AKU DAH BERUSAHA DAH TAPI MASIH BODOH



Hi guys ..

Harini aku kena pukul teruk . Bukan kat tubuh badan tapi kali ni pukulan demi pukulan bertubi2 aku dapat dikotak minda , ini berlaku bila aku online facebook . Bila aku bukak message request kat inbox , beberapa manusia  ,bukan follower ,bukan friendlist aku ,  dah bantai aku cukup2. Mereka pakat2 serang hendap aku kat facebook doe ! Not bad ! Aku yang dah mamai dlm ward ni , terus hilang rasa mengantuk ! Punca kena bantai ?

Yep , puncanya  sangat menarik sekali bila aku berjaya buat silap paling besar bagi mereka . Aku bodoh ? Ye sangat2 bodoh ! Tapi sebodoh2 aku ,aku tak pernah bodohkan orang lain , tapi orang lainlah  yg berjaya buat diri mereka nampak bodoh . Aku dikata bodoh sebab tak pilih kawan baik mereka sebagai * pendamping * !

Aku telah diugut !

Aku diugut ?yeszzaaa ..aku diugut akan dipukul ! Sebab ?  sebab aku dah ubah haluan aku yang seterusnya , bukan haluan yang mereka harapkan , yang aku dan someone selalu sembangkan! Okaykay , Mari kita sembang kejap guys . Ayat bawah ni untuk kaki2 pukul tu okay 😊

Hey you alls .. kalau korang ada adik perempuan , rasa2 korang , korang nak ke adik korang teruskan hidup dengan someone tu ? Korang tahu kan , berapa lama aku  dah jadi peneman dia ? Berapa lama aku bersabar dengan aktiviti2 dia ? Apa orang cakap pasal buruk dia ,aku abaikan je,aku butakan mata ,aku buat2 tak nampak silap dia , sebab apa ?sebab aku ikhlas nak tolong dia,  Sebab aku masih tahan sabar ,aku nak dia berubah sikit demi sedikit ! Yep dia memang berubah guys , tapi apa yang dia buat selepas tu ?? Ahh korang pun tahu la ,walaupun aku tak duduk semeja dengan dia , aku dah masuk dah dlm kehidupan dia . TAPI Mana perubahan tu ? Apa yang boleh mama dia bangga dengan kehidupan  dia sekarang? Korang nak aku teruskan semua tu dengannya dengan macam tu aje ? Aku je berusaha untuk dia berubah tapi dia ? Dia buat apa untuk diri dia sendiri ? Mengadu sana sini retilah !

21 years old  bro , you are adult !!

Guys !! Marahlah aku semahu korang . Aku tak kisah . Cuma ..pandang aku sekejap dan bayangkan aku ni sebagai adik perempuan kau yg berdiri didepan mata kau tu , korang mahu adik kau ni jadi apa ????? Teruskan semua ini dengan dia ? atau ???

Kau pandang jahat aku ,kau kesan bodoh aku , tapi apa someone tu  dah buat untuk diri dia ??? Berapa lama lagi aku nak support dia untuk berubah ?? Yep ,aku faham bila dah kawan baik ,korang tak nampak silap dia kan guys . Aku faham tu..takpa ,aku memang salah . Yes salahnya aku bagi support kat orang yg anggap aku takda apa2 . Malahan korang yang 24jam ada dengan dia ,korang berjaya ubah dia jadi apa guys ?? Cuba tunjukkan aku perubahan tu ?? Cari silap orang memang seronok kan ? Awesome ! * tepuk tangan *

Buat pengetahuan korang , hampir setahun aku berdiri dibelakang dia ,jatuh bangun bersama ,nangis bersama , suka duka bersama , tapi sampai bila dia nak macam tu ??? Aku tak salahkan dia sebab dia pun anak orang kaya ,so tak perlu fikir masa depan . Tak macam aku ni , tak belajar ,tak kerja , aku tak punya apa2,aku tak punya siapa2 , sakit ,pening aku kat sini aku hadap sorang2 je guys , sebab tu aku kena berusaha  habis2an ,aku kena kejar  semua  yang belum pasti aku capai ! Tapi akan aku dapatkannya !!

Sekali lagi guys soalan aku  ,

"kalau aku adik perempuan korang , nak ke korang suruh adik kau tu teruskan semuanya dengan someone tu ?? 😊" setahun tu lama bro , tapi aku dapat apa ? NOTHING !  Dia masih macam tu .. ahh korang je aa yang betul !! Bytheway Aku masih tahu jaga aib orang2 yg aku kenal sebelum ni ,dont worry . Screen shot texts korang aku takkan publickan sebab aku tak reti nak aibkan *member* 😉 sebab post aku ni walaupun aku bukan blogger popular , tapi 1 dunia boleh baca kay .. hari2 nak malukan orang pun tak boleh jugak kan ? 😂


Apa2pun , doa aku untuk mereka yg kata aku bodoh dan tak guna tu , semoga Allah permudahkan urusan korang , sihat sejahtera sentiasa  , family korang sihat2 belaka, Allah murahkan lagi rezeki dan diberkati pada amalan dunia dan akhirat .. amiin 😍

Bodoh aku bersebab bro , thats all..

Comments