jepun , Brazil dan Australia , tak lupa jugak Malaysia dan China. Tapi minat mereka  sama , thats Anime !! Arghh sudaaaa..aku terjebak siutt ... huh  !!

Tiap hari ada je group  yang  dia orang invite aku . Aku terima ?? Ahh layannnn. Bedal je  guys , asalkan semuanya mula disitu dan habis disitu . Jangan nak melebih2 sudaa... tu cara aku guys ,aku akan join je kawan2 siber ni ,but jangan over  ! kalau over??  Button block kan ada hahahaha

Apa function aku join  diaorang??? Hahahaha biar aku je tahu . Apa yang korang perlu tahu , majoriti umur diaorang standard adik2 je dengan aku  ,18,15,16,  hahahaha addoiiyaii what the…

MELEPASKAN

Morning guys !

Its 8  o'clock  inthe morning ! But ada orang cakap , kami dah nak lunch dah Mia . oooh ,itu suara budak Malaya la tu !! Kikikih .

Happy lunch dear !


Guys  .. melepaskan rindu di jiwa tak sama dengan melepaskan batuk ditangga. Kalau melepaskan batuk tu ,maknanya buat asal boleh je  , tapi bila melepaskan rindu dijiwa ,kalau boleh semua nak all out la guys . semua nak dicakap , semua nak dicerita ,semua nak di bagi ..aa hihihih tapi kalau melepaskan pada jarak ratusan kilometer ?? Lu fikirlah sendiri ,bagaimana siksanya .  Paling sedih  bila orang yang dicari takda . Addoiiyai.. kena cari orang lain ke apa ni ??  


 Hihihi .. takde la gurau je   ^^   .. oK la , nak siap-siap  dah ni , lagi 2 jam nak masuk  class . Harini class lambat start , tu yang dapat menyanyah kejap tu ..haishh..


Selamat sejahtera keatas kamu ..

AKU TEKAD DAN NEKAD

Hi guys ..

5 petang disini . Kalau korang baca  kata nasihat kat gambar atas tu ,  itulah antara kata  nasihat someone  yang memang sayangkan aku katanya. Siapa dia , better korang tak perlu tau la guys , sebab aku  bukan boleh nikah pun dengan dia  hahahaha so tak perlu nak jeles bagai ok .

Never give up on something u really want*

Ofkos ! Sejak dunia aku berubah , semuanya turut sama berubah guys. Dulu bila aku nak kan sesuatu , aku cuma fikir , ala .. ada rezeki dapatlah , takda sudah ! Tanpa aku berusaha ,tanpa aku bersusah payah berfikir untuk dapatkannya. Pada aku buat apa bersungguh , kalau bukan rezeki ,tak ke letih nanti ? Inilah pemikiran budak baru nak up guys. Dia malas!

But nowday , bila kata aku mahukan sesuatu ,aku akan pastikan  dipenghujung garisan nanti ,aku akan dapatkannya jugak! Apa tekad aku ? Yep ,aku kena nekad !!

Paham  maksud nekad dan tekad ?  Pergi check  kamus dewan bahasa korang . Tahu maksud  kidung? Kudus ?  Hahahaha sampai sekarang  ,aku masih tak dap…

MENYANYAH KEJAP

Yezza break time .

Rindu tak dengan  idea merepek aku guys? Sorry la , aku  dah sangat2  busy sekarang ni , but bila beberapa insan bertanyakan kenapa blog bunyi cengkerik , ok la , aku naip la sikit2 ea .

Minggu busy aku bermula sejak minggu lepas , siang malam lepak class , ngadap lects ,ngadap ustaz dan ustazah . Ngadap p.c , ngadap  nota2 , ngadap  buku rujukan yang bermacam2  jenis dan size .

Pagi class start 8:30 am  to 10:30 am

Kadang lepas tu free ,kadang sambung class sampai zohor.

Lepas break lunch  ,  class sambung dari jam 3:00 pm  to 5:00 pm

Then balik la bilik golek2  legakan minda yang sudah diperah seharian.

Malam ,lepas  maghrib  ada class lagi 8: 30 pm  to 10:30 pm

Kalau lect busy or ada hal ,class berjalan just 1 hour .

Yezzaa hahahaha  , tapi bukan selalu  saat indah itu berlaku guys ..ermm

Then  lepas balik class malam ,aku dah lemau sey . Kadang  bukak je message dari  orang  tersayang , tapi nak reply memang dah tak mampu . Mata ,badan ,minda ,semuanya  weak doe. Peh ..i…

ROOMATE

Harini aku breakfast jam 8.30 am  !!

Roomate aku yang  baru masuk bilik ada  belanja aku roti nan  versi arab  . Aku tanya  mana dia dapat kedai roti nan  tu ? Dengan selamber dia cakap ..

" Kawe  g pasa siti  kadijoh  tadi ,  hat situ  ah kawe beli untuk mu , mu make deh , sedak gok roti dio , raso mace dok puah make 2 keping !"

"Aaa.. mu.. pasa siti kadijoh korok mu , hahahaha  peruk tempayan mu nim  , make tuan yang buak  roti tu pum ,mu tak cukup hok kali "

 hahahaha saja aa aku sakat roomate !!

Guys... kalau aku salah  guna  gaya bahasa kelate atas tu , korang jangan gelakkan aku aa guys , aku kan jawa Johor , mana lah aku  paham dia kecek kelate tu . Sikit2 paham la , tapi 100% betul tu , tidak la  kot.

Ook .. jelas sekali ,roomate baru aku gewe kelate . Syukur alhamdulillah . Aku fikir aku dapat  roomate dari  luar negara ,sebab  kalau ikutkan senarai ,aku dapat roomate budak Turki . But disebabkan Turki dilanda musibah , semua aktiviti telah di tangguhkan.

TEAM BARU

Cuti guys !
Mata pedih -pedih sebab ngadap  skrin laptop dari jam 4 am  pagi tadi. Addoiyai line  tenet yang tenat dah buat kerja aku  tertangguh . Dah la bangun lambat . Hahahaha selalu jam 3 am  or 3.30am , dah celik besar dah biji mata ni  . Serius  guys  , sejak class  aku dah mula ,masa aku sangat padat , mampat , ketat , sendat , ahh segala yang sempit tu la senang cakap . Bila je aku free ??? Ahha  bila class cancel  !! Tapi bukan selalu pun class cancel doe bhahahaha kira nasib-nasib je lah kalau ada  pun .

So apa je aku buat bila class cancel ??
Aaaaa .. selain sakat orang kat  laman sosial , aku ada satu lagi port baik punya . Yang ni memang awesome  sikit guys . ahli dia je dah 53K . Apa function join ?? Apa benda yang aku join ? Hahahahaha tengok atas tu lah . 








 And now , aku dah jadi kawan kepada budak-budak animasi diseluruh dunia  melalui akaun google plus aku ni . Seronok ?  Hahahahaha ofkoslah sebab diaorang ni otak semua otak katun guys . Bhahahahaha lurus bendul  se…

MAKE YOURSELF PROUD

Morning guys .. its  5.16 in the morning, dan aku masih  kat bilik hostel . Kejap lagi azan subuh  berkumandang and beberapa jam lagi aku dah mulakan class .  doakan semua  berjalan lancar ea guyssss..

Permulaan pembelajaran  yang  buat aku sikit gelisah ,resah dan sikit  dupdap kerana tiada bahasa Malaysia diguna pakai diclass ini nanti  . But don't worry  , lepas ni aku make sure ,semua akan  berjalan dengan  lancar . Sampai ke hujung  tahun seperti mana yang telah dirancangkan . Lepas tu dah boleh balik Johor  ,dan request  calon menantu buat mama dan ayah . Ehhh .. hahahaha lepas habis study , carilah kerja  dulu . Kalau tak kerja macamana  nak masuk minang anak bujang orang kan guys ?? Kawen bukan  cuma untuk sehari dua , itu kerjaya sampai mati kot,insya allah kalau ada jodoh..

