MUSIM TIDUR ATAS KERTAS




Morning guys ..
Dunia student kalau musim assignment melambak , semua hidup macam dalam gua . Tak pegang handphone , tak contact orang luar ,  tak sempat nak menyanyi , tak sempat nak bergelek , hahaha makan pun apa yang ada , janji kenyang ! Tidur malam lagi teruk , orang tidur atas tilam ,kitaorang tidur atas kertas hahaha nasib air liur basi tak merecik hawaw !! Kalau tak nam jahanam  kertas2 tu !

Aku pelik bila ada student cakap dia mereput kat hostel sebab tak tahu nak buat apa . Peh , nak je aku tanya , " kau datang sini buat apa ? Honeymoon ? Atau habis kan cuti  tahunan ? Atau ziarah bapak saudara sakit ? Hahahaha  banyaklah mereput kalau jadi pelajar . Tak ada assignment , ada kuiz , tak ada kuiz , ada program , tak ada program , ada pulak trial , exam arhhh semua tu nak dikorek dari nota dan buku rujukan ataupun google !! Mana ada mereput doe !!  berkepit dengan buku jelah gamaknya 24/7 !!!

Tapi aku suka  cara belajar kawan2 aku kat sini . Time belajar fokus , balik bincang  , siap bincang buat assignment ,korek sana sini cari maklumat dan bahan , tak dapat kat internet , berangkut pergi library , cari lagi bahan sampai pecah kepala ,  pastikan assignment siap sehari sebelum  tarikh akhir . Gadget ???? Just laptop , takda phone untuk hubungi siapa2 , sebab time bincang , phone letak jauh dari pelajar . Hahahahah aku kadang ikut ,kadang buat tak tahu je ,balas pm buah hati ..kikiki .

Nanti housemate aku ada bersuara  : Mia ,nak dating lepas discuss bole dak ?  degil mung sila tolak tepi sikit , bagi laluan  kita  bincang dulu .

Hahahahaha setepek kena  guysssss . But aku tak ambik hati pun , aku gelak2 then letak je phone ke tepi ..aaaa dalam 10 minit je gitu .  * jenis iman tak kuat * padahal buah hati tahu aku  tengah bincang dan dia tak kisah apa pun  kalau aku lambat reply sebab dia tahu aku buat apa  , tapi ,aku je yg ngade2 nak sakat dia  time tengah bincang dgn kawan2, adoiii degil lagi rupanya aku ni kan  hahaha

Housemates  aku ni paling awesomenya apa? Aaaa bila semua assignment siap , dah tu  terus pergi hantar ,bila hari takda class ,kitaorang keluar pergi jalan untuk " all out " lepaskan  stress  yang perah otak ketika masa bincang tu !!  Keluar lepas zuhur balik isyak !! Hahahaha amekkk kau ! Enjoy sakan  la perempuan2 tu . Aku yang kuat berjalan pun kadang cakap " wei ,letih doe " hahaha  gua  kalah bhai  !! Adoiii  zaman  melenjan aku dah expired ke ? Hahahaha  dah insaf la  * ceh * ajet2 je ni 😅😅


Selamat sejahtera keatas kamu*

Comments