Skip to main content

AKU ,LELAKI DAN JANJl


Guys..
Bila hampir 3 tahun aku jadi pecinta wanita. Sedangkan aku pun perempuan , akhirnya pada masa aku form 6 , aku berubah cita rasa .itupun setelah setiap hari kena bebel dengan aruah kakak . Aku , Fibo  akhirnya menyesal atas tiap perbuatan  kami selama semua nya berjalan rancak . Mulanya Fibo lah ,dia jatuh cinta dengan kawan sekerja yang bertugas sebagai seorang doktor pakar. Dan aku pun terjebak dengan cinta berlainan jantina ,yang mana pada aku itu cuma cinta percubaan . Hahahaha banyak aa aku punya percubaan kan!

Pernah akak pesan . Kalau bercinta  ,sila fokus tapi jangan terlalu mengharap..  Asalnya aku bingung doe apakah yang cuba akak maksudkan , tapi bila dah ulangkali fikir,ok ok ,paham sudah . Hihihih

Akak juga pesan , tak perlu cari kekasih yang terlalu baik ,terlalu dengar kata , atau terlalu lurus bendul sama macam mr Bean.  Sebab semua perangai lelaki adalah dipengaruhi oleh  hasil didik seorang perempuan disisinya . Ok ,yang ni aku paham !

Dan bila aku mula terjebak dengan cinta lelaki , apa yang aku dapat ?? Rata2 perangai hampir serupa la guys .Selain kerap ucap love you ,miss you ,mereka juga sangat cemburu . Apa saja yang aku lakukan harusnya dia pun kena tahu . Dengan alasan untuk jaga aku , supaya aku dalam keadaan baik2 aja  dalam lingkungan cintanya .

Kekadang mereka anggap perempuan ni macam budak kecil ,yang setiap masa perlu diawasi ,dibohongi ,di cari bila perlu, diabaikan bila busy , dimarah bila silap , dibenci bila dah tak sayang . Diburuk2kan bila dah jumpa pengganti baru. Kejam !

Bila rindu  datang bertamu ,perempuan jadi mangsa  nafsu , memujuk  rayu ,macam  Allah tak lihat  perilaku mereka tu . Pernah aku  cuba try test tiap lelaki yang cuba nak dekati aku .  Mereka tahu yang aku memang perlukan mereka ,aku perlu bimbingan mereka ,kerap kali aku cakap ..awak..saya ni degil ,saya ni jahat kat mereka ,tapi apakata mereka ? Tak apa ..hal kecik aje..ermm..

Sepatutnya mereka didik aku guys , bawa aku naik keatas daratan , tarik tangan aku ,keluarkan aku dari jurang dosa yang hampir  nak tenggelamkan aku, tapi apa aku dapat ? Dosa ..dosa ..dosa dan dosa lagi dan lagi ,Mereka tolak aku sama2  masuk kelembah dosa , tanpa fikir apa akibatnya 1 hari nanti. Mereka menegur silap aku ?  Never .. malahan terusan meraih nikmat yang sementara .

Aku terfikir ,apakah ini tanda dia sayang ?
Bawa aku bersama dosa seiringan?
Melayan aku seperti seorang GRO  murahan ?
Inikah tiket cinta yang sering dia agung2kan selama ini ?
Apakah aku tak layak dilayan dengan cara lebih baik ?????
Murah sangat kah nilai cinta aku ????

Jangan kata aku tak pernah menangis disaat aku merengek manja*

Pernah juga aku masukkan unsur  iman dan takwa bila bersembang dengannya , tegur pasal solat, pasal silaturahim ,pasal tanggungjawab dengan keluarga dan agama. Tapi apa aku dapat ?? Hanya ..ye sayang , baik sayang ..tapi apa hasilnya ?

Kali pertama  aku pesan ok
Kali kedua aku pesan still ok
Kali ketiga dah  rasa kata2 aku mula terbarai
Kali  ke empat dah nampak dia mula liat
Kali ke lima semuanya mula hambar
Kali ke enam  hati aku mula tawar
Kali ke tujuh  ..oklah ..aku dah give up dah . stop !

Dan lepas tu aku akan pastikan aku takkan sentuh lagi pasal solatnya ,amalannya , silaturahimnya atau apa jua yang bersangkut pada agamanya. Aktivitinya pun aku  takkan  ambil peduli , sehingga akan tiba satu tahap , bila aku dah betul2 give up ,aku tarik diri.

Mungkin silap aku kerana terlalu melayan kehendak lelaki , yang bertahun lamanya aku harap akan muncul 1 keajaiban dimana aku yang dulu tersasar ,akan kembali kejalan yang benar. Tapi sampai kesaat ini ,harapan aku sia2 ,impian aku tak terlaksana ,apa yang aku dapat ,secarik luka yang makin hari makin menanah ! Sakit berbisa.

Lelaki ..aku tak perlukan  hartamu ,apa yang aku perlu ,bawa aku naik kedaratan paling indah dan yang sama2 diredhai oleh Allah s.w.t. Cinta kita  suci tapi nafsu lebih menguasai segalanya dan aku akui , dunia cinta kita makin kotor.Pernah juga aku  ditanya ,apa mahunya perempuan ini sebenarnya ?Meh , hari ini izinkan aku jawab ..

-bimbing kami kejalan Allah ,bukan bawa kami kelembah dosa . biar pun katanya cinta itu buta , namun lelaki wajib menerangi lorong  kegelapan  itu dengan cinta dan rindu paling mulia disisi Maha Pencipta. Jika sama2 jahil ,kita belajar ,jika sama2 dungu,kita berguru ,jika sama2 lalai ,kita saling mengingati ,bukan perempuan aja yang kena ingatkan semuanya. Memang perempuan kata cinta , tapi dia perlukan imam ,dia perlukan nakhoda , dia perlukan captain untuk  pelayaran masa depannya bersama kalian . Sebab itulah kadang2 dia sayang sangat2,kadang2 dia kecewa sangat2 ,kadang2 dia blur sangat2, punyanya kalianlah  ,yang kata menyayanginya tapi kalian juga sebenarnya yang  menghancurkan lagi dunianya. WAHAI LELAKI  aku letih  dengan segala permainan mu .

WAHAI AYAH  ..maafkan orang ye kerana menyalahkan kaum ayah , tapi orang meluahkan pada tiap apa yang orang jumpa dalam  perjalanan hidup yang kian singkat ini. Maaf kan orang ye ayah.

Aku give up !!


Selamat sejahtera keatas kamu.

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx