AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 11


Minggu depan akak nak pergi Subang ! Awak nak ikut ?
Akak tetiba  bersuara masa kami sarapan bersama pagi tu

What ?? Buat apa pergi sana ? Nak jumpa siapa ? Cari Herry ? Cari Zaid ?? Nak pergi mana ? Kampung Subang ? Subang jaya? *budak subang jaya ,memang ada gaya* hahaha dalam blur2 sempat nyanyi rap sey !! πŸ˜‚

Sebenarnya aku tekejut beruk guys sebab setahu aku ,aku takda family yang duduk Subang kecuali budak2 Kampung Melayu Subang tu jelah .

Nak jumpa ljat , plan nak bawak  7,8 orang budak2 kereta ni untuk join bisness dia tu. Nak tolong dia , akak dah bincang dengan Fibo dan dia setuju nak drive kesana. Mungkin dalam 2,3 kereta gitu , malam lepak icity pulak , jomlah ikut .

Panjang lebar perempuan ni beri penjelasan.

Ermm..sabtu ahad depan orang kena kerjalah kak ,O.T wajib sebab minggu ni orang dah  cuti , takkan next week pun nak cuti lagi ,marah pulak boss tu. Dalam hati kecewa giler sebab tak dapat join  team akak tu. Sorry

Jap2 ! Ijat akak tu tau ke akak nak datang jumpa dia ?
Satu soalan yang aku rasa wajib aku tahu.

Belum , tapi akak dah pm dia kat wechat , tunggu dia balas je .
Jelas akak ringkas dan aku mula gelish

Kak ..better cancel jelah niat korang nak ke kampung Melayu Subang tu , orang rasa dia takkan balas la . Silap2 wechat akak dah kena block or delete dengan dia .

Aku cuba jelaskan sesuatu kat akak, tapi punyalah susah nak luahkan. Adoii ketat giler otak aku time tu .siyes ketat ,macam otak  anak dara ! Hahahaha kuaja je ayat . Bila anak dara je nak ketat ,bila ketat je ingat anak dara ..puihhhh ... kamu jaahhaaaattt  ....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Laaa...kenapa pulak ? Awak gaduh dengan dia ?
Akak mula buat muka poyo depan aku.

Bukan je gaduh , tapi dah delete semua pasal orang ni dengan dia dah pun kak ,tiada rahsia antara kita hahahaha orang bukan lagi gadis milik dia  ,orang dah bebas dari belenggu irama cintanya la kak..

*guys ... korang try bayangkan , kat stadium bukit Jalil tu ,penuntun buat ombak ramai2*

hahahahaha happening giler mereka meraikan jiwa aku yang dipersiakan oleh Ijat kak Lyen itu . Nok hare ! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ bravoo !! bravoo !!  Belon 50, 000 biji berterbangan menuju angkasa

 πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. πŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ ( meriah giler ) hahahahah

Kak Lyen  tunduk diam.

okay lah , cancel jelah pergi Kampung tu , pagi ajak diaorang lepak PD  , then petang sikit pergi icity jelah nanti .

Okay akak dah buat keputusan yang sangat tepat bagi aku  ! Aku lega giler ,aku taknak akak aku rapat  dengan budak pembuat kopi berpusat biji durian  itu lagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kejam tak aku masa tu guys ? Ofkos ,al maklum playgirl la katakan 😍😍😍 kisah pulak aku ? Lalala*korek telinga pakai bulu ayam*

kak ..buat operation ea ? Nanti gaji orang tu tiap bulan orang simpan untuk kos ubat akak , mulanya orang niat nak beli kawasaki macam along anak aunty Lia tu  tapi takpalah , guna beli ubat akak lagi bagus . Kita berubat ea kak ? *aku selit sekali lagi adengan memujuk akak *

Noooo ..tak nak !! Dah terlambat dah , dah stage 3 , akak tak nak buat apa2 operation !! Biar je macam ni ,kalau sakit ,  akak boleh tahan ,makan ubat tahan sakit ,nanti hilang lah sakit .. duit gaji awak tu ,baik awak simpan untuk awak teruskan belajar nanti . Jangan persiakan pelajaran selagi awak masih muda ,akak nak awak berjaya ,biar orang cakap ,awak jahat ,awak liar ,awak degil , tapi biarlah jahat tu jahat yang punya ilmu dan akal , bukan jenis jahat yg bodoh sombong .

Peh ..akak buat keputusan ikut kepala dia sendiri ! Aku sebak ..aku tunduk pandang lantai , air mata aku satu persatu menitis , kali ini akak betul2 tegas dengan kata hati dia ,aku tak berdaya nak paksa . Sedang mama dan ayah katanya puas dah menangis ,merayu ,memujuk akak , tapi akak tetap degil ..ermm aku celaru guys nak pujuk akak gaya apa .. bapak buntu masa tu ..adoiii hantuk kepala kat bantal jelah ..

aku terfikir2 ,siapa lagi boleh bantu aku untuk pujuk akak ? Nenek ? Abang Deen ? Dek E ? Arhhh .. bf dia ? Eh ..siapa bf dia sekarang ?? Arghhhh serabut oiiii !!!


kaylah , untuk normalkan otak yang serabut , bagi masa aku rest kejap ea .guysss

nanti sambung **


Comments