DIKOYAK WAKTU


Morning guys

Dunia berpusing ,masa berlalu , aku masih disini . Berdiri sendiri tanpa mama dan ayah disisi .tanpa kesayangan didepan mata .

Banyak janji aku dah bagi kat mereka . Janji dunia ,janji akhirat. Semua janji2 itu kami semadikan dalam nota ingatan supaya  kami sentiasa berpegang pada janji kami.

Aku janji dgn mama ,akan tamatkan study ni sampai tahun akhir dan dapat segulung pengiktirafan dari kementerian dan pentadbiran kolej.

Aku dah janji dgn ayah ,akan sama2 manfaati ilmu agama bersama dgn orang2 masjid tempat ayah selalu lepak . Selalu dengar kuliah , selalu berjemaah , selalu buat amal jariah  , masjid adalah rumah kedua bagi ayah .

Aku dah janji dengan kesayangan ,akan buat yg terbaik utk masa depan  kami . Untuk sebuah keluarga sakinah  until jannah untuknya dan aku .  But guys .. apa yang aku fikirkan sekarang , mampukah aku laksanakan semua janji2 aku tu nanti?

Panjang mana usia aku ini ?

Jauh mana lagi perjalanan yg harus aku lalui ?

Setia mana kesayangan untuk satu istilah kasih sayang kami ?

Mantap mana kesetiaan aku buat kesayangan  akan datang nanti?

Hebat mana aku nak harungi gerbang kejayaan dikolej ini sendirian?


Ye..semua nya pada plan  Allah . Aku tak mampu cakap *oook aku boleh tunaikan semuanya *. Sebab realitynya aku ,mama ayah ,kesayangan , hanya dipinjamkan kepada aku. Barang pinjam bakal dipulangkan jugak satu hari nanti.

Guys ..package mati bukan tua , package mati bukan orang sakit ,package mati bila sampai seru ,bila malaikat datang hampiri ,bila  Allah kata layak , maka matilah.

Untuk bekalan mati itu ,perlu ada  makan dan minuman jugak sebab  kita bakal haus diakhirat . Jom guys ,kita tapau iman dan takwa sikit demi sikit. Tak perlu terlalu riak utk jadi baik , tapi jadilah seorang hamba yang selalu anggap diri nya adalah HAMBA .

Orang yang tidak  menunaikan semua perintah Allah , sebenarnya dia angkuh dgn  Allah , dia cabar  Allah . Nauzubillah himinzaliq .. minta dijauhkan semua tu dari hati dan minda kita guys. Kita lah hamba ! Kitalah hamba yg lemah !  Turutlah perintahNya kerana semua milik kita sekarang ni datangnya dari Nya .

Wa allah hua alam.. Sambung tido jom ..

Selamat sejahtera keatas kamu


Comments

Bro Framestone said…
Dengan kesayangan?

Moga dipermudahkan segala urusan
Mia Izarra said…
Yep ..in sya allah ,amin ^^