Ma... nak kawen ..:'(

Eh !!?  Bhahahaha  Alamak !!

Oii mia ,kau perli aku ke beb ???

Hahahahha opsss sorryyy.. senanya pishang aa guys ,duduk sini takada bf  ..eaaaah ?!! Bhahahahah nak study ke nak m…

MA ... NAK KAWEN

Hi guys ..

Kat sini 9.00 pagi , tapi kalau kat malaya sure dah jam 2.00 petang kan ? Sebabnya  jam  kat gadjet aku masih  ikut  waktu Kuala Lumpur .   So korang dah boleh agak dah kan aku dimana . pagi ni aku free  tapi  lagi 3 jam dah busy kot ,sebab ada program .






Tadi lepas breakfast , aku sempat called mama . Masa tu mama tengah busy urus budak ditaska .


Aku  : hello ma ,assalamuaalaikum

Mama : ye ..waalaikumsalam ,  awak kat mana tu ?

Aku  :  bilik ma ,baru masuk bilik ,tadi  pergi breakfast kat cafe.

Mama : oh , roomate  dah ada ?

Aku : belum , katanya esok ada  pelajar dari Turki nak daftar 3 orang ,maybe orang 1 bilik dengan budak Turki tu  kot. Haha namjahnam

Mama :  ohh ..apa pun hati2 ,jaga diri ,  jaga maruah kat sana  tau.

Aku :  baik  madam !  Hihihi  maaaa ...

Mama :  ye.. kenapa?

Aku  : maaaaa ... hihih

Mama  :  yeeeee ..awak nak cakap apa sebenarnya niii ..

Aku  :  maaa .. ermm

Mama  dah hangin  !  hahahaha

Mama : yeee.. cakap jeee.. awak nak apaaaaa .. eee budak ni …

MEREPEK REPEK SI BOSAN

Guys ..takda  cerita best yg aku nak share kali ni . But  kat tempat baru ni ,seriously aku sunyi . Roomate ? Dia ada tapi entah sampainya bila . Malam ni aku turun  dewan  untuk program suai kenal sengsorang la jawabnya . lahaii.. harap sangat ada mamat arab hulur tangan  ajak duduk 1 meja dengan dia malam ni .. hahahahaha gatal siut aku ni !!


Giler nak hulur tangan bagai , macam la aku nak sambut tangan kasar  mamat arabian tu , haish  malu sey ,  bytheway mujur lah kat sini aku  pakai nikab , takdalah malu sangat nak tunjuk mata sepet aku ni hahahaha sepet2 aku pun , nak tau dia punya power speed kalau kat highway ?? Sekali pulas je , 250km dia lari hahahaha 8 laps 13 minit je kalau kat Litar .. hahahaha riak pulakkkk...


Arghhh .. rindu la guys nak tunggang motor .. Ermm dah setahun kot  tak bawak motor aku ni. Bertabahlah duhai hati. ku pujuk hati ini , tanpa mu disisi lagi. Cehhh ..

Bhahahaha geli aa gilerr nak jiwang2 ni !!

Miss u sayanggggg ...


Selamat sejahtera keatas  kamu …

M.I.A

Selamat sejahtera keatas kamu ..

KISAH NYA SI FATIN 2

Onmyway to airport..


Sempat lagi buka tab ..huhuhu data expired petang nanti ,so kena la pakai pulun .  Morning guys. Cuma blog yang mampu aku on setakat ni . Haish jadilah dari takda..hahaha Korang nak aku sambung kisah Fatin lagi tak ek ? Haritu just intro je guys.  Kalau nak aku taip la kejap sementara ada masa 1 jam perjalanan ni.

 Yeaaah ..Fatin a.k.a FIBO !

