AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP



Hi guys .. lama dah aku tak bersiaran .cehhh .. kalini aku bagi lagi satu pengetahuan mengenai al - Qur'an . Iaitu mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.  adi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama,
dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.

Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Prancis.

Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yg luar biasa terhadap sel2 otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dlam proses penyembuhan penyakit cancer

✅Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Qur'an dan disaat yang sama , sel2 sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi.
"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(QS. Al Isra’: 82)

Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL2 TUBUH
ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI ! QS 7  : 55, QS 17: 10

Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan ? Ini kerana ada doa yg dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan mengembalikan sistem yang rosak.

Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar ? Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya :

1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dgn murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan

2. Maka bacalah Al Qur'an , kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.



info dari kawan sebelah bilik * aku niru je guys 😂

Selamat sejahtera keatas kamu ..

BACALAH WALAU SEBARIS AYAT

Guys .. bila last day korang buka dan baca alQuran ?

Ambil my kad  . Lihat tarikh lahir korang . Kalau masih 7 tahun usia korang , pergilah belajar iqraq . Kalau sudah 12 tahun  , berusaha lah belajar iqraq . Dan kalau sudah 21 tahun  .. bangun dan pandang AlQuran yang sudah lama kau biarkan tu .Iqraq !!

Ayuh .. usaha  tak kenal usia  , tapi bila dah berusia  . Usaha kena lebih kepada akhirat . Puas dah enjoy masa remaja dulu . Seawal usia remaja  selepas baligh sampai ke 21 tahun sebelum dipanggil dewasa . Lama sangat  dah tu enjoynya guys . 

Korang nak salahkan parent sebab korang lalai ? Korang nak kata mereka leka dalam mendidik anak ? No need guys ,bila usia dah cicah 21 and over , semua ditangan korang , mereka dah lepas dah tanggungjawab . Sebab mereka dah hantar korang belajar  , tambah ilmu , bakinya takkan korang nak harapkan mereka adjust lagi ? melampau 

Banyak pengalaman aku dimana sudah bercucu tapi baca al fatihah pun tak jelas. Allah hu . Minta dijauhkan dari sahabat2 aku semua gejala tu ya Allah . Sedang alFatihah itu adalah antara  segala amalan kita bermula ..iaitu  solat.

Guys .. yang sebenarnya Quran tulah bff korang. Quran itulah gadjet paling canggih ,paling lengkap yang semua orang mampu milik . Tapi kenapa dibiarkan berhabuk ?  Ini sangat tak adil .  Sebelum terlambat , bacalah walau sebaris ayat . Kita sama2 berusaha . Korang cuba ,aku pun cuba  . Manusia tak pernah sempurna guys . So engkau ,aku ,mereka ..sama je. 

Beza kita cumalah  pada amalan kepada Allah s.w.t. waallahhualam~



Selamat sejahtera keatas  kamu 😊

SELAMAT SEJAHTERA KEATAS KAMU


Morning guys ..

Sebelum dibuai mimpi , izinkan aku merepek kejap dalam blog ni . Sebab lama noo blog ni sunyi .manatah awek bengkel pergi ? Hihi Aku ada je guys . Cuma ke 'ada' an aku tidak sehebat sebelum ni . Ada tapi macam takda . Ahh apa korang kisah ? Ekkk ??

 hahaha 😀

Dunia zaman ini ,macam2 kisah ada kan guys . Manusia , alam semulajadi , dan semua yang terlibat disekelian alam ini dah mula macam2. Kalau korang rajin perhatikan .

Manusia dah bersifat menyerupai haiwan.

Dunia yang merupakan tempat berteduh bersama keluarga dan masyarakat telah dihancurkan satu persatu.

sopan santun dah jadi bahan gelak orang . Kurang ajar telah mendapat pengikut paling ramai .

buat baik , cakap jujur , ikhlas semua tu bakal di undang bahaya .

amanah tak lagi diperlukan tetapi kekejaman mesti jadi hak milik supaya nampak diri sebagai seorang yang berkuasa .

inilah fenomena akhir zaman guys . Kalau korang ada hati dan nilai murni , sila ubah semua yang diatas kepada lawannya . Jadilah manusia yang sama macam manusia . Punya adab ,punya rasa kasih sayang sesama mahluk . Tahu hargai hak orang lain . Tahu apa itu kasihan . Tahu apa itu erti persahabatan dan persaudaraan. Tahu bersyukur , tidak tamak , gunakan akal yang waras .

Guys .. manusia bukan dilahirkan untuk membenci sesama sendiri . Allah cipta manusia untuk mencari 1 lagi matlamat kehidupan . Iaitu hidup selepas MATI . Dan mati itu pasti , jangan buat2 lupa .mungkin hari ini ,mungkin esok pagi ,mungkin jugak sebentar nanti .

Apa bekalan kita untuk Mati ? Pejammata ,tanya hati. Kerana hati punya peti rahsia 1001 rahsia tentang kita. Dihati segalanya bermula .

Selamat sejahtera keatas kamu .😊