APA KAH KURANGNYA LAGI ?


Hi guys..
Mata pedih2 ngadap nota ni , twitter krik3 ,facebok z..zz so better layan blog jap .nak tengok  warna hijau tak larat pulak nak turun bilik ni kikiki *gedik tak sudah*

Guys..aku rasa sekarang ni memang musim lah kot . Ermm selain musim pengantin , dan musim kucing mengawan , sekarang ni kalau korang perasanlah kan musim laki orang  test market ! Tak caya ? Up to you  lah but apa yang bakal aku cerita kejap lagi ,adalah pengalaman  dari orang keliling aku sendiri yang aku tanya sendiri ,yang aku jumpa sendiri. So ini cerita bukan main2 bedal je nak share okay ?

Aku ada kenal sorang perempuan , standard kakak2 la dengan aku , satu hari  kakak ni mengadu kat aku yang kawan kerja ditempat lama dia selalu lah berwhatsapp2 dengan dia. Asalnya dia fikir sekadar tanya pasal kerja or ambil peduli sebab dah kenal sebelum ni .awal2 gitulah kot sebab abang  nak masuk line .


Then  lepas sehari masuk sehari , makin rancak pulak berwhatsapp. Tak kira siang atau malam. Tanya itu ini , ada kata2 unsur sex dlm ayat . Then kakak tu buatlah tak layan dengan tidak balas whatsapp , or balas lambat2 or simpan dulu , 2,3 hari baru balas .

Apa jadi ?? Peh siap berani  call pulak ! Tak call siang , dia call sebelah malam . Ahh suddah  kakak tu naik pening nak melayan da. Sebab pada dia ,kalau bini lelaki tu tahu , mati dia kena serang ,padahal yang rajin mulakan perbualan adalah laki dia ! Makin lama ,makin menjadi2.

Kakak tu cakap kat aku , agaknya  bini abang tu tak bagi " makan " cukup ke ha? Atau abang tu jenis nafsu kuda ? Ahahahaha aku cakap itu bukan kuda ,itu nafsu naga ! Kena lebih hati2. Bola2 api dia sangat power !! Ahahaha

Aku tahu kakak ni seorang yg friendly dan comel  tapi takkan abang tu tak fikir comel2 pun  dia adalah anak dara orang , bukan anak ayam . Dan apakah agaknya abang tu tak terfikir  perasaan bini dia bila dapat tahu perangai suami macam orang kurang kasih sayang. Aku percaya confirm isteri  dia sedih dan terkilan . Erm  kalau lah ada perempuan yang izinkan pasangannya melayan anak dara orang , boleh tabik spring aa guys. Hantaran 50 ribu pun korang boleh bagi double doe. Tak rugi !! Trust me ..

Aku ..sebagai perempuan yg baru nak dewasa , aku just berani pesan kat akak tu. Andai akak nak rasa apa yg isteri dia rasa , akak teruskan lah melayan abang tu . Tapi bila akak ada rasa  kasihan dengan isteri dia yang akan merana dan kecewa , better akak cari jalan penyelesaian . Tak baik kacau rumahtangga orang . Jodoh itu takdir dan takdir boleh berubah dengan doa . Ingat tu !

Akhirnya kakak tu buat keputusan yang dia akan tukar nombor whatsapp baru . Okay ! Aku setuju idea tu . Tapi aku cakap , dari akak modal beli nombor baru ,apa kata akak block je nombor abang bernafsu naga tu , settle !

Dan idea aku diterima !! Ahahahah kerja mudah je guys . Korang nak bahagia , bagi je peluang orang lain jugak bahagia . Tak perlu takut berubah , kerana mungkin saja perubahan itu bawa kebaikan  .

Buat suami2 orang diluar sana . Katalah kan , abang2 kacau anak dara orang sekarang ni , abang sakitkan hati "perempuan " abang ( isteri ) esok2, anak2 perempuan abang berkahwin dan suami dia buat perangai serupa ,apa abang rasa ? Bang ..sekarang Allah bayar cash . Lu buat lu dapat , gua pesan je sebab tu sekarang gua dah tak tamak macam dulu . Gua dah insaf doe 😭 suami orang ada kacau aku ? Ahh nanti kita sembang la ye , aku nak sambung baca nota jap lagi . Next week exam sudah hihihi . Semoga dipermudahkan ..aamiin

selamat sejahtera keatas kamu ..


Comments