Skip to main content

THROW BACK 1 JUNE



1st june 2016

Genap setahun kak Lyn pergi tinggalkan aku . Ikut tahun masihi . Tapi kalau ikut tahun hijrah  lebih dah setahun . Kak Lyn  ,satu2nya kakak milik aku , kakak di dunia dan di akhirat . Kakak yg juga jadi milik keluarga ,akhirnya pergi meninggalkan aku dan semua miliknya buat selama2nya. Alfatihah.

Masih terbayang detik setahun lalu ,masa tu aku masih lagi berkerja di salah sebuah syarikat  di seberang tambak  Johor( Singapura )sebagai pekerja 'partime' bersama along ,abang sepupu aku yang jugak seorang Singaporean tulin !

Lepas balik kerja shif petang  ( 12 .30 am ) aku siap2 untuk tidur  , manakala makcik dan semua sepupu aku sudah pun melayarkan bahtera kepulau impian masing2 . Dan along sudah pun berada di tempat kerja kerana shif malam .

Jam 2.30 am ,phone aku berdering . Rasanya aku baru je lelapkan  mata , letih kerja pun tak hilang lagi , bila aku jawap panggilan  , ternyata panggilan tu dari mama yang  beritahu kak Lyn tengah nazak . Masa tu aku tergamam . Tak sampai beberapa minit ,airmata aku turun ,otak aku kosong ,antara percaya dengan tidak  ,aku bingkas bangun kebilik makcik .kejutkan makcik yamg tengah lena .  aku pun tak tau apa aku buat lepas tu .aku macam diawangan2an .

Masa tu ..
Terdengar  suara akak  panggil aku .
Sepertinya dia sedang merintih sakit .
Kak .. orang sayang awak, tunggu orang sampai kejap lagi kak ea..

Terdengar suara gemersik manja dia ,
gelak perlahan ia ,masa kami bergurau.
Kakkk..ketawa lah lagi , orang tau akak kuat ..

Terdengar runggut perlahan dia ,
Ketika dia  memarahi aku  masa aku nakal  dulu.
Kak .. maafkan dosa orang ea kak ..orang janji da ,takkan nakal lagi

Terasa sentuhan bibir dia dipipi , didahi aku
Saat dia nak keluar kerja dan aku masih sarapan dimeja makan.
Kadang aku dengki ,aku kiss bibir dia sambil ada roti dicelah bibir aku.
Dan dia menjerit ,habis lah lipstik  comot !! Itu ayat yg akan keluar.
Kak..orang rindu awak.. kejap lagi orang jumpa awak..tahan kak..tahann..

Apa boleh aku buat lagi ??

Dari Singapura keJohor taklah jauh mana ,tapi aku rasa kereta along macam besi buruk yang harus dibuang  keselat tebrau saat tu . aku berkali2  suruh makcik drive  laju .. makcik ..cepatt makcik..cepattt... sambil aku nangis  tak henti . Aku dah tak reti malu dengan semua orang  . Aku  takda fikirkan lain lagi dah . Otak aku hanya kak Lyn .

Along yang baru balik kerja hanya mampu pujuk perlahan .aku tau ,kalau dia bising nanti tentu aku naik angin . Aku marah2 dia.. dia cuma cakap .."sabar lah mia , doa banyk2 ,Lyn selamat "   Masa tu ada aku kisah ?? Aku buat pekak adalah ..

Perjalanan yg tak sampai 1 jam tu aku rasa dah ambil masa 4 jam lamanya .kalau boleh aku nak terbang je melintas kawasan pemeriksaan kastam  tu ..grrr semua lambat ,runggut aku .   Kadang kala sesekali keluar pulak ayat .."ya Allah..selamatkan lah ka Lyn,jangan matikan dia , aku sayang dia ya Allah . Aku  membebel atau aku doa ..aku tak pasti ,tapi  memang itulah ayat2 yg aku bebelkan dari bibir ini .

Namun ..Allah lebih sayang akak . Kalau aku cakap aku sayang akak giler2 , tiada siapa boleh halang kasih sayang  Allah kat akak . Dan bila,aku sampai di halaman rumah . Semua orang dah menangis dan aku ?Hanya berdiri  , diam terkaku , sambil  merenung sekujur tubuh diruang tamu berselimut dengan kain batik lepas . Mama  tarik tangan aku .aku jatuh terduduk disisi mama .dan kami hanya  berbisik dalam tangisan .


Kak .. awak tak pernah pergi dari dunia orang . Orang tak pernah anggap akak dah mati or else. Pada orang , semua yang orang lakukan sekarang ni , orang buat sekarang ni , semuanya dengan sokongan akak dan dengan doa2 akak utk orang .

Kak.. miss you so much  :'(
Alfatihah ..

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx