Skip to main content

KISAH NYA SI FATIN 2



Onmyway to airport..


Sempat lagi buka tab ..huhuhu data expired petang nanti ,so kena la pakai pulun .  Morning guys. Cuma blog yang mampu aku on setakat ni . Haish jadilah dari takda..hahaha Korang nak aku sambung kisah Fatin lagi tak ek ? Haritu just intro je guys.  Kalau nak aku taip la kejap sementara ada masa 1 jam perjalanan ni.

 Yeaaah ..Fatin a.k.a FIBO !

She is pengkid pencen yang telah berjaya di olah oleh aruah kak Lyen. Back to normal person ,be a cute girl ,bukan lelaki tak jadi ,yang asyik nak merempit kehulu kehilir . Hahaha aku pun terjebak dalam situasi tu sebenarnya guys . Cumanya aku lebih enjoy jadi awek2 manja ,ala2 super girl yang sekali jeling ,24 orang lelaki  cair hahahaha ..pakai  saka ke apa ??? No..no..no.. just pakai minyak dagu. Eh merepek ?!! Hahahah aku masa tu lebih kepada kekasihnya seorang pengkid . Not bad la moment tu. Haish dapat pulak pengkid aku seorang nurse ,memang macam puterilah dia tatangnya aku.  Masa tu juga ,seimbas pun aku tak pandang  lelaki. Serius guys . Nafsu tawar ..hahahaha . Sekarang ?? Kalau aku nampak perempuan dengan perempuan berkepit ke hulu kehilir , aku akan cakap

" oii..geli aa gilerr !! Takkan lelaki kat dunia ni dah pupus ??insaf doe, insaf lah !!"

Ceh..kerek gitu. Padahal dulu2 siapa yang taikong pengkid hahahaha . Back to story pasal Fatin lah !! adoi part merepek ,aku memang laju je haish ..okk..

Bila Fatin on id legend rania evans tu ,aku suruh dia masuk dalam group karaoke jamban milik aku dulu. Aku suruh dia pujuk admin untuk invite dia. Nak jadikan cerita, akhirnya Zaid lah tukang mendaftar ahli baru dlm group tu rupanya.ok goodjob Zaid ! Hahaha tapi apa yang mengejutkan kehadiran Fatin jadi  kerunsingan ahli lain. Masing2  syak yang Fatin tu Aku,Mia izarra !! What the members?? aku dengan Fatin pun diaorang tak dapat nak cham??? Adoiyai masaalah jugak!  But Fatin banyak guna tektik imbas dan  tinggalkan jejak. Hahaha that means ,dia guna tektik ,tegur , sakat then abaikan je sakat orang lain, biarkan je syak wasangka kawan2 lain. Dari hari kesehari ,akhirmya Fatin menjadi super girl paling hot dalam group. Semua orang dia kasi cair . Semua orang dia bagi morning kiss,night kiss ,entah apa lagi kiss ,aku pun tak paham  hahahaha. kalau merepek ,tak sembang 18sx ,memang tak sah hidup dia sehari tu. Orang layan tak layan ,dia ada kisah?? Dan akhirnya perangai seloroh dia dan bersahaja ,dah berjaya  buat ramai orang sayang kat dia. Sehinggalah pada satu hari..jeng, jeng,jeng ..

Tercetuslah satu  tsunami dalam group ,yang melibatkan jiwa,hati dan perasaan semua ahli. Selisih faham menular dengan satu demi satu keaiban ,maruah Fatin  semua tercabar . Pernah jugak satu hari Fatin message aku ,katanya :

" beb ..aku blah je aa dari group tu ,aku tak nak aa makin lama ,persahabatan diaorang  huru hara . Aku join situ semata2 nak happy ,bukan nk cari gaduh apatah lagi musuh ."

Aku cakap : " chill doe ,benda takkan kemana , kau buat je macam biasa ,layankan je mana2 dugaan yang datang ,or better kau diam kan je diri kau , jangan tambah minyak pada api yang tengah marak menyala "

Akhirnya bila dah  2,3 kali aku sebut ,sabar,chill ,ignore aja pada dugaan, yezza ..Fatin akur , lagi pun kata dia ,aku dah jumpa someone special  dalam tu beb ,mana mungkin aku lepaskan selimut tetangga .. hahahahaha merepek-repek memang rajin Fatin tu. Nampak muka comel-comel gitu tapi kalau dah  buat lawak bodoh,memang poyo aa aku kata !  Hahahaha .

Oneday ,masa tu aku tunggu berhari2 jugak message dari Fatin . Malangnya bunyi cengkerik je inbox aku. Dan bila pada satu malam mama  call,beritahu ..

" awak jangan terkejut  pulak mama nak gitau ni, kawan awak  si Aten tu dah takda, dia kemalangan waktu lintas jalan kat pusat bandar. Tak dapat diselamatkan sebab cedera teruk dibahagian kepala. Mama ada juga pergi melawat ,tapi masa tu jenazah dah selamat dikebumikan sebab mama lewat sampai ,kena uruskan taska dulu. Awak jangan lupa sedekahkan alfatihah buat aruah ,dan kalau ada masa lapang ,bacakan surah yasin , dia banyak dah bantu kita sekeluarga ,mama pun sebenarnya marah dia dulu2 tu ,sebab mama sayang dia,macam anak2 mama sendiri.  Ermm.. mama janji,mama akan bantu family dia dan tengok2kan adik2 nya yang masih bersekolah lagi tu..in sya allah..tulah janji mama kat awak dan kat aruah  Aten. Maafkan kan mama ea .. "


Aku ...


Aku cuma diam..


Aku cuma rasa  yang dada aku  rasa berat ,nafas aku berat ...


Aku cuma dapat rasa ada air yang jatuh dari mata aku,1..1..1..dan akhirnya laju...


Ma ..thanks gtau orang ni..  but orang ngantuk lah ,kita stop  k .. nanti free orang call mama lagi ea ma??

Mama  : ok.. jaga diri awak kat sana , mama , ayah ,dik E sayang awak . Kami buat semua  ni sebab  kasih sayang kami ,bukan sebab benci . Awak darah daging kami dunia akhirat. Awak lah penyelamat mama dan ayah di akhirat nanti .  Ingat , Allah ada untuk awak ,biar mama dan ayah jauh ..


Ok ma.. assalamualaikum ...* suara aku tenggelam dalam titisan air mata kasih sayang buat Fatin .  Biar pun aku tak dapat mempercayainya 100%  tapi sedih itu ada ..

Beb.. dimana pun kau , aku akan kekal sayang kau , sampai tertutup mata, kasih sayang tu akan kekal utuh . AlFatihah buat Fatin Irisyah  ...


Selamat sejahtera keatas kamu ..

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx