Posts

Showing posts from September, 2016

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 11

Minggu depan akak nak pergi Subang ! Awak nak ikut ?
Akak tetiba  bersuara masa kami sarapan bersama pagi tu

What ?? Buat apa pergi sana ? Nak jumpa siapa ? Cari Herry ? Cari Zaid ?? Nak pergi mana ? Kampung Subang ? Subang jaya? *budak subang jaya ,memang ada gaya* hahaha dalam blur2 sempat nyanyi rap sey !! 😂

Sebenarnya aku tekejut beruk guys sebab setahu aku ,aku takda family yang duduk Subang kecuali budak2 Kampung Melayu Subang tu jelah .

Nak jumpa ljat , plan nak bawak  7,8 orang budak2 kereta ni untuk join bisness dia tu. Nak tolong dia , akak dah bincang dengan Fibo dan dia setuju nak drive kesana. Mungkin dalam 2,3 kereta gitu , malam lepak icity pulak , jomlah ikut .

Panjang lebar perempuan ni beri penjelasan.

Ermm..sabtu ahad depan orang kena kerjalah kak ,O.T wajib sebab minggu ni orang dah  cuti , takkan next week pun nak cuti lagi ,marah pulak boss tu. Dalam hati kecewa giler sebab tak dapat join  team akak tu. Sorry

Jap2 ! Ijat akak tu tau ke akak nak datang jumpa dia…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 10

Hey ! Kenapa balik ? Awak tak kerja ke malam ni? Tetiba kak lyen muncul dari pintu ,padahal aku dah tunggu dekat 30 minit .

Err .. cuti , barang tak ada .. *aku tipu akak* Kenapa lambat bukak pintu ? Sejuk dah orang ni tunggu kat luar lama  , kalau ada penculik habis la orang dah kena bawak pergi jauh tau aaa..tak sayang orang aa tu , hahaha aku merunggut sebab pintu lambat dibuka ,padahal aku malu budak bujang sebelah rumah tu dah 3,4kali jengah aku dari tingkap rumah dia , seram jugak kalau dia keluar then pelawa aku masuk  pintu rumah dia pulak nanti hahahaha ada kang aku layan cerita geli2 kegemaran dia hahahahaah puuuiihh selisih  , mintak simpang laaa !!!

Mama mana ? Aku pandang tepat muka akak , a ah cengkung je mata dia , memang nampak sangat dia tengah tahan sakit.

Mama tido dah , akak tengah layan movie tadi , pakai earphone , adik E tido , sorry .tak dengar langsung awak call , awak  bagi salam. Naik apa awak balik ? Sambil menuju ke ruangtamu akak bercakap pelahan tapi no…

SUDAH ADA TEMAN PENGGANTI

Image
Aku pun tak tahu ,sampai bila he will belongs to me and be my mine . Sekarang ni dia berada didunia baru dia .dikelilingi kawan baru ,lelaki dan perempuan yang baru dia kenali. Aku tak akan  halang semua itu kerana  dia memang perlukan perubahan dalam hidupnya ,termasuklah  ubah kawan2 dan orang  tersayang . Huk alorhhh 😅 aku ? Biarlah aku macamni  dan Aku pun akan biarkan je dia macam tu . Bila dia perlu dia akan cari aku  ,bila dia tak perlu , makanya abaikan je aku ni disini . Simple  right ?


The endssssss ... !!!



Sorry guys ...
itu ayat aku beberapa bulan lalu , tapi kali ni tak lagi sebab si dia dah pun jumpa teman  pengganti ,  ciaaa ,ciaa ,ciaaa , tahniah bro ! Alhamdulillah ,akhirnya awak jumpa jugak sekeping hati yang mampu awak sayangi . Sebab tu bila awak cakap ,nak tunggu saya sampai saya habis study , kita fokus hala tuju masing2 dulu ek? sumpah saya tak percaya !! Sebab saya tahu perangai awak macamanaaa .. hahahaha well ..apa ada hal , saya pun bukan  jenis perempuan …

MOOD YANG MEREPUT

Celaru la guys.. 2,3 harini aku free jugak la kan, sebab assignment dah siap , tinggal layan nota yang bersusun untuk trial next month nanti. Selebih masa aku bantai membuta dan lepak dengan "kecintaanku" 😍..😝

Kamu belajar untuk apa ?

