AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 10


Hey ! Kenapa balik ? Awak tak kerja ke malam ni? Tetiba kak lyen muncul dari pintu ,padahal aku dah tunggu dekat 30 minit .

Err .. cuti , barang tak ada .. *aku tipu akak* Kenapa lambat bukak pintu ? Sejuk dah orang ni tunggu kat luar lama  , kalau ada penculik habis la orang dah kena bawak pergi jauh tau aaa..tak sayang orang aa tu , hahaha aku merunggut sebab pintu lambat dibuka ,padahal aku malu budak bujang sebelah rumah tu dah 3,4kali jengah aku dari tingkap rumah dia , seram jugak kalau dia keluar then pelawa aku masuk  pintu rumah dia pulak nanti hahahaha ada kang aku layan cerita geli2 kegemaran dia hahahahaah puuuiihh selisih  , mintak simpang laaa !!!

Mama mana ? Aku pandang tepat muka akak , a ah cengkung je mata dia , memang nampak sangat dia tengah tahan sakit.

Mama tido dah , akak tengah layan movie tadi , pakai earphone , adik E tido , sorry .tak dengar langsung awak call , awak  bagi salam. Naik apa awak balik ? Sambil menuju ke ruangtamu akak bercakap pelahan tapi nonstop dan aku follow belakang akak . Ermm makin susut badan dia 😢

its okay , Fatin datang Singapore ,orang tumpang la dia balik .*aku menipu lagi*

Nak minum ? Nanti akak masakkan air. Haish perempuan ni ,dia layan aku macam tetamu dia pulak kan.

Akak nak minum ke ? Kalau akak nak ,orang nak la jugak ! Hihihi aku memang malas nak bancuh air sebenarnya tapi kalau diberi ,aku ambillah ,rezeki guys jangan tolak !

Okay ,tunggu kejap akak ke dapur ,masak air . Kak lyen tinggalkan aku kat ruangtamu sengsorang terbaring atas sofa. Mata aku tak berhenti dari pandang kak lyen sampai hilang susuk tubuh tu kearah dapur rumah .

Pandang siling rumah , pandang dinding rumah, pandang handphone kat tangan  ..its nothing !!!

Kak ..orang tanya boleh? Aku mulakan perbualan. Kak lyen dah bancuhkan aku 1 mug air nescafe panas , dan 1 mug lagi nestcafe 0 untuk dia sendiri . Akak aku tak suka susu !! Itu reality tapi susu kambing dia boleh telan pulak  adoii ,pelik 2..

Tanya lah .. sambil hirup air nestcafe 0 panas ,akak bersuara perlahan.

Kak ..awak sakit apa ? Aku pandang tepat wajah akak

Sakit ? Sakit apeee ? Mana ada sakit ? Akak perbetulkan posisi duduk dia disofa tu sambil tangannya  capai remote astro . Satu persatu chanel astro dia tekan , tapi dia tak tengok betul tv tu .aku masih perati telatah akak .

Kak ..cakap la betul2 , orang serius ni , akak sakit apa ? Mama ada cakap kat orang yg akak sakit , tapi kenapa kami tak tahu ? Kenapa akak tak beritahu ? Kenapa nak sorok dari kami ? Aku dah mula rasa suara aku tersekat2. Kat kerongkong macam ada tulang gearbox yang tersangkut padahal aku tak telan pon tulang tu ,huh !!

Kak lyen masih pandang tv ,masih menekan2 button remote astro yang semalaya sudah tahu ,kalau kata  astro lah kan  ,20kali korang bukak pun itulah rancangannya . Ulang ,ulang dan ulang ! What the astro ?? Bosan sey !! Ingat comel ke tengok chanel ulang2 ni ?sumpah la tak comel !!  ðŸ˜¡

kaaakkkk .. aku dah mula merengek depan akak . Dia pandang aku . Dia tenung muka aku . Lama ! Tapi aku tak sempat nak kira berapa minit sebab aku pun tak tengok jarum jam masa tu ,tapi aku tengok akak !

Aku tenung muka akak tanpa sepatah kata. Akak letak remote atas meja dan menyandar disofa .Dia tak pandang tv lagi , dia tak tekan button remote lagi , tapi dia diam ,pandang aku dan  menangisssss ..

aku bangun dan pergi kesofa akak duduk tu ,aku peluk akak perlahan .


Kak ..😭😭😭


itu je perkataan yang keluar dari bibir aku , dan kami nangis sama2 dalam pelukan bloodsister tengah malam tu . Aku dah biasa peluk perempuan dan aku tahu akak memang perlukan aku untuk dia lepaskan semua airmata derita dia selama ini . Selama ini dia sorok2 supaya semua orang tak tahu yang dia tengah sakit , yang dia telah dikecewakan , yang dia telah ditipu oleh kekasihnya sendiri , yep terlalu banyak airmata yg akak sudah sorok dari aku  dan semua orang .. aku biarkan airmata turun sepuasnya ,aku tak lepaskan pelukan aku dan akak masih dalam pelukan aku untuk mendapatkan ketenangan malam itu .

Sorry guys ..aku tak kuat nak teruskan nya malam ni ... 😭😭 sambung lagi kay



Comments