She is pengkid pencen yang telah berjaya di olah oleh aruah kak Lyen. Back to normal person ,be a cute girl ,bukan lelaki tak jadi ,yang asyik nak merempit kehulu kehilir . Hahaha aku pun terjebak dalam situasi tu sebenarnya guys . Cumanya aku lebih enjoy jadi awek2 manja ,ala2 super girl yang sekali jeling ,24 orang lelaki  cair hahahaha ..pakai  saka ke apa ??? No..no..no.. just pakai minyak dagu. Eh merepek ?!! Hahahah aku masa tu lebih kepada kekasihnya seorang pengkid . Not bad la moment tu. Haish dapat pulak pengkid aku seorang nurse ,memang macam puterilah dia tatangnya aku.  Masa tu juga ,seimbas pun aku tak pandang …

AKU BUKAN UNTUKMU

Selamat malam guys. Ni je yg sempat aku post dlm blog malam ini ,masa pun terlalu padat sekarang ni .. guys..tiap lagu ada ceritanya. Dan lagu Rossa kalini adalah jalan cerita yg telah aku alami sebelum ini ..  Rindu aa gilerr !!  Hahahahaha


Aku bukan untuk mu .. Rossa


Selamat sejahtera keatas kamu ..


KISAHNYA SI FATIN 1

Fatin !

Satu nama yg tak asing lagi dlm dunia reality aku.  Maybe korang pernah baca pasal  keakraban aku dengan Fatin a.k.a FIBO ..

OK guys  , buat pengetahuan korang , Fatin ialah nurse peribadi aruah kak Lyen , then jadi nurse aku pulak ,merangkap kekasih sejenis dan kawan karib dunia akhirat . Hahaha gitulah lebih kurang bagaimana rapatnya aku dengan Fatin /FIBO !

But bila mama suruh aku stay Singapura ,sebab kesihatan aku yang memerlukan penjagaan rapi 24 jam , aku terpaksa berpisah dengan Fatin. Walaupun cuma seberang tambak je kot.  Bila aku dah mula study sambil menerima rawatan ,waktu aku dengan Fatin memang terhad .  Jalan pintas , aku bagi Fatin id wechat milik aruah kak Lyen yg aku panggil id THE LEGEND  - raniaevans -

Yep ,Fatin memang tak layan application macam wechat ,facebook ,telegram,line ,ect . Dia cuma ada whatsapp dan twitter . Kata dia  aku takda idea nak merapu . Hahahaha siut , dia perli aku kaw-kaw doe .

Then bila aku bagi Fatin id legend tu ,  first aku wa…

NASIHAT SI ABILL

Bytheway pic tu bukan dia bagi aku pun ,tapi aku ambil kat favorite gf dia ,jangan marah ea beb !!  hahaha ,apa2 pun ,thanks untuk kata nasihat tu ,sampai mati pun aku akan ingat doe .



Selamat sejahtera keatas kamu ...



P/s .. kepada sesiapa yg nak cari model muka baru , boleh lah pm google plus aku , nanti aku bagi  no whatsapp kawan aku ni  . Hahahaha

BLOG DAN OTAK AKTIF SEMULA

Petang guys... inilah petang khamis yang terakhir aku di negara ini . Lepas ni aku akan merantau lebih jauh . Aku sedar bahawa penghijrahan memang perlu dalam hidup untuk menaik tarafkan jati diri dan usaha. Baik usaha dunia serta akhirat. Aku dah kebal !


Kalau nak sempurna memang payah guys ,tapi jika nak jadi baik itu mudah. Abaikan  segala anasir jahat , banyaklah buat hal yang positif ,insya allah ,kau jadilah orang baik. But one thing korang kena tahu guys, tak semua orang baik itu baik. Maybe dia baik dengan kau,tapi belum tentu dia baik dengan Tuhannya. Maybe dia baik dengan Tuhannya,dengan kau, tapi belum tentu dia baik dengan ibubapanya,adik beradiknya dan jiran tetangganya.


Guys.. Allah bagi otak , akal fikiran. Gunalah otak korang tu 200% .  Sejujurnya aku lebih suka jadi hantu dari jadi manusia . Sehodoh- hodoh hantu dia sedar yang dia hodoh dan dia tak pernah nak bangga diri  dengan keistimewaannya yang boleh cilok-cilok kacau orang , tapi semolek - molek manusia , dah l…