Skip to main content

12MAY



The best way to make your dream come true is WAKE UP !!


Ok ,wake up guys !  Siang dah  .. bythe way  ,happy nurse day buat semua jururawat seantero dunia . Jasa yang telah diberi ,sama ada ikhlas dengan tidak ,amat  dibanggai .


Ucapan apakah ini Mia ?? Hihihih guys .. kerja sebagai seorang nurse bukan semudah yg korang tengok . Dan menjadi nurse biarpun mereka kerjanya tolong orang sakit , tapi tak semua orang suka nurse. Yes or not  ,tu korang lah jawab sendiri. Pengalaman aku duduk dalam kelompok  nurse masa di kolej kejururawatan  dulu ,banyak dah mengajar aku tentang hebatnya  jiwa seorang nurse.


Kalau korang pun aku yakin ,takkan mampu buat deh. Dalam keadaan merawat orang yg tengah kesakitan , tengah tak stabil mindanya , tengah mood bermacam2 , nurse dah tentu jadi mangsa keadaan .

Awek2 muda belia macam aku , kena cebok berak pesakit2 , kalau orang perempuan masih ok lagi ,korang bayangkan kalau pesakitnya lelaki ???? Jangan ingat lelaki tua je nurse cebokkan , dapat yg pesakit muda gagah pekasa tapi kaki kena potong dua2 sebab eksiden? Nahhh ..1 minggu terbayang2  kejadian tuhan yang pertama kali awek2 ni nampak ! Hahahaha kawan aku dulu ada yang termuntah2 doe , tapi kerana nak bantu orang sakit ,kadang tu sambil nangis ,kami tetap kena buat . Ermm sedih ,tanggungjawab tetap kena jalankan .

Pernah kawan aku masa tu , kena handle pesakit yg  meninggal , aku dengan dia diarahkan buka semua wayar yg disambungkan ditubuh badan pesakit tersebut ,kemudian kena bersihkan jenazahnya sebelum proses seterusnya , dah la pesakit tu mati sebab kemalangan , wajahnya dah tak sempurna , namun doktor tetap masih terus berusaha utk selamatkan nyawanya , setelah 6jam berusaha bertungkus lumus , beliau gagal diselamatkan . Apa yg berlaku kat aku dgn kawan aku tu ?  Menitis air mata ni  guys , azabnya mangsa kemalangan tu  , aku pun sedih tapi aku tetap kuatkan semangat nak uruskan  jenazahnya . Sedangkan kawan aku ?? Dia masuk toilet , menangis puas2 , dan terus menggigil . Aku tanya dia kenapa? Takut ke apa?dia cakap , dia tak sampai hati nak lihat jenazah yang sangat teruk keadaannya tu . Aku pujuk dia , aku peluk dia , aku cakap , inilah tugas nurse macam kita ,kena hadap semua situasi , kena kuat ,kena tabah ,kena tahan , so ,buat je kerja , jangan tengok muka dia  , tengok je muka aku  .. (  aku pun senyum  sambil angkat kening )

Nak dekat 30 minit aku pujuk , baru dia nak mulakan urus jenazah tu .kalau korang nak tau kan guys . Aku pun sedih  masatu tengok kawan aku tu.  sebab  kawan aku ni sebenarnya seorang yg lembut dan lemah semangat  tapi dia tepaksa hadap situasi ni jugak disebabkan dia nak sangat jadi nurse dengan niat nak  bantu orang sakit.

Kena maki ? Kena tengking ? Kena marah ? Kena jeling ? Kena perli ? Semua tu dah jadi jajan dalam dunia jururawat aa guys . Sebab tu aku cakap tadi ,tak semua orang mampu jadi nurse , so pada yang suka buruk2kan akak2 misi tu ,please aaa .. jiwa diaorang sebenarnya lagi gagah dari kata2 kesat korang lemparkan kat mereka , jiwa mereka lebih kuat dari  jiwa seorang tentera .  Sungguh !! Kenapa aku cakap macamtu ? Aku ada banyak story pasal nurse ni , nanti free aku sembang lagi ok .



Happy Nurse Day  ! Kami rela membantu untuk anda

Smile with the tears .. nurse memang kuat !! Respect !

Oklah ,ada kerja nak buat ni ? Kerja ?
Hihihihhi wanna sleep  laa..
K,baii


Selamat sejahtera keatas kamu ..

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx