PESANAN BUAT KESAYANGAN



Morning ..
Baru lepas bangun sahur guys. Plan malas nak bangun sebab dah makan kat  masjid tadi lepas trawih  , but  warden pulak ketuk pintu pepagi ,hantar nasi arab yang disedekahkan oleh lecturer . Okayy rezeki Allah  ,jangan tolak ..bedal .. hihihihi errkk alhamdulillah . Bila dah kenyang tetiba teringat pulak kat someone yg ter sayang nun jauh disana .

Awak .. saya  ada sikit perkongsian buat awak . Meh baca sesama .

Awak .. bila  kita semakin akrab , rapat , close dan semakin reti cakap love you ,love me , takda apa yang perlu kita sorok  lagi dari dunia . Yes .. saya pilih awak sebagai pendamping saya . Ok , this is planning , bukan  penentuan lagi ok . Lain2 serah pada takdir , but we just focus !


Awak .. selagi  saya tak  sah jadi isteri awak ,jangan lah paksa diri awak  jaga nafsu awak  dari mengelakkan diri awak dari  bersembang dengan perempuan lain , dan andai awak dah sah jadi suami saya pun , saya takkan marah jika awak rajin berchatting dengan other girls . Yelah kan  , takkan nak ngadap saya 24/7  ye tak ? kena juga tegur2 kawan fb ,wechat,kawan kerja ,kawan zaman sekolah , kawan sekampung awak tu . Hihihih saya bukan queen of jelouse ok . I sporting tau !

Dan pastinya , Mesti awak rasa ,apa ke pelik gf aku ni , perempuan lain  takdenya izinkan bf dia  sembang dengan perempuan lain , tapi saya malah menggalakkan ??   Hihihihih  i trust you dear , if Allah nak tunjuk  perangai awak macamana lepas kawin nanti , makanya Allah akan tunjukkan perangai sebenar awak yg sekarang . Kalau  masa bercinta awak dah macam2, amat mustahil benda serupa  takkan belaku bila kita dah bernikah nanti . So ??  Saya akan izinkan awak bebas  dari saya , bila awak dah buat perangai . Senang ceritakan ? Dah nak ubah selera ,buat apa disimpan lelama , ye tak ? Hahahaha sis pasrah bhai .


Awak .. pada saya , masa bercinta nilah saya nak duga  awak macam2. Tahap  kesetiaan , tahap kesabaran melayan karenah saya , tahap keimanan awak , tahap  kesungguhan awak ,  senang cakap awak sedang dipandu uji oleh saya . Ehh.. macam nak beli kereta lah pulak !! Hahahaha ngadeeee..


Kenapa lelaki kena  diuji ? Jawapannya mudah je sayang .. sebab awak lah bakal jadi BAPAK  kepada anak2  saya. Kalau hidup awak tak strong , how u can handle me and  our future family ?

Bapak kaki perempuan , anak takkan nak tengok  je?
Bapak abaikan solat , anak macamana nak respect ?
Bapak tak reti nak hormat isteri , tak mustahil anak jadi anak derhaka nanti!
Bapak jadi bapak ayam , tak mustahil anak pulak  jadi anak ikan

Nau zubillahiminnzaliq~

Awak.. yg saya nak , awaklah bakal jadi idola kpada anak2 saya . Biarlah anak2 follow aktiviti awak yang sihat .  Yang soleh , yang dirahmati Allah s.w.t.  kerana  anak2 kita tulah nanti jadi saham kita kat akhirat . Kalau awak baca yasin tiap malam jumaat , takkan anak awak nak masuk pusat karoke tiap malam jumaat pulak kan ? Sebab awak dah bagi dia  satu contoh yg sihat dilakukan pada tiap malam jumaat.

Saya sebagai perempuan ,sebagai ibu mereka  ,hanya  follow  apa je yg baik ,dalam masa yg sama  , saya juga akan didik mereka supaya menjadi saham yg berguna buat kita diakhirat nanti. Dah lah mak bapak muda2 dulu degil ,takkan 7 keturunan nak buat perangai puaka pulakkan . Hahahahah  ayat kuaja siakk ..

Gurau je laaa..

Awak .. cinta yg sihat ianya diselitkan ilmu dan amal ,bukan je love you and  love me sampai lebam .hahahahaha

Oklah .. nak sambung tidur  , dunia pelajar macam saya ,punya masa yg limited , pelajaran , aktiviti harian , percintaan  adalah  corak masa yang sentiasa berputar dlm 24 jam  waktu saya .bila saya tak contact awak ,bukan bermakna saya contact orang lain ,  tapi saya akan belai buku2 , kemas bilik utk keselesaan saya ,  aktiviti dgn classmate  , housemate dan aktiviti kolej.  Saya  bukan cuma nak ngadap cinta hati saya disepanjang  hari. Ingat ye sayang, bila awak jujur  , saya mustahil curang . Simplekan ??


Selamat sejahtera keatas kamu ..


Eh ..guys ..aku sembang macam lah esok dapat nikah ek ?? Hahahaha tak salah berangan kan ?


* tutup muka dengan 2 tapak tangan*

Comments