Tanya lecterur tempohari kat class . Jika kamu belajar untuk kerja ,ada baik kamu pulang saja , berhenti pegang buku dan nota , berhenti pergi ke class ,berhenti untuk  pergi ke kampus. Berusahalah kamu dibumi Allah ini , tanpa menduduki peperiksaan. Banting tulang empat kerat kamu dengan usaha dan doa ,insya Allah rezeki kamu ada dimana2. Usah dera minda kamu yang malas berfikir itu,kerana kamu memaksa dia berkerja ! Deep#

Ditanya pada Nasser ,kamu belajar untuk apa ?jawab Nasser , untuk capai cita2 dan untuk masa depan lebih cemerlang dan lebih berkualiti. Namun rupanya ternyata salah jawapan Nasser.

Guys ..belajar untuk ilmu , ilmu penting untuk hidup ,ilmu juga penting untuk mati , ilmu boleh buat manusia dihormati ,biar pun tak handsome…

MOOD NOW

From now on,  I will expect nothing, And  just take what I get.
Damia Hazirah  !

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 9

Aku  : Beb ! Esok tak kerja kan ?amek aku ea  kat sini ..
Fatin : ko cuti ke doe ? 
Aku : tak ah ,aku amek emergency leave .
Fatin : pehal beb ?
Aku : nanti aku story aaaa ..
Fatin  : okay lah , esok lepas hantar adik2 pergi sekolah aku masuk Singapore amek ko
Aku : lepas solat subuh tak boleh ke doe ? Aku nak balik cepat aaa 
Fatin : kalau urgent malam ni je aku masuk  sana amek ko !
Aku : bole ke ? Ko free ke ?
Fatin : takda hal laa ,boleh tak datang malam ni?

Aku : okay, kayy , pukul berapa pun aku tak kisah beb ,asal ko boleh sampai sini amek aku then  bawak aku balik rumah mama aku malam ni jugak!! Wey naik motor boleh tak ? Cepat sikit  , boleh cilok2 nanti.

Fatin :okay okay ,roger !

Tepat 1jam 30 minit lepas kitaorang cancel call , fatin dah sampai dengan motor kesayangan  dia , aku tak bagi dia naik flat tingkat 12 tu , buang masa je , sebab aku dah tunggu dia di lif masa dia ontheway tadi .

Dalam kepala otak aku just nak balik , dan sampai rumah mama malam ni jugak !!

* Sala…

UP TO YOU

Guys ..
Bila kita kenal someone  ,biarpun kau rasa dia sangat rapat dengan kau , bila dia buat baik kat kau , kira untunglah kan kenal dia . Tapi ada segelintir golongan manusia ni , mereka suka sangat mencemari tiap apa yang mereka jumpa . Biarpun dari jarak beratus kilometer ,mereka boleh buat andaian macam2 tentang seseorang itu .

Contohnya aku je guys . Tak semua orang kenal aku , tapi aku cuba buat baik dengan semua mereka , join kelompok mereka  ,ikut rentak mereka  , tapi bila silap aku sikit je , aku lah orang paling teruk kena kecam dari mereka . Tak hairan lah bila ada yang kata aku Playgirl , aku tomboy ,aku pondan , aku itu ,aku ini , kisah pulak aku ? Nooo !

