NASIHAT TERBAIK



Morning guys ..

Baru free ni . Sementara tunggu email masuk , boleh la aku  merepek di laman blog awek bengkel ni kejap . Yep lama dah blog tak berketuk . Bengkel jiwa makin sunyi sebabnya owner terlalu sibuk dgn tanggungjawab . Guys pagini  ada sedikit perkongsian yang aku dapat dari someone . Thanks  so much  kat beliau  ,Apa pun guys , sebarkan nasihat itu jariah . Berkongsilah  ๐Ÿ˜Š

NASIHAT TERBAIK UTK SUAMI,ISTERI & ANAK2 (perempuan)

© Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT

© Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

© Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

© Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

© Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

© Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

© Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.

© Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

© Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

© Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

© Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah

© Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

© Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

© Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

© Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

© Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

© Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Subhanallah..Walhamdulillah..Allahu Akbar. Bila baca semua ayat diatas tu , rasa macam ..macam nak anu lah .. hahahaha mula aaa tu nak mengedik aku ni . Ignore it guys  !! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Comments