AWAK ... KENAPA AWAK JAUH ?



Harini aku dah dapat result exam yang pecah kepala tu. Alhamdulillah ..walaupun tak secemerlang  pelajar terbaik , namun aku masih mampu dipanggil  medical student . Ok sekarang aku dah tak malu !! Korang dah boleh panggil aku  kak Misi* dan aku masih ada 1 tahun setengah untuk jadi seorang jururawat dinegara orang . Bukan jururawat Malaya ok.

Ape la kerek kau ni Mia ?? Semua nurse tu sama je level dia doe !


No..no.. no ..aku misi yang berpurdah , berniqab , sedang diMalaya ramai nurse bajunya ketat .dan ..dan..dan aku ...ermm no comment lah . Lagi 1  , selain aku nurse berbahasa inglish , aku pun layan bahasa arab doe , ahhaaa misi malaya aku rasa reti jugak cakap arab ..kan ??

Bismillah
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Waalaikumsalam ..

Hihihih siapa pun kita , kalau dah nama pun misi , aku tau ,bukan satu kerja mudah dan tak semua orang belum tentu mampu buat  . Respect lah sikit oiii !!

Kat laman sosial ni aje  , dalam sebulan ,kalau takda viral yg buruk2kan kaki tangan hospital,memang tak sah  orang malaya nak online  . Kalau viral tu merupakan pujian aku tak hairan , tapi kebanyakkannya lebih kepada  keburukan  . Nak buat macamana dah jenis masyarakat kita suka cari buruk orang kan. Redha je lah !

Sayang .. Eh typo ..tetiba taip sayang ni dah kenapa ko Mia?

Kikikih ..sebenarnya nak taip guys ..tertaip sayang pulak .dasyat typo kalini .

Guys ..perjalanan aku masih jauh . Jika aku diibaratkan naik roket kelangit  biru , bermakna sekarang ni aku baru je jumpa awan . Masih banyak lagi aku akan jumpa ,misalnya bulan ,planet2 , tahi bintang a.k. a . meteor, dan apa tah lagi yg ada kat atas sana tu  ..yes guys ..masih banyak lagi rintangan yang bakal aku jumpa sikit masa lagi .

Bytheway ,petang ni ada  majlis jamuan makan minum untuk classmate aku . All the student must attend , termasuk aku . Nak tak nak aku kena join ,sebab lepas ni 1 bulan tak pergi kolej . Hishh ..ghindu  pulak kat pak arab yg handsome2 tu ..

hahahahaha siut .. perempuan ini gatal dia tak pernah sudah ek ..

grrrr ~

Sayanggg ...kenapa  awak jauh  sangat ..ermm * pandang  langit biru *


Nak nangis la pulak  ;')


Selamat sejahtera keatas kamu ..

Comments