Puncanya 1 je guys .. yep puncanya adalah kerana mereka tak jumpa aku depan2, face to face , calling2 aku . Mereka kenal aku semata2 dengan baca moment2 yg aku update , status facebook yang aku taip , tweet ditwitter , idea senget diblog , balas pm tiap kali mereka pm aku  , so tak  mustahil macam2 spekulasi pasal ak…

I AM SORRY

Guys ..
Kisah aku " pengguna terakhir id rania evans "  terpaksa aku stop . Bila tiba part aku dapat tahu akak sakit kanser , siyes  ..i can't type anything .idea aku blank !! Aku nak mula je mesti airmata aku turun laju ,aku throwback je , nafas aku jadi ketat ,dada aku terus  beku guys ..sorry guys .. aku tak kuat 😭😭

Banyak dosa aku dengan akak aku guys . Tak tertanggung oleh diri aku sendiri . Sorang adik yang degil ,nakal dan teruk , aku dah buat jiwa sorang kakak tertekan dalam masa yang sama ,dia sedang menahan kesakitan sendirian dlm dunia dia . Sedang aku ?!! Hari2 buat perangai giler !!siyessss ..aku lemah part ni .

Aku dah kira2 , ada lagi hampir 20 bahgian paling sikit aku nak share dalam blog ni, tapi buat masa sekarang ,aku memang tak mampu guyss..sorry ea 😭

Okay aaa, nak siap2 pergi class kejap lagi .

Selamat sejahtera keatas kamu ..

HAPPY BIRTHDAY TO ZARUL

Sorry dear , dengan assignment melambak2 ni , dengan test online yang coming soon , dengan  trial yang pasti datangnya next month  , i tak dapat send hadiah kat you , lagi pun sebab jarak terlalu jauh antara kita, nanti hadiah sampai kat you masa i dah balik Malaya kot hahaha better tak yah dulu okay , and di kejauhan ni ,hanya bacaan surah AlFatihah hadiah paling mampu i beri untuk you after tiap selesai solat 5 waktu i kat sini harini, hope Allah makbulkan doa2 i , panjang umur , Murahkan lagi rezeki , kerja elok2 , Jaga family , sayang adik beradik ,Sayang parents ,Sayang semua kawan2 yang sayang you ! Semoga you fokus dalam ibadah seharian, sebab iman tak dapat dijual beli , iman jugak bukan dari harta keturunan datuk nenek moyang kita. Iman datang dari jiwa dan hati yang semata2 LILLA HII TA'AALA  , bytheway i pesan2 bukan sebab i ni alim ulamak or ustazah pilihan tapi i pun dalam usaha  memperoses iman dalam jiwa ini , supaya sebati dan kekal kental sampai  mati , Harap you…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 8

Dalam masa 3 bulan dalam kem aku dapat  rasa macam ada  something happened kat luar sana. Naluri aku kuat cakap macam tu . Berkali aku musnahkan andaian tu , kata aku ah maybe just perasaan , tapi  fikiran yang buruk tetap ada . Cukup 3 bulan , aku dah takda mood  nak balik rumah , semestinya hidup dalam kem PLKN sangat2 indah . Hahaha sebab tu agaknya berkali mama pesan , masuk je , nanti awak tahulah macamana suasana kat sana .kalau anak  orang lain boleh ,kenapa tak anak mama?  Yess mama , you are rite ! Seronok duduk dalam kem PLKN  sebenarnya, lagi2 jenis macam aku yang aktif dan kadang2 hiper jugak ahahaha tapi aku hiper aktif part  lain je ea ahaha

Malangnya plan pertama aku gagal sebab mama tak izinkan  aku kerja di Mersing tu  (kawasan kem PLKN ) kata mama lagi ,cukup lah 3 bulan awak jauh dari mama ,ayah , kak Lyen dan adik E . Lepas ni tak payah pergi jauh lagi dah .

Merindu itu sakit kan ma ?

Hihihihi aku dah puas rasa semua rasa rindu yang sakit  tu tapi aku tak cakap si…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 7

Dik ! Kakak awak dah uruskan kemasukkan awak ke PLKN yang tertangguh dulu tu . Bulan 12 ni  awak pergi * mama tiba2 bersuara

Hah ? Orang kena pergi PLKN ??adoii tak payah kenapa ???* aku mengeluh perlahan

Pergi jelah , bukan lama 3 bulan je kan *mama sambung bersuara,kali ni lebih keras

Korang memang tak sayang orang ni lagi kan ? Sebab tu bersungguh sangat nak orang  join PLKN tu kan ??? * aku memberontak depan mama !

Siapa cakap ..?*mama pandang tajam muka aku

Yeeee !! Semua orang dalam rumah ni dah tak sayang orang ni !!!! Sebab tu nak sangat orang duduk hutan tu jejauh dari semua !! *aku jerit dan jerit

Awak dah kenapa ??tak boleh cakap elok2 depan mama ke ??*akak keluar dsri bilik dan tangan dia dah hampir cecah ke pipi aku.


Bila urusan sekolah selesai ,kemas semua barang2 yang perlu dibawa, list ada atas meja kat bilik awak tu , akak dah print kan. Apa jadi sekali pun , awak kena masuk kemPLKN  tu!!*alamak ..akak aku dah keraskan suara dia ?

Mama hilang ke dapur , tinggalkan ak…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 6

Macamana you dapat id i ?*Mamat tu pm aku ,lepas dia balas add aku petang tu

Rahsia ! * Ahak !! Ulat bulu naik daun oii, merenyam je ko mia kan?cakap kat diri sendiri ,  kikiki

Ala, cakap je ,bukan i marah pun , i suka  kut ..hehe *Peh ..ayat mamat ni memang tak boleh blah bisik aku

i jumpa  id you kat fb abang you , so i add jelah *betapa aku katakan yg jelas lagi  jujur dong

oh , fb you apa ? You kawan herry ke ? * banyak soal pulak mamat ni

herry kawan akak i , i takda fb , selalu guna fb akak je , kenal yenda ixati ? *padahal aku tahu ,hampir 40% budak kampung Subang kenal siapa yenda !! .tapi aku saja nak jual minyak kat mamat ni so pura2 tanya .

kenal sangat , a ah dia kawan herry , tapi sekarang diaorang kawan lagi ke ? * eahh abang ko ,ko boleh tanya aku ?? Sepak jugak mamat ni karang .

entah la ,i pun tak amek port pasal siapa kawan akak i , sebab akak jenis ada bf or kawan rapat tapi tak suka nak share dengan siapa2 termasuklah i , semua aktiviti alam maya dia adalah rahsia…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 5

Jam da  11.45 malam , aku baru siap iron uniform sekolah . Kemas bilik yang tak serupa bilik ! Mop lantai , vakum habuk2 , buang sampah sarap yang dah macam pusat kitar semula ,bak kata fatin haritu. Ok ! Tugasan 25% untuk markah STPM aku dah settle 100% !! Fuh lega ! Esok boleh hantar , sebab esok due untuk Puan Badariah kumpul .

Awak tak keluar ? *eh ?!! akak masuk bilik aku tetiba je

Tak ..Esok kan ada class *Aku jawab tanpa pandang muka akak

Fibo tak cari ?selalunya macam ni dah berembun dah korang ,*pehh..akak perli aku tu guys !! Argh !!

Hari2 berembun ,nanti nampak macam comel sangat kot , kalau orang dah comel sangat , nanti akak kalah pulak ,lepastu market orang naik tinggi dari akak ,nanti akak jeles pulak ..ermm taknak lah kalahkan akak ..  *cia..cia..ciaa..ayat deep kot aku keluarkan kat akak .

Alaa, comel2 pun kalau melayan kaum sejenis ,apa kelas.*Uuyooo !! Tersentap nafas aku kejap . Aku tengok akak kecik beso je ni ..grr

akakkkkk !!!! Kerana pulut santan binasa ..ahha…

AKÙ PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 4

Lebih dari 48 jam dah fatin tak kontak aku. Datang rumah pun tak , bunyi kereta pun takda melintas depan rumah aku ni . Task  untuk 25 %  markah untuk exam STPM aku hampir 95% siap . Tinggal nak kemas kinikan je . Kak Lyen ,mama makin sibok di taska sebab ada 3 orang baby baru lepas hari katanya sudah dihantar ke taska Nur Qaseh .

Dik .. lepas kelas pergi taska eah ,
kak lyen pesan sebelum aku keluar ke sekolah pagi tu.

Alaaa..malas laaaa.. orang ada extra class petang ni 2-4 petang. Cutilah orang pergi tolong akak dengan mama .

Lepas pukul 4 pun takpa . Budak2 tu ramai balik senja . Kesian kat mama  . Awak balik rumah bukan tolong masak pun , asyik lah main game , dengar lagu  , tengok movie  ..ermm

Shhhh .. pagi2 jangan pot pet ..tu rezeki dah mari ,nanti dia buat U turn pulak ..tak baik ..yelaaaa ..okay la okay nanti orang datang ye? Tolong akak ye ? Mama jugak ye ? Dah2 jom sarapan dulu yeeee .. ahahah  aku sebenarnya malas nak dengar akak bebel .

Mama mana ? Orang nak salam ni ,…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 3

Nak lepak , handphone taruk atas meja !
Tu arahan fatin masa dia , aku baru je sampai kat meja kawan2.

Chill la ..semua dah kat sini ,tak perlu dah handphone ni..
Jojie senyum sambil bangun dan letakkan handphone atas meja. Diikuti pulak oleh fatin , locca , Dhina dan last aku .

Mana kawan kau tu beb ?
Fatin aju soalan kat Locca

ontheway ..kejap la. Dia kena hantar kakak dia kerja shif malam. Harap nanti korang selesa dengan dia ea beb ?

Kami ber 3 masih diam , fatin je yang angguk2kan kepala tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Locca .

order makanan !

Nasi goreng kampung berapi dan lemon jus ais  itu makanan kegemaran aku kat sini . Makan kalau tak pedas meletop , bukan makanan namanya hahaha well jawa kot ? Tak pedas kan tak jawa hahahaha what the jawa ?

tak lama lepas tu kawan Locca sampai.

Awek umur 17 tahun ,muka macam artis k-pop , rambut paras bahu , warna perang gelap , tak tinggi tak rendah ,dalam 160 cm . Muka bila senyum ,market boleh naik tinggi ni ..not bad aaa .. * bis…

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 2

Malam lepak tempat biasa jom !
Jojie send message kat group wassap Lessy 5 .

Ala  ..mama aku marah nanti doe ..
aku reply ngade kikiki

Esok tak sekolah kan ngek ? Apa ade hal beb ,
Locca pulak jarum ..lahaii masaaak

Yeee ,takda class tapi aku M.A.L.A.S !
Jawab aku seloroh ,ajet2 alim gitu

Takda2 , pukul 10 aku amek ko mia ! Ko siap2 !
Fatin pulak masuk chat


Alaaaaa ..ni yang lemah ni .. bila fatin masuk group ,aku cepat sangat cair hahaha . Aura fatin memang awesome.

Yelaaa yelaaaa .. jam 10 parking kereta depan rumah aku ! Fullstop !

Ahahaha aku kerek ,padahal tadi baru cakap takut mama marah. Ni siap mintak kereta amek depan rumah ..dasar otak senteng ! Opss ngata diri sendiri takpa .

Ngam2  pukul 10 malam.

Mama tidur sebab letih kerja seharian
Ayah kerja shif malam
Akak dengan adik E tengah syok tengok bola JDT lawan Pahang

Grrr..tak minat la bola !! Semua perangai serupa kekanak !
 Aku jeling akak dengan adik E .

Awak nak kemana? Nak keluar tak payah kutuk orang main bola pulak, …

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 1

Jom jogging ke  .. gym ke .. itu whats app yang aku dapat dari Fatin.

Task aku melambak ni beb , malas lah .. Jawab aku  ringkas

ala ,malam karang buatlah.kejap je 30 minit keluar peluh lepastu lepak kejap ,sebelum maghrib balik lah . Mama dengan kakak ko kan balik malam . Apa ada hal .jom  ahh..

