Skip to main content

AKU PENGGUNA TERAKHIR ID RANIA EVANS 5



Jam da  11.45 malam , aku baru siap iron uniform sekolah . Kemas bilik yang tak serupa bilik ! Mop lantai , vakum habuk2 , buang sampah sarap yang dah macam pusat kitar semula ,bak kata fatin haritu. Ok ! Tugasan 25% untuk markah STPM aku dah settle 100% !! Fuh lega ! Esok boleh hantar , sebab esok due untuk Puan Badariah kumpul .

Awak tak keluar ? *eh ?!! akak masuk bilik aku tetiba je

Tak ..Esok kan ada class *Aku jawab tanpa pandang muka akak

Fibo tak cari ?selalunya macam ni dah berembun dah korang ,*pehh..akak perli aku tu guys !! Argh !!

Hari2 berembun ,nanti nampak macam comel sangat kot , kalau orang dah comel sangat , nanti akak kalah pulak ,lepastu market orang naik tinggi dari akak ,nanti akak jeles pulak ..ermm taknak lah kalahkan akak ..  *cia..cia..ciaa..ayat deep kot aku keluarkan kat akak .

Alaa, comel2 pun kalau melayan kaum sejenis ,apa kelas.*Uuyooo !! Tersentap nafas aku kejap . Aku tengok akak kecik beso je ni ..grr

akakkkkk !!!! Kerana pulut santan binasa ..ahhaaa , cakap elok sikit.*aku warning akak.

Dah memang ye kan? Apa awak nak selindung ? Wechat ada log in tak? *ahh akak ubah topik sebab dia tak nak aku naik angin lah tu.

Adaaaa ..tapi kejap2 je, *jawab aku seloroh

Awak pm siapa je dalam tu ?*Eaaah ! Soalan apa je akak bagi nii ?????? Aku berhenti mengemop . Aku pandang akak .

Nak kena beritahu jugak keeee ? *Aku bagi soalan bengang

Yelaaaa.. dalam tu kan kawan2 akak , so awak sembang dengan siapa je?*Aku tahu akak nak korek rahsia ..grrr

Orang pm AhShuk ! Dia invited orang join group anak saudara dia ,dayah dgn afikh tu ! *Aku jawab jujur lagi .

Wah..hebat.lama dah awak kenal ahshuk kan? Dia macamana? Baik kan ? Sebab tu akak cakap ,kawan je dengan orang macam dia . Dia jenis takkan amek kesempatan kat perempuan. Dia respek perempuan sangat2 , sebab tu anak buah dia semua sayang dia. Kecik besar semua suka dia . Bertuah lah siapa dapat dia ..*akak merepek ape doe ???

Kalau dia ok ,kenapa akak tak takel dia ? Kenapa pilih abang man yang ..yang anu tuu..aaaa  * aku cuba korek rahsia akak.

Sebab akak kenal man dulu dari ahshuk, kalau akak jumpa ahshuk dulu ,maybe sampai sekarang kami masih bersama, sebab ahshuk ni cakap je kawan baik man , tapi perangai diaorang jauh beza . Ahshuk jenis lelaki  setia , Awak kenalkan man macamana, dia pemuja perempuan seksi, suka layan movie,kuat bahan orang difacebook , dan takda kerja tetap , berangan je kuat ,pergi nya tak kemana * alamak !! Akak aku kutuk ex-bf sendiri ??? Hahaha not bad ahh

Kak ..dia memang baik , tapi ..*aku tengok muka akak

Tapi ? *akak tenung muka aku

Tapi orang rasa ,anak buah dia ,dayah tu ,tak suka orang la , dia kalau kat group ,layan orang macam tak nampak je . Kalau afikh ngam lah dengan orang ,kepala satu set je dengan perangai lasak orang ni ,hihihi jatuh patah riuk ,tetap tak sombong dengan orang..*aku jelaskan keadaan sebenar

Laaaa..macam tu pulak ..mana akak tau ,sebab akak pun tak kenal anak2 saudara dia ..*akak mengeluh pelahan

Takpa lah kak ,maybe orang pun bukan baik sangat so biarlah kami kawan biasa je , asalkan tak lupa ..bytheway orang dah delete id dayah dan id afikh tu sebab ..orang taknak hati orang sakit bila on9 wechat nanti2..**aku jujur lagi

Ikut awak lah ..study untuk STPM macamana? Dah fokus dah ? *akak belek hasil kerja 25% markah STPM aku atas meja tu .

Dah kak , sebab tu orang dah jarang keluar malam , sebab nak ulangkaji sikit2 , trial haritu orang dapat pointer 3.8 orang nak kejar 4 pulak real exam ni ,insya Allah kalau dapat la kan ..*cita2 tu guys kikiki

Aamiin awak  usaha je ,lain2 awak serah je pada takdir ,insya Allah ,ada rezeki awak ,adalah  ..**akak bagi aku semangat padu !!

Aamiin ..thanks kak ..*peh solehahnya aku malam tu ..maklum dah siap kemas bilik dan bilik dah tak macam pusat kitar semula kan ? So setan2 dah berambus ,makanya datanglah idea2 solehah yang suci2 gituuu ..kikiki

Jum tido ..**akak ajak aku tido ?? Wow !! Ahahaha

Akak tido lah dulu ,orang nak mandi kejap ,melekit2 badan ni sebab peluh ..* aku bagi alasan ,padahal malam ni aku dah janji nak pm someone ..ciaa ciaa ciaaa ..

Okay, jangan tido lewat sangat ..*pesan akak sebelum keluar bilik aku

Kak ..akak tak nak tido dengan orang ke malam ni ??*ahahakk..aku menggatal siakkk

Taknak lah , akak nak chat dengan seseorang kat luar daerah kejap , nanti awak kacau ,*ahahahah aku dah agak dah , mak nenek ni nak datingggg ..siut ,dalam diam  dia ada pasang buah hati kan..grrr


Oklah nanti orang masuk je bilik akak ea ??*aku sakat perempuan lembut depan aku ni

Taaak payah !! Akak lock dari dalam !! Taaa taaaa..* akak keluar bilik lelaju dan aku bantai gelak tengok perangai manja akak aku sorang tu ..

Acara kemas bilik dah settle !! Yeszzaaa ..

**oook..jom mandi banggg ..nanti kita sambung lagi ye ??

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx