SEBUT BIAR BETUL



Guys ..kalau kita baca komen kat facebook atau mana2 laman social , ramai pengguna akan guna bahasa arab , good  !  Bahasa arab bahasa alQuran  guys . But kadang2 mereka lebih suka ambil  ayat mudah dan ringkas , sehingga maksud  lari dari niat asal. Contohnya :

Jazak Allah atau Jazak Allahu Khair?
Jazaak dari kata akarnya ialah jazaa' (جزاء) dimana merujuk kpd kamus Arabic-English , Al-Mawrid, yang mempunyai dua maksud yang saling bertentangan antara satu sama lain.
Oleh itu, jazaa' (جزاء) boleh membawa dua pengertian samada BALASAN ataupun GANJARAN.


Jadinya, "JazakAllah" boleh membawa erti samada "Semoga Allah memberi kamu GANJARAN" atau "Semoga Allah memberi kamu BALASAN", Manakala sahabatku,
"JazakAllah Khair" membawa maksud ... "Semoga Allah membalasmu dengan KEBAIKAN",...
JazakAllah sahaja tidak lengkap jadi haruslah disertakan apakah balasan yang diinginkan kepada mereka sbg tanda kita berterima kasih..kan?


Dengan itu lafaz yg betulnya adalah JazakAllahu Khair bukannya sekadar JazakAllah...jika mnyatakan terdapat kesamaan maksud kedua2 perkataan ini, justeru pilihlah yg selalu diungkapkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA iaitu JazakAllahu Khayran  ❤
Lebih baik lagi jika kita mengucapkan “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”


Khairan ertinya kebaikan, sedangkan Katsiran ertinya banyak, jadi Khairan Katsiran ertinya kebaikan yang banyak. Manakala Ahsanal Jaza ertinya balasan yang terbaik.


Jadi erti dari “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) adalah semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.


Dari Usamah bin Zaid r.a bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :

من صُنِعَ إليه مَعْرُوفٌ فقال لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ الله خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ في الثَّنَاءِ

Ertinya “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khaeron (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.At-Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya:7/54.

Sesuatu ucapan bukan sekadar berterima kasih bahkan terpenting bila kita turut mendoakan yg terbaik buatnya, betul tak?

Berkongsi ilmu guys ..semoga bermanfaat  buat semua .

Thanks  *Nur Nilam Sari * this is jariaah ..



Selamat sejahtera keatas kamu  ..

Comments