Skip to main content

DIALISIS MEMBATALKAN PUASA ?






Guys .. perkongsian lagi . Kali ni perihal buah pinggang dan prosese dialisis yang dilakukan didalam bulan puasa . Apa hukum puasa  seorang yang melakukan dialisis? Jom hadamkan . Jangan nanti orang cakap ,kaum yang paling malas membaca itu ialah *orang MELAYU ! ..err.. nasib aku jawa :)) .. dah2 ,jangan merepek lagi ..baca !!


Saya ditanya oleh seorang follower tentang apakah dialisis darah membatalkan puasa.Pada pandangan saya sebagai doktor, dialisis tidak membatalkan puasa kerana ia tidak mengenyangkan dan merupakan satu keperluan untuk hidup bagi pesakit.Jika mereka tidak melakukan dialisis hanya kerana hendak melakukan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, ini pasti akan memudaratkan nyawa mereka hingga boleh meninggal dunia.

Namun saya merujuk fatwa ulama2 besar dan mendapati mereka sudah ada fatwa bagi permasalahan ini.Secara umumnya, dialisis adalah merupakan satu kaedah di mana darah pesakit di alir keluar ke dalam mesin untuk dibersihkan sebelum dimasukkan semula ke dalam badan pesakit. Ia menggantikan fungsi buah pinggang yg telah rosak dan jika tidak dilakukan akan menyebabkan kematian.

Dalam proses ini (penyucian darah) ada garam2 tertentu, zat2 nutrien dan kadangkala darah (packed cell) akan dimasukkan yang mana proses ini membatalkan puasa.

Namun para kibarul ulama ini telah menilai bahawa nyawa lebih utama dari segalanya dan menfatwakan tiada kewajipan bagi para pesakit dialisis berpuasa.Jika mereka menjalani hemodialisis yang kebiasaannya adalah sebanyak 3 kali seminggu, mereka tidak boleh berpuasa pada 3 hari dialisis berkenaan. Hari di mana mereka tidak melakukan dialisis mereka boleh meneruskan puasa jika mampu.Jika mereka merupakan pesakit yg menjalani dialisis peritoneal (dialisis di perut), ia merupakan proses yg perlu dilakukan setiap hari.

Oleh itu berbincanglah dengan doktor nefrologi anda sekiranya dialisis anda boleh dilakukan selepas anda berbuka di rumah.

Namun demikian, para ulama telah memberikan rukhsah yang cukup baik  dengan mengatakan bahawa mereka boleh untuk tidak berpuasa.Bagi pesakit2 hemodialisis ini, mereka boleh menqada'kan puasa bagi hari2 dialisis mereka jika mampu atau boleh membayar fidyah dengan memberi seorang fakir miskin makan bagi setiap hari dia meninggalkan puasa.

Adapun bagi pesakit peritoneal dialisis yang perlu menjalani dialisis setiap hari yang menjadikan ibadat qada' puasa ini mustahil, maka mereka bolehlah membayar fidyah dengan memberi makan seorang fakir miskin bagi setiap hari seluruh bulan Ramadhan mereka tidak berpuasa.Ada juga para ulama yang berpendapat hemodialisis dan peritoneal dialisis tidak membatalkan puasa.


Namun saya cenderung dengan pandangan pertama bahawa dialisis membatalkan puasa. Adalah amat sukar untuk menjaga keseimbangan air (fluid balance) pesakit kegagalan buah pinggang pada hari2 biasa, apatah lagi jika mereka berpuasa.


Sumber rujukan:1. Majmoo’ Fataawa Ibn ‘Uthaymeen, 20/113.2. e-fatwa Jakim.

Copypastr dari  TUAN  DR .ABDUL RAHMAN ABDUL KADIR ( Face Book )

Semoga bermanfaat buat semua . Selamat sejahtera keatas kamu . 

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx