BACALAH WALAU SEBARIS AYAT

Guys .. bila last day korang buka dan baca alQuran ?

Ambil my kad  . Lihat tarikh lahir korang . Kalau masih 7 tahun usia korang , pergilah belajar iqraq . Kalau sudah 12 tahun  , berusaha lah belajar iqraq . Dan kalau sudah 21 tahun  .. bangun dan pandang AlQuran yang sudah lama kau biarkan tu .Iqraq !!

Ayuh .. usaha  tak kenal usia  , tapi bila dah berusia  . Usaha kena lebih kepada akhirat . Puas dah enjoy masa remaja dulu . Seawal usia remaja  selepas baligh sampai ke 21 tahun sebelum dipanggil dewasa . Lama sangat  dah tu enjoynya guys . 

Korang nak salahkan parent sebab korang lalai ? Korang nak kata mereka leka dalam mendidik anak ? No need guys ,bila usia dah cicah 21 and over , semua ditangan korang , mereka dah lepas dah tanggungjawab . Sebab mereka dah hantar korang belajar  , tambah ilmu , bakinya takkan korang nak harapkan mereka adjust lagi ? melampau 

Banyak pengalaman aku dimana sudah bercucu tapi baca al fatihah pun tak jelas. Allah hu . Minta dijauhkan dari sahabat2 aku semua gejala tu ya Allah . Sedang alFatihah itu adalah antara  segala amalan kita bermula ..iaitu  solat.

Guys .. yang sebenarnya Quran tulah bff korang. Quran itulah gadjet paling canggih ,paling lengkap yang semua orang mampu milik . Tapi kenapa dibiarkan berhabuk ?  Ini sangat tak adil .  Sebelum terlambat , bacalah walau sebaris ayat . Kita sama2 berusaha . Korang cuba ,aku pun cuba  . Manusia tak pernah sempurna guys . So engkau ,aku ,mereka ..sama je. 

Beza kita cumalah  pada amalan kepada Allah s.w.t. waallahhualam~



Selamat sejahtera keatas  kamu 😊

Comments