Kenapa perlu ada blog?





Okay ni pendapat pertama aku. Kenapa perlu ada blog?

Zaman sekarang ni pengguna laman sesawang berpusu -pusu nak luahkan pendapat mereka. Lihat je di facebook , twitter ,instagram dan terutama diwechat ! Semua orang nak bercakap guna jari. Komen macam macam ayat keluar. Kalau yang positif tu okay lah , yang sebaliknya? Malahan kadang jadi gaduh pulak sesama dia . Macam tak masuk akal . Elok nak komen pasal orang lain , datang pulak idea cari pasal dengan orang lain. Semua itu memalukan perkembangan dunia maya negara. Orang kita dah berani dan dah bijak. Cuma kebijaksanaan itu sudah disalah gunakan. Sayang sakali.

Kalau ada blog macam ni , selagi mengikut akta dan kehendak undang -undang , pada aku inilah tempatnya korang boleh luahkan semua idea korang. Siapa nak marah? Kan? Malah sistem penerimaan orang lain pun boleh dibaik pulih. Takdalah dipanggil keyboard warrior nanti.

Netizen memang semakin berani sekarang ni. Aku pun sudah menjadi mangsa keadaan sehingga memaksa aku delete akaun facebook. Malas aku nak tengok perangai netizen yang semakin hari semakin merisaukan. Ayat mengganas dan suka memburukkan keadaan  sesama sendiri.

Pada aku ada banyak benda baik yang boleh dikongsi dari facebook tu tapi disebabkan perangai low class mereka ,suka komen ayat yang bukan-bukan, akhirnya aku malas nak masuk campur , dan ambil keputusan Lebih baik tak ada facebook. Bukan luak apa pun. Itulah keputusan aku. Aku rimas dengan mentaliti manusia sekarang.

Blogging ini tapak penyambungan dunia maya aku kot , aku agak -agak jelahkan. Selain blog ini , aku ada juga aktif twitter , lain-lain aku tak ada.

Kesimpulannya perlukah blog? Jawapan aku ? Ye , sebagai medium untuk melepaskan apa yang kita rasa, kita tahu , kita ada , ada baik lepaskan dalam blog peribadi sendiri. Yang penting posting mengikut syarat .

Ini pendapat aku , mungkin pendapat korang berbeza. Takpa , tak salah pun. 

Blog kena hack?

Selamat pagi .. Dengan berbesar hati , aku nak beritahu disini , blog ini akan diaktifkan semula. Cuma bukan dari pemilik asal tetapi oleh aku , teman tapi mesra pemilik asal blog ini. Mana hilang pemilik asal ? Aku pun masih menunggu dia sampai harini.  Sebagai kawan masa susah dan senang awek bengkel , aku diberi kepercayaan untuk aktifkan blog beliau dan almarhumah kakak beliau. Lama aku diberi peluang tersebut , tapi baru harini aku cuba nasib.

Korang , aku tak boleh menjanjikan apa - apa sebab aku tak sehebat mereka berdua tapi aku akan berusaha untuk mereka.

Susah jugak aku nak masuk blog ni tadi sebab ada yang aktifkannya malam tadi. Siapa gerangan aku pun tak tahu.



Tu ! Siapa tu ? Apakah tu awek bengkel ? Aku masih menunggu.  Sebab jika dia ada masaalah ,mesti dia akan cari aku kan ?  Untuk keselamatan , aku dah tukar password blog . Harap aku tak buat kesilapan kali ini. Insyaallah , akan aku kongsikan yang baik - baik untuk korang tuan dan puan followers.

Aku ?  Panggil je aku dengan panggilan MALAYA GIRL.