Skip to main content

KALAU LAH KAN


Hai guys ..
Sementara "pendamping lena diulit mimpi " aku bagi lah baby nyusu ni  kejap . Geram giler kot kt dia ni ..haishh nasib lah kucing ,kalau anak .. ermm patah riuk budak cenonet ni aku picit2. Hahahaha  ganeh mu mia !! Belajar tak abis  lagi berangan nak ada anak bagai .

Ahahaha

Guyssss  automatik pulak kan , aku terus terfikir , macamana kalau  beranak ni  berlaku kat lelaki ? Bukan kat perempuan . Hahahaha ape doe aku imaging kan ni??? Aku just cakap ,"kalau lah kan" ..ahha

Lek lah .. korang bayangkan  simple je ,kalau lah lelaki  peyed ! Seminggu before kena pulak sengugut , golek2 tahan sakit , senak kat perut , bisa kat pinggang , aku rasa lah kan , mau tiap bulan parent kena order katil , apa tak , sakit  je ,tendang2 katil ,golek2 lantai ,  tumbuk2 tepi katil  , sebab sakit sengugut  , masya allah  ..Tuhan le tau guys ..yang pernah alami tau lah  hebatnya camana.  Tapi orang girls dok rileks je  sambil online facebook , boleh je tahan sakit , paling teruk pun , just tekan perut dengan bantal senyap2 ,lelama  tahan punya tahan ..akhirnya tertidooo .. kan girl kan ?

Bayangkan pulak  lelaki nak beranak , hahahaha jerit dia mesti macam komanden kawatkaki . Riuh  rendah ward bersalin  .adoii ..sakittt..adoiii sakit woooo hahahaha . Nurse dan bidan hari2 lebam2 kat lengan dan tangan sebab kena pegang , kena paut untuk meneran ,peh  retak tulang akak2 misi . Hahahaha tu belum part suruh push !  Mau melantun baby keluar , sebab tenaga diaorang korang tau je lah kan . ekzos turbo pun tak power camtu. Bhahaha bayangan yang giler tapi awesome kan guys !

Aku ada  story lawak utk dikongsi . Dulu masa aku teman  member aku pergi tengok  kakak dia bersalin , suami  kakak member aku tu bersungguh nak masuk lab , nak teman wife dia beranak kononnya .  Abang ipar member aku tu badan memang sasa la kan , maklom lah  abam2 main  gym katakan . Ini merupakan anak kedua wife dia melahirkan ,yg sulung abang tu tak dapat tengok sebab dia out station katanya .

Guys ,nak jadikan cerita , masa detik paling perit ,si  wife berjuang , si suami peh , nasihat ,  kasi support lah kan wife dia , bagi semangat nak push baby keluar , tapi apa jadi ? Bila keluar je baby , dengan darah , dengan uri ,apa  tu semua , tup2 ,abang sado jatuh  guys , pitam siut hahahahaha kecoh pulak misi2 nak  settle si suami dia,padahal dalam tu asalmya nak tolong isteri dia  . Hahahaha bila dia sedar dari pengsan  , member aku tanya ,kenapa bang ??? Dia cakap  ..

Abang  tak boleh bayangkan kalau abang yang  beranak , sumpah tak sanggup !!   abang tak sangka isteri abang dah  berkorban nyawa hanya utk berikan abang zuriat ,sebab selama ni abang anggap  orang perempuan ni kaum yg lemah  , tapi rupanya tidak ...ermm

Dia cakap sambil menangis guys ...pehh..  aku masa tu nak nangis jugak tengok ,sebak doe tengok lelaki sado nangis ,omey2 gitu bhahahaha . Yarckkkk

Guys ..perempuan itu  , siapa pun dia , buruk apa pun dia ,keji apa pun dia  , dia tidak layak dituduh sebagai  punca masaalah , sebagai the real lelaki , korang selayaknya membimbing mereka ,jika mereka jatuh , membelai mereka ,bila mereka sedang letih dengan situasi , bukan selayaknya menghukum sesuka hati korang . Dengan menunding jari ,

"wei perempuan kau tak layak la dibuat isteri "blah ,blah blah  siapa korang nak menentukan qadaq dan qadar orang perempuan?apakah korang dari golongan wali2 soleh jelmaan dunia ,Yang boleh aja menentukan layak tak layaknya jalan hidup  sesaorang yg lain"

Guys .. sebelum korang burukkan perempuan diluar kawasan korang , better korang pandang perempuan yg ada  dalam rumah korang tu dulu , buruk apakah paling layak dicemuh ??? Aku ni perempuan , hati aku  keras ,jiwa aku kenyal , sekali kena  , 100 kali aku ingat ,maybe sampai mati aku akan ingat . Jika aku silap ,tegur dengan berhemah ,bukan menghukum dengan undang2 ciptaan manusia yg celaru minda macam tu .

Aku  tau guys, minda  orang  sedang marah  adalah separuh je berfungsi ,separuh lagi blank * sebabtu aku tidak terasa pun untuk bangkitkan lagi isu lapuk yang kian pupus dalam sejarah hidup ini . Aku just mampu perati dan tersenyum . "Allah bayar cash nanti " ,tu je ayat aku untuk orang  yg sering buruk2 kan orang perempuan .

Jom la tidur , sejak petang semalam aku tak tidur2 lagi ni .. kang siang nak date lagi , adoiyai ..hahahaha ape kejadah dating bulan puasa kau ni Miaaaaaaa ?? 😂😂😂 aku pun pelik sebenarnya , apa function dating ,lepak2 panggung ,lepak2 mall dgn couple dibulan puasa ni. Argh .. malas fikirlah !! Jom tidur !!

Selamat sejahtera  keatas kamu ..

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx