Skip to main content

MABOK DARAT





Hi guys ..

Hujung minggu kemana korangs ? Cuti sekolah ni ,biarpun dah dekat bulan puasa , ramai pulak excited nak bernikah kan? untunglah dah dapat yang halal .  macam kita orang yang solo ni , asik lah  termenung sana , termenung sini mikir yang haram untuk dihalalkan . Hihihih sabo mia saboooo .. *mengatal tak pernah sudah si perempuan ini *

Tapi ingat ea korang , dah halal tu halal la jugak , bulan puasa nanti jangan main bedal je , siang puasa la dulu ,malam2 nak  belasah 360°  pun takda hal . Hahahaha aku ingatkan je ,jangan nanti korang kena puasa 2 bulan berturut2 pulak ,  ahha tak ke naya tu namanya . Tak mau gelojoh ea..tak mau ..tak mau

Aku ada sorang hamba Allah ni . Nak kata gelojoh taklah mana pun kegelojohannya  but paling seriau bila dia cakap , dia nak pergi jalan jauh . Kenapa aku nak fikir pasal dia ??  hahahaha hamba Allah ni jenis  mabok2 doe . Tapi bukan mabok asmara or mabok alkohol tu , tapi dia mabok kenderaan atau orang panggil mabok darat* hahahaha  dah macam orang pregnant dah aku tengok , sikit2 loye,sikit2 nak muntah . Grrrr harap badan je besar tapi hancussssss ..hihihihih  Oleh kerana simpati ,aku  pun cari tips untuk elakkan  mabok darat  . Bawah ni aku share  , supaya bila dia baca , dia dapat praktikkan  dengan hadam .


1 - elakkan makan makanan yg  berat , yg susah dihadam sewaktu sebelum perjalanan ,supaya  yg dimakan tu tak mudah keluar semula sewaktu dalam kereta or bas nanti . Makanlah yg ringan2 je  ok . Kalau aku , aku makan roti 70 sen tu je dengan  nescafe pun dah cukup , but aku takkan minum milo sebab nanti  mual.

2 - bila kenderaan bergerak  ,  pandang depan , lihat pada objek yg tidak bergerak , seperti sawah  , gunung  ,bukit atau  hantu ..eh hahaha hantu tu objek tambahan je .

3-  jangan minum air bergas , air terlalu manis ,makanan terlalu pedas tapi cuba makan sikit   makanan ringan seperti asam2an . Atau buah seperti limau manis , atau apa2 jelah asal ada rasa masam2 gitu . Acah pregnant le tu hahahaha yarckkk

4 - jangan  menunduk  atau pandang lantai kereta atau bas ,  tapi  sesuaikan  posisi supaya selesa  dlm perjalanan nanti. Sekali sekala buka tingkap kenderaan supaya udara luar masuk dan korang feels segar .

5 - pastikan tiada pergerakkan yang  boleh buat korang pening , perut ,kepala bergoyang . Seeloknya duduk disebelah seat pemandu . Kalau tak pun  duduk mengiring  kerana ini dapat elakkan rasa  mual2.

6- jangan pegang bahan bacaan lelama ,seperti  surat khabar, hp , dan semua yang sewaktu dengannya . Dan kalau buahhati message ,cakap je " i nak muntah ni sayang , nanti kita pm semula  k "   kalau dia memahami masaalah korang  , dia akan off hp lelaju . Pastikan off itu bukan sebab dia merajuk dengan korang la k . Hahahaha  buahati  siapa le tu ek??

7 - jenis mabok  darat ni sebenarnya tak layak naik kenderaan seperti  kereta ,  bas , train or keretapi  , tapi selayaknya  naik motorsikal sebab angin banyak ! Hahahaha  naik motor roda 3 tu agak2 mabok jugak ke ek ? Idea lain , naiklah beca ,   Kalau mabok jugak ,jangan jalan2 . Duduk je rumah  main dengan kucing . Kikiki

8- kalau dah tau korang tu mabok darat , please nasihatkan awek sebelah ,jangan pakai perfume yg bau 4 batu dah terhidu tu ok . Or pesan kat abang driver tak mau lah hisap rokok dalam kenderaan . Nanti korang termuntah , jahanam lah kenderaan dia ..hahaha tak ke satu kerja  nanti nak bersihkan kereta tu.


Oook ..tu je yg dapat aku share ,  ni pun lepas aku baca kat  google semalam . Kalau korang ada tips lain , share lah kat ruang komen tu , nanti sama2 kita praktikkan . Selamat bercuti guys ..

Selamat sejahtera keatas kamu

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx