MUHASABAH DIRI




Guys ..buat renungan bersama ..

Dalam kehidupan kita pasti memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain. Sehebat apapun kita pasti memerlukan bantuan. Sebagai makhluk kita pasti memerlukan khaliq.Oleh kerana itu Islam mewajibkan agar hubungan baik kita dengan Allah sentiasa di jaga dengan jalan:

1. Sentiasa memperbaharui keimanan dengan mentaati Allah. (QS az-zariat)

2. Sentiasa mengingati Allah (al Baqarah 152).

3. Usahakan agar diri kita sentiasa bersama dgn Allah ( toha 46)

4. Mohon keampunan hanya kepada Allah ( an nisa' 110).

5. Mohon dimaqbulkannya doa hanya kepada Allah ( al an'am 79).

6. Bersyukur hanya kpd Allah ( Ibrahim: 7)

7. Beribadat hanya kpd Allah. (Al Israk 23)

8. Memohon jalan perunjuk yg benar hanya kpd Allah (al fatihah 6-7).

Guys .. Jagalah perhubungan kita dengan akhlaq yang baik. Tak perlu cari silap orang tapi selongkar lah salah sendiri . Tak ada manusia yang bagus dalam dunia ini melainkan mereka yang suka PERASAN BAGUS .. Jom doa  guys ..

" ya Allah jadikanlah kami sebagai hamba Mu yg sentiasa mentaati segala perintah Mu."

Aamiinn.


Selamat sejahtera keatas  kamu 

Comments