Adoi ..siyes doe , kerja banyak ni . Esok lah ea .ke.. ko datang rumah aku , ko tolong aku buat kerja2 ni .settle je ,kita keluar lah !

Okay 10 minit aku sampai ! Itu last message dari Fatin.

Yep 10 minit tepat sampai dah perempuan tu . Bunyi derum kereta dia aku dah kenal dah. Berlari anak aku bukak pintu pagar rumah . Fatin kenyit mata , aku besar kan mata , then tunjuk penumbuk kat dia . Hahahaha dia balas dengan jelir lidah . Siut !!

Poyo siak minah ni , tu suara Fatin yang mula2 aku dengar bila dia keluar dari keretanya.

Poyo bendeeee .. hahahaha aku buat2 tak paham maksud dia.

Ko ah ..ajak jogging ,ajak gym macam2 alasan bagi. Bukan aku ajak pergi mati ,ajak pergi keluarkan peluh tu je…

BILA KISAH ITU BERMULA

Afternoon ..

Bila  housemate semua dah ke class , aku pandang muka warden , dan warden pandang aku .aku senyum ,dia pun senyum* ahh melting sey tengok anak dara 30an ni senyum .

Wanna sleep ? Tanya dia
Yep ! Sleeping and dreaming ,  join me ?
Haaa ? nooo !! Terkejut dia
Hahahaha why no ??
Warden buat muka terkejut beruk dan  Aku tetiba nak tergelak tengok muka anak dara tua arab tu buat muka gitu. Aku tinggalkan warden kat depan pintu bilik . Yeszzaa ..

Kelihatan bantal dah melambai2 sambil kenyit mata . Aku lemau kalau digoda macamni , sumpah bhai ..tak menahan sey ..pehhh

Pandang bantal - pandang phone - pandang laptop ..mana satu pilihan aku kali ini.

Bantal ? Dah hampir 3 minggu aku berkepit dengan bantal. Yep 24/7 hanya bantal menjadi peneman lena aku .  Ok ,cancel lah  bantal !

Phone ? Call mama ? Whatsapp abang Deen ? Kak Su ? Adik E ? Ahh semua dah berkumpul kat kampung rasanya .nanti makin tambah pedih hati aku sebab tak dapat join mereka  raya korban tahun ini . Wechat ? Ta…

PERLU KE DIMUSNAHKAN ?

Hi guys ! Nak tidur katanya tapi sempat lagi menaip .kikiki  . Now aku aktif dilaman social pakai UC browser je guys . Buruk baik UC browser aku je tahu  dan aku je rajin melayan. And now, UC browser setiap masa akan update isu semasa pada apa yang berlaku di Malaya . Harini jumaat 9.9.2016 berita yang  agak tertarik untuk aku baca dari info UC browser  ,  headline :

*Dr M: Destroying Langkawi eagle won't make Malays more Muslim*

"Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said demolishing the iconic eagle statue in his home state of Kedah is not going to make Malays more Muslim than they already are.He said this in reference over the religious view that statues of living creatures are "haram".Mahathir pointed out that the Islamic injunction is only with regard to carved images being worshipped as gods."The day some Muslims place joss-sticksand genuflect before the eagle in Langkawi, that day the offending Muslim should be told that they are not followingthe in…

KISAH BUDAK WECHAT ID RANIA EVANS

Psst...psst ..meh bisik ..

" rindu i tak ? "  kalau rindu pujuk hati tu , jangan rindu orang jauh ni , sebab rindu tu orang jauh ni dah rasa dah . Sedang rindu pun sakit , bagaimana nak bercinta ? "

Hahahaha gedik giler bahasa ..yarckkk *muntah pelangi*


Guys ! Harini dan hari2 seteruskan aku akan cuba bangkitkan nostalgia aku  dengan ķenangan terindah aku di id rania evans . Nanti aku share satu persatu dari permulaan aku boleh terjebak dgn wechat sampai lah aku jadi aku yg sekarang . Tapi ..aku kena lah settlekan tugasan yang lecterur dah bagi ni . Kata housemates , harini study group akan  all out , sebab assignment akan dihantar esok ( hari Sabtu ) so makin sunyi sepilah laman social aku ek ? Sabar guys , pintu taubat masih terbuka ..ehh lari topik ahaha .

 Buat someone out there : bila Allah temukan kita , i bersyukur sangat , bila u trusted me sangat2 , i lagi bersyukur bagai nak giler . Tak minta lebih ,cuma berbahagialah , bergembiralah ,  keep smiling all your …

AKU KAKI TYPO ?

Hi guys  ..

Bosan deh  ! Siyes bosan duduk bilik dah nak hampir 3 minggu . Nasib aku jenis kalau bosan aku bantai tidur  ,makanya bosan je aku tidur , tidur je aku bosan hahahaha 2x5 !

Guys , bila aku teliti ada banyak hal kau orang boleh kenal aku  . Biarpun kita tak pernah jumpa or bersemuka tapi aku dapat rasa ,karisma antara korang dengan aku sangat padu !  Cehh

Aku Mia . Mia dan typo memang tidak dapat dipisahkan . Mia jenis naip jelaju , dalam 3 seconds  ,dia boleh bersembang dengan 3,4 orang ditalian ! Caya tak ?? Tapi ..tu dulu guys ..yep Mia dulu bukan Mia yang sekarang .Tapi peliknya , dulu aku naip lelaju , takda pulak typo bagai ,tapi sekarang ni typo aku melampau2 sey ,biarpun aku just pm dengan seorang manusia di alam maya hahahaha.

Classmate aku cakap ,aku bukan buat typo tapi aku reka perkataan baru . Grrr .. diaorang nak sedapkan hati aku la tu , siut ! Entah2 perli ! Ahh  pedulik apa aku !! Sedangkan aku naip kat blog pun ada beberapa perkataan yang korang perasan a…

ID RANIA EVANS DAH TAK WUJUD LAGI

Akhirnya ..

wechat id raniaevans milik aruah kak Lyen selamat aku delete .sama jugak dengan facebook dia ,walau bagaimana pun mendelete wechat milik  akak tidak semudah mendelete  acc  fb dia . Dengan wechat ada banyak kali jugak aku try , try dan try , namum gagal sebab ada apa tah yang aruah akak  sudah kasi setting dalam tu . Bagaimana akhirnya aku berjaya delete ? Aku terpaksa guna khidmat seorang pakar dan selepas 24 jam akhirnya berjaya dihapuskan .

Dan sekarang aku hidup tanpa dunia wechat . Id rania evans menyimpan 1001 cerita suka dan duka aku , pahit manis saat aku berjinak2 dalam dunia alam maya .Pastinya aku akan merindui setiap detik kenangan itu biarpun sejarah tak mungkin berulang .

Jom tidur guys , sejak petang semalam aku belum tidur hanya sebab nak siapkan assignment pasal "give birth  "  hahahaha ..adoii pecah otak oiii  , dah lah tak masuk class berhari2 , tetiba kena buat assignment . By the way , buat someone yg dah berjaya delete id rania evans tu , t…

AKTIVITI SAMBIL-SAMBIL CUTI

Morning guys ..

Blog sunyi sepi . Sesepi jiwa aku yang jauh diperantauan ini . Ceh ..hihihi aku busy sejak kebelakangan ni , sebab tu semua aktiviti " sambil -sambil " tidak aktif . Maaf buat si dia yang aku makin kurang hubungi . Bukan lupa , bukan tak ingat , tak pernah tak sayang , tolong pahami .

Harini kesihatan beransur okay , dan aku masih dalam cuti sakit yang ke berapa hari pun aku tak ingat . Hahaha surat mc pada warden . Malas nak fikir ahh ..harap sangat,agar semua akan kembali kepada biasa  secepat mungkin . Lama dah tak menggila. Sebab ?
Facebook rest
Wechat rest
Loving you never rest ..


Selamat sejahtera keatas kamu ..