Skip to main content

AKU TETAP REDHA



Hi guys ..
Lemau deh . Lesu ,letih kepala otak bila  sesuatu yang tak pernah kau jangka ,terjadi depan mata . Menjerit sekuat hati pun , tak mampu merubah  keadaan .

Harini jumaat. Boss aku kat bengkel ,merangkap abang sepupu aku dah pun jadi suami yang sah buat kak Suraya . Alhamdulillah .. tahniah akak , tahniah bang Deen.

Dulu , masa diaorang baru tunang , aku dah janji nak jadi pengapit abang Deen. Kata nenek , pengantin lelaki kena lah pengapitnya lelaki jugak .

Ahh nek !! Takpa la ..nanti orang pakai lah  tanjak ,baju melayu ,keris jugak macam abang.

Hihihi tu zaman aku  tengok perempuan semua macam gula2, semua sweet , tu sebab  semua gaya lelaki aku nak follow .

Kau jangan nak merepek , kalau ye pun nak jadi pengapit abang , pakai lah baju perempuan , tudung , baju kurung , apa salah nya jadi pengapit abang ..ahahah abang Deen memang benci kalau aku pakai baju ala2 lelaki .

Aku just gelak je lah ..

Ok ,ok ,orang pakai baju kurung lelaki , tapi pakai jeans koyak lutut , boleh bang? Pastu pakai  songkok ?  baru nampak macam biker rare . Acane bang?


Hahahaha abang Deen  terdiam ,  kau boleh jangan macam2 tak dik ? Abang tak suka lah adik abang rupa gitu. Pengapit tak pengapit , awak kena nampak perempuan !!faham??

Alaaaa ..neeeekk .. kikiki aku merengek minta simpati  kat nenek sambil jeling kat abang Deen.

Ahh nenek tak masuk campur lah !! Gasak  korang sana ! Asal pakai baju , jangan bogel ye sudah !

Kikiki nenek aku dah give up dengan perangai aku guys.


 Tapi kisah ni berlaku 2 tahun lepas ,masa tu aku sihat 500% . Masa tu aku happy 400% , tak kenal erti sedih , tak  pernah ada rasa nak nangis , tak pernah  rasa apa itu kecewa .  Dan masa tu aku punya akak . A ah .. masa tu kak Lyen masih ada disamping aku , dia tak pernah sebut letih melayan aku . Nakal aku dilayankan je sampai dia sendiri nangis2. Sedang aku ? Nak nangis pun tak tahu macamana.

Now .. Semuanya sudah berubah .apa yang aku alami kat atas tu , tak dapat dah aku rasa hari ini. Kemalangan  serius  pada Ogos 2015 ,dah berjaya ubah dunia happy go lucky aku  , sebanyak 360° guys .

And today .. saat abang Deen , kak Su , nenek , mama ayah dan semua family  sedang happy di majlis pengantin abang Deen .. aku ?

Aku sakit guys .. luka lama di toreh kembali ,sebab dalaman tubuh aku ada pendarahan .tu yg buat aku letih je masa  seminggu sebelum raya , then kena tahan ward sebab suhu badan aku naik mendadak  42°.

Ramai kata  apa sakit aku ? Aku just berani cakap ..sakit aku harini adalah disebabkan sakit aku yang setahun yang dulu . Aku redha guys . Inilah balasan pada tiap baris dosa2 aku yang lalu . Aku redha .. Apa pun , selamat pengantin baru Abang Deen & kak Suraya. Mia rindu kat korang  😢😢

Selamat sejahtera keatas kamu ..

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx