SEBAB DUNIA BELUM KIAMAT



3.12 am ..
Aku tak tahu
Apa pandangan kau tentang aku.
Apakah kau lihat aku dengan selesa
Atau kau pandang aku dengan siksa.
Atau kau lihat aku penuh dosa
Atau kau mahu aku  selayaknya hidup seperti biasa?
Dunia kita satu,
Aku ,kau dan Tuhan.
Kemuncak hidup hanyalah akhirat
Disana  syurgakah atau neraka kah?
Hanya amalan  mampu membantu.
Aku ?
Aku masih mencari
Pada sebuah perhentian
Dalam perit , dalam sakit
Bersujud mengenang dosa semalam
Bersujud bersama airmata penyesalan
Bersujud bersama keinsafan.
Aku tau,belum tentu syurga firdausi itu milik aku
Aku jugak tau , belum tentu amalan aku diterima tuhanku,
Aku sangat tau, selama ini dosa merupakan jajan hidupku
Aku jugak dah tau , bila2 saja malaikat akan mencabut nyawaku
Kau ?
Dimanakah dikau?
Masih dihatiku?
Masih merinduiku?
Masih menyintaiku?
Aku tau ..Antara kau , aku dan cinta..
Allah penentu segala.
Andai aku sering ingatkan kau tentang Allah
Dan menjadikan hati kau sedikit terkesan.
Maafkan aku sayang ..
selagi  dunia belum kiamat , itu saja yang mampu aku lakukan.
Dengan sedikit rasa malu kerana aku bukan wali atau malaikat,
tapi seringkali menegur kau tentang ibadat kau ,
tentang dunia  kau ,tentang nikmat cinta kita .

Cinta kita akan mati bila aku mati , tapi CINTA ALLAH akan kekal sampai kau mati.Pilihlah hala jalan hidup kau,kerana dunia belum lagi kiamat. Mia Zarra 2016 , *DUNIA BELUM KIAMAT*  Insan yg sangat menyayangi kau ..dulu, kini dan sampai  bertemu ajalku